Puteri membuka sedikit kelopak matanya saat terkena pancaran matahari. Kepalanya yang terasa berat akibat sinaran matahari itu dipegang. Perlahan-lahan Puteri membuka luas matanya. Puteri cuba mengingati kejadian semalam, serta-merta wajahnya bertukar merah padam. Wajahnya dipaling kearah ruang sebelah, nasib baik dia dah pergi kerja. Puteri mengeluh kecil. Tuala mandi yang berada di penyangkut dicapai sebelum mengatur langkah kearah bilik air untuk membersihkan diri.
Seusai membersihkan diri, Puteri kembali duduk dibirai katil. Tiba-tiba matanya tertacap pada sekeping kertas kecil yang ditampal pada dinding. Puteri mencapai kertas tersebut lalu dibaca.
'sorry for last night, aku takde niat nak sakitkan kau. Tapi kau yang mencabar kesabaran aku. And harini aku kena pergi office. Please.. don't go anywhere. I'm always watching you'
-TDK
Puteri tersenyum menyenget. Kertas yang berada ditangannya di letakkan diatas meja kecil.
"macam tahu-tahu je aku nak lari ke rumah Emiya lagi" gumam Puteri. Tapi bila diingatkan kejadian malam tadi, memang dia terpaksa. Mahu tolak, macam tidak sanggup pula. Lagipun memang salahnya. Siapa suruh cabar kesabaran lelaki itu?. Kan dah kena!.
Puteri turun ke tingkat 1 menggunakan lif. Tiba-tiba perut dia rasa lapar pula. Dari petang semalam dia tidak makan apa-apa.
"selamat pagi Puan Puteri" ucap Cik Dayah dengan senyuman manis.
"selamat pagi, awalnya Cik Dayah datang? selalu pukul 10 atau 11?" tanya Puteri sebelum dia melabuhkan punggung di kerusi makan.
"Tengku yang suruh saya datang awal, itu lah saya datang. Mula-mula Cik Dayah pun pelik juga tiba-tiba suruh datang awal. Tapi nak buat macam mana kan? dah Tengku tu majikan. Tak boleh nak bantah" kata Cik Dayah lalu menyedokkan nasi goreng pada Puteri.
Puteri mengangguk faham. Ini mesti kes taknak aku lari lagi sekali. Takut sangat!.
"Puan makan dulu ye. Cik Dayah nak buat kerja sikit dekat luar rumah. Kalau ada apa-apa, panggil saja" kata Dayah sebelum mengatur langkah ke arah pintu dapur.
Puteri mengangguk perlahan. Nasi goreng dan nugget ayam dijamah dengan rakus. Dah macam tak makan setahun pun ada. Tapi sumpah perutnya kosong sangat-sangat. Nasi goreng dipinggannya sudah habis, lalu dicedok lagi nasi yang berada di dalam mangkuk kedalam pinggannya.
Puteri mengambil buku cerita yang tersusun dirak buku. Dia mengambil satu kemudian melabuhkan punggung disofa empuk yang berada di tengah-tengah ruang perpustakaan mini. Sekilas, matanya memandang jam yang tergantung di dinding.
Puteri mengeluh kecil. "baru pukul 10. Apalah yang aku nak buat ni. Nak keluar, Darren tak bagi pulak. Nak lepak rumah Miya lagi lah tak boleh. Dia ingat aku ni tunggul ke apa asyik nak duduk terperap dalam rumah je. Bosan tahu tak?. Rumah besar tapi duduk dua orang je buat apa?. Kalau dia pergi kerja, tinggallah aku sorang-sorang" bebel Puteri seorang diri. Buku ditangannya diselak dengan kasar. Nasib tidak terkoyak.
"Sekarang aku nak buat ape?. Nak pergi kerja? dah kena pecat dah pun. Nak buat kerja rumah semua, Cik Dayah tak bagi tolong. Hei.. bosan lah macam ni" bebelnya lagi.
Tanpa sedar, Darren sudah berdiri dimuka pintu perpustakaan sambil merenung Puteri yang sedang membebel dari tadi. Boleh tahan bising juga mulut dia kalau membebel.
Puteri merengus geram. Dia bangun lalu menyimpan semula buku cerita yang diambilnya tadi ke tempat asal. Baru sahaja Puteri hendak memusing kebelakang, bahunya terasa dirempuh oleh seseorang. Puteri yang tidak mengimbang diri, terasa mahu terjatuh. Tiba-tiba terasa seperti ada tangan yang merangkul pinggangnya dari terjatuh.
ssup!
Terbeliak biji mata Puteri saat matanya bertentangan dengan anak mata Darren. Air liur ditelan kesat. Darren menikam tajam anak mata hijau Puteri.
