1 bulan kemudian..
"IU Alice Azra binti Joy Aflan. Anda dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atas sabit kesalahan cubaan membunuh, mencederakan, menikam dan positif dadah"
Tok Tok
Ketukan dari Hakim menandakan keputