Puteri berdiri dibalkoni bilik suaminya sambil melihat langit gelap yang diterangi dengan bulan dan bintang. Angin dingin malam menyapa wajahnya lembut sehingga membuatkan tubuhnya mengigil kecil. Nasib baik dia memakai baju lengan panjang serta seluar panjang. Kurang sedikit rasa sejuk yang menyelubungi. Tanpa sedar, bibir mungilnya tercarik senyuman nipis. Ya, dia masih lagi teringatkan kata Tengku Mona tengahari tadi.
'kalau Puteri mengandung nanti, mesti Darren akan layan karenah Puteri. Like a true princess'
Makin mekar senyumannya. Tanpa sedar Darren sudah berdiri di slide door sambil memerhatikan dirinya yang asyik mengelamun dari tadi.
"Like a true princess.." bisik Puteri perlahan, tapi kedengaran cukup jelas ditelinga Darren.
"kau buat ape dekat sini?"
Puteri tersentak. Wajahnya pucat seperti tiada darah mengalir. Membulat matanya memandang Darren dibelakang. Lelaki itu nampak seperti baru pulang dari kerja. Wajah dingin itu ditatap beberapa saat.
"aw.. bila awak balik?" soal Puteri gagap.
"10 minit lepas" balas Darren, beriak selamba. Tangannya diseluk kedalam kocek seluar.
Puteri mengangguk perlahan. Kepalanya tertunduk memandang lantai. Darren mengerut dahi memandang kelakuan isterinya. Belakang tapak tangannya naik menekup dahi Puteri.
Puteri tergamam. Membulat matanya memandang lantai. Tubuhnya mengeras bak kayu. Pipinya juga sudah merona merah dek menahan malu ya amat.
"kau demam ke?" soal Darren lembut, tetapi kedengaran dingin.
Puteri menggeleng. "ma.. mana.. ada"
"kalau demam, cakap. Aku boleh bawa kau ke klinik" kata Darren lembut.
"okay.." sejurus itu, tangan kasar suaminya ditarik kebawah dari menyentuh dahinya. Dirinya diselubungi rasa sebak saat mendengar suara lembut Darren. Lantas tubuh suaminya dipeluk erat.
Darren tersentak.
"aw.. awak. Saya nak minta ma..maaf atas segala ke..kesa..kesalahan saya pada awak selama ki..kita kawin. Sa..saya dah banyak buat do..dosa pada awak. Sa..saya selalu tinggikan suara pada awak, marah awak, tengking awak.. Saya rasa berdosa sangat. Ma..maafkan sa..saya" lirih Puteri, tersedu-sedan. Pelukan dibadan Darren diperketatkan lagi. Sungguh dia rasa berdosa sangat dengan suaminya. Berjurai airmatanya mengalir dipipi.
Darren tergamam. Mulutnya bagaikan terkunci rapat. Dadanya terasa sempit saat Puteri mengetatkan pelukan. Tetapi sikitpun dia tidak tolak.
"saya selalu tuduh awak macam-macam. Saya ni memang isteri derhaka!. Saya tak layak jadi isteri awak!. Sa..saya.."
"tak!" potong Darren laju. Lantas pelukan isteri dileraikan.
Puteri tergamam sejenak. Tangannya terketar-ketar ingin menyentuh suaminya.
"tak!, kau tak bersalah Puteri. So stop blaming yourself. I'm forgive you princess" kata Darren lembut. Bibirnya tersenyum manis.
Puteri terkedu. Terkebil-kebil matanya.
"tak.. takkan semudah tu?" soal Puteri. Wajahnya jelas menunjukkan riak tidak percaya.
Darren menyeluk tangannya kedalam kocek seluar. "habistu? kau nak macam mana?. Semudah ABC 123 ke?" soalnya lalu tersenyum sinis.
Jantung Puteri mula berdetak laju. Lantas tubuh suaminya dipeluk kembali. Hampir saja tubuh Darren berganjak kebelakang. Sempat dia menahan slide door dibelakangnya.
YOU ARE READING
Isteri Tengku Kyle ✓
Romance~𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲~ Cerita ini berkenaan dengan seorang gadis yang berasal dari Brazil dan seorang jejaka yang berasal dari Malaysia. Tersatunya mereka disebabkan seorang gadis yang mempunyai sifat hasad dengki. Iaitu rakan sekerjanya, Alic...