Usai bersarapan pagi, Darren perlu ke office untuk menyiapkan kerja kerja yang sudah sebulan lebih tergendala. Puteri hanya sedih kerana dia akan tinggal berseorangan didalam rumah yang besar ini.
"perlu ke awak pergi office?" tanya Puteri perlahan.
"ofcouse lah. Dah sebulan lebih saya tinggalkan office. Mesti bertimbun timbun kerja kena siapkan" kata Darren seraya bangun dari duduknya.
Puteri mencebik bibir. Tangan suaminya disalam.
"jangan lah sedih sedih. Tak sanggup saya nak tinggalkan awak" kata Darren lalu mengucup pantas pipi isterinya.
Membuntang mata Puteri. Pipinya mula memerah.
Darren tergelak kecil. Rambut isterinya dibelai lembut.
"saya pergi dulu eh. Nanti lunch time mungkin saya tak boleh balik. Sebab ada meeting dengan syarikat luar. Kalau awak bosan, awak pergilah ronda satu rumah. Pergi dekat tingkat 3. Macam macam ada" kata Darren lalu mengucup dahi isterinya.
Puteri berdiam diri. "yelah, awak pergilah kerja. Jangan risau, Cik Dayah kan ada. Dia boleh teman saya"
Darren mengangguk. Langkahnya diatur menuju ke kereta Nissan GTR miliknya.
"bye!" laung Darren sebelum masuk kedalam perut kereta. Sempat dia mengenyitkan sebelah mata pada Puteri.
Puteri tersenyum manis. Tangannya naik melambai kearah suaminya. Kemudian dia kembali masuk ke dalam rumah.
Puteri mengeluh panjang. Sungguh dia bosan sekarang ni. Rumah besar tapi duduk seorang je. Cik Dayah pula belum sampai lagi. Darren kata mulai sekarang dia sudah tukar waktu kerja Cik Dayah. Dulu masuk pukul 8 pagi, balik 10 malam. Tapi apabila sudah berkahwin, dia tukar. Jadi masuk 10 pagi dan balik 6 petang. Katanya perlukan privasi untuk meluangkan masa bersama isteri. Hm ikutkan jelah.
Tiba-tiba Puteri teringat kata kata suaminya sebelum pergi kerja.
'kalau awak bosan, awak pergilah ronda satu rumah. Pergi dekat tingkat 3. Macam macam ade'
Serta merta Puteri tersenyum lebar. Kakinya dihayun kearah lif lalu menuju ke tingkat 3.
Ting!
"aik? sunyi je? gelap pulak tu" soal Puteri sendiri.
Terdapat banyak 4 bilik ditingkat 3. Puteri memandang segenap ruang gelap itu. Rasa seram mula menyelubungi diri.
"macam ni dia kata macam macam? ape yang macam macam nya?" kata Puteri sambil melangkah beberapa tapak kehadapan.
Tombol pintu bilik dipulas. Secara tiba tiba bilik yang gelap itu diterangai dengan lampu LED. Terlopong luas mulut Puteri.
"bilik pawagam?!" jerit Puteri, seolah tidak percaya. Tedapat banyak sofa yang tersusun di dalam serta satu skrin besar terpampang di dinding.
Pantas Puteri keluar dan menuju ke bilik sebelah. Tombol pintu dipulas.
"masyaallah!! bilik gym?!!" terbeliak biji matanya. Pelbagai alat dan barang untuk bermain gym yang tersusun rapi
Puteri keluar dari bilik itu, lalu berjalan ke bilik seterusnya. Tombol pintu dipulas.
"waa!!! mini library?!!!" jerit Puteri teruja. Automatik lampu didalam library itu terbuka sendiri. Makin membuntang biji mata Puteri.
Akhir sekali, Puteri kebilik yang terakhir. Tombol pintu dipulas perlahan. Makin berdebar debar jantung Puteri. Agaknya ini bilik ape pulak eh?
"bismillah.." lafaznya berlahan.
YOU ARE READING
Isteri Tengku Kyle ✓
Romance~𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲~ Cerita ini berkenaan dengan seorang gadis yang berasal dari Brazil dan seorang jejaka yang berasal dari Malaysia. Tersatunya mereka disebabkan seorang gadis yang mempunyai sifat hasad dengki. Iaitu rakan sekerjanya, Alic...