Zafran mengatur langkah ke ruang tamu sambil tangannya membawa sebatang ais coklat. Punggungnya dihempas di sofa dengan kuat.
Bum!
"woi! rosak lah sofa aku!" marah Darren yang baru keluar dari lif. Dia pandang Zafran dengan muka bengang.
Zafran tersengih menayang gigi. "sorry.. tak sengaja"
Darren menjeling tajam. "banyak la kau punya tak sengaja" katanya lalu bergerak ke pintu utama.
Zafran mengerut dahi. "kau nak kemana tu?. Dah sihat ke belum?" soalnya hairan.
"dah sihat dah. Maklumlah dapat morning kiss pagi tadi. Terus rasa bertenaga" kata Darren dengan senyuman lebar dibibir. Terngiang-ngiang dia ciuman Puteri pagi tadi. Uishh! sangat mujarab.
Zafran memutarkan bebola keatas. Ni yang aku malas ni. Sibuk cakap pasal adegan sawit dia tu. Ingat aku heran sangat ke?.
"eleh.. beria la kau. Kena cium terus bertenaga konon. Cuba kau cium tapak kaki aku ni, mana tahu sihat walafiat sepanjang hayat ke" perli Zafran dengan muka selamba. Aiskrim coklatnya dijilat tatkala mula mencair.
Langkah Darren terhenti, tubuhnya dipusingkan menghadap Zafran. Kecil-kecil besar aje dia tenung Zafran.
"kau kan memang dah buat aku sakit balik kau tahu tak?" kata Darren dingin.
"sakit balik?. Kejap aku panggil Puteri. Puteri!! laki kau sakit bal-- arghh!!!"
Sebuah penerajang sulung hinggap diperut Zafran. Puas hatinya melihat Zafran mengiris kesakitan.
"sakit.. babi" kata Zafran sambil mengerang sakit. Perut terasa senak yang teramat. Rasa macam perut ni kedalam.
"sakit? macam tu la sakit yang aku rasa" kata Darren tanpa belas kasihan.
"Abang!. Kenapa abang sepak Zafran?. Ya Allah.. Zafran awak okay tak? nak saya bawak pergi hospital?"tanya Puteri, risau.
Darren buat muka selamba. "abang tak sepak, abang teranjang je"
Membuntang mata Puteri. "Abang! kenapa abang buat macam tu?. Abang tak kesian ke dekat dia" kata Puteri sambil menjegilkan mata. Benar-benar dia terkejut dengan tindakan suaminya.
Darren menjeling Puteri. "siapa suruh dia cari pasal dengan abang. Kan dah kena" katanya mendatar.
Puteri menggeleng kepala berkali-kali.
"abang, tolonglah jangan buat macamtu lagi. Zafran cuma nak bergurau saja dengan abang.. abang tak kesian ke dekat dia.." kata Puteri bernada lembut. Cuba ingin melembutkan hati Darren yang seperti batu itu.
Darren menatap anak mata hijau isterinya lama. Semakin lama semakin dalam tatapan itu.
Puteri mengerut kening hairan. 1 saat, 2 saat, 3 saat, 4 saat, 5 saat. Pipi Puteri sudah bertukar menjadi tomato. Apasal aku nak blushing pula ni?!.
"hei! awak ni kenapa pandang saya macamtu?" marah Puteri. Dia menepuk bahu Darren bagi menyedarkan lamunan.
Darren menguntun senyuman sinis.
"kenapa?, malu? ke blushing?" usik Darren senyuman gatal.
Terbeliak biji mata Puteri. "malu ke blushing ke.. mana ada!" nafi Puteri. Dah terang-terang pipi kau merah Puteri. Tiada apa yang nak dinafikan.
"alololo. Sayang kita blusing lah.. Dah lama tak tengok pipi merah awak ni" kata Darren lalu memicit-micit pipi Puteri.
Puteri menepis kasar tangan Darren.
YOU ARE READING
Isteri Tengku Kyle ✓
Romance~𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲~ Cerita ini berkenaan dengan seorang gadis yang berasal dari Brazil dan seorang jejaka yang berasal dari Malaysia. Tersatunya mereka disebabkan seorang gadis yang mempunyai sifat hasad dengki. Iaitu rakan sekerjanya, Alic...