Setelah beberapa minit mereka berkeadaan begitu, Puteri meleraikan tangannya dari merangkul leher Darren. Darren tersentak. Pantas dia meleraikan tangannya dari merangkul pinggang Puteri.
"bi..bila awak balik?" soal Puteri gagap.
Darren berdehem membetulkan anak tekaknya.
"dah lama dah. 20 minit yang lepas" kata Darren mendatar.
Puteri terkedu. 20 minit yang lepas? maksudnya...
"bising eh mulut kau kalau membebel?. Siap mengata aku lagi" kata Darren. Bibirnya tersenyum sinis.
Puteri menunduk kepala memandang lantai. Aduh.. aku dah agak dah!. Mesti dia dengar aku membebel.
"saya minta maaf. Saya tak sengaja" mohon Puteri.
"bukan Darren je dengar. I dengar jugak" celah Zafran. Tangannya diseluk kedalam kocek seluarnya. Begitu jugak dengan Darren. Kedua-dua mempunyai kekacakkan yang luar biasa, sehingga ramai para wanita diluar sana terpegun dengan kekacakkan mereka berdua. Dahlah dua-dua berbadan sasa. Cuma Darren dan Zafran, Darren paling sasa.
Yah itulah suami aku!. Kau adok??
Muka Puteri mula memerah menahan malu. Bertambah 2X kali ganda malunya.
"dah, cepat bersiap. Aku nak bawa kau pergi rumah mama" kata Darren mendatar.
Puteri mengerut kening. "nak buat ape kesana?"
Darren menjulingkan anak mata ke atas. "kau kata kau bosan kan?. Sebabtu lah aku nak bawa kau kesana. Nanti kau adalah kawan. Takdelah jadi tunggul dalam rumah ni. Aku tunggu dalam kereta. Lambat. Tinggal!" kata Darren berbaur perlian. Kakinya diatur kearah pintu keluar.
Puteri mencebik bibir.
"takpayah nak ambik hati sangatlah dengan Darren tu. Dia tu memang macam tu. Walaupun dia marah-marah, at the same time dia ambil kesah tentang you" kata Zafran lembut. Bibirnya tersenyum kecil.
Puteri mengangguk perlahan dengan senyuman kelat. Perlahan-lahan dia mengatur langkah ke bilik tidurbya untuk menukar pakaian.
Zafran menggeleng kepala. Apalah masalah diaorang ni. Yang Darren, terlampau dingin. Yang Puteri pula, terlampau ikutkan perasaan. Cakaptu main lepas je. Serupa betul perangai dua laki bini ni.
"menantu mama!"
Puteri tersenyum lebar melihat Tengku Mona yang sedang berlari kearahnya sambil mendepakan tangan. Lantas tubuh wanita itu dipeluk erat.
"rindunya dekat menantu mama sorang ni.." kata Tengku Mona.
Puteri tergelak kecil. "Puteri pun rindukan mama juga" kata Puteri dengan senyuman lebar.
Seminit mereka berpelukan, akhirnya terlerai.
"eh jom masuk. Panas dekat luar ni. Mari" ajak Tengku Mona. Puteri mengangguk laju.
"mama, kami pergi office dulu ye. Tolong tengokkan Puteri tau. Jangan bagi dia keluar rumah" kata Darren berbaur pesanan.
Tengku Mona menjeling tajam. "tahulah.. bukannya mama nak ajak Puteri pergi club pun. Kamu tu.. bawa kereta jangan nak laju-laju. Karang jadi apa-apa susah. Zafran!"
"ye Maklong!"
"kalau Darren bawa laju, kamu tarik je telinga dia" kata Tengku Mona.
Zafran mengangguk laju sebelum matanya melirik kearah Darren. "baik Maklong!. Arahan di terima!" kata Zafran dengan semangat. Sempat tangannya naik menabik kearah Tengku Mona yang berada dipintu utama.
Darren menjeling tajam pada Zafran. Tengku Mona mengangguk dengan jari 'thumbs up'. Puteri pula hanya ketawa kecil. Kenapalah family belah sini semua sporting-sporting belaka. Nampak comel je semua.
Tengku Mona dan Puteri memandang kereta Audi R8 milik Darren yang bergerak keluar dipintu pagar besar. Setelah kereta itu hilang dari mata, Tengku Mona mengajak Puteri masuk untuk berbual didalam.
YOU ARE READING
Isteri Tengku Kyle ✓
Romance~𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲~ Cerita ini berkenaan dengan seorang gadis yang berasal dari Brazil dan seorang jejaka yang berasal dari Malaysia. Tersatunya mereka disebabkan seorang gadis yang mempunyai sifat hasad dengki. Iaitu rakan sekerjanya, Alic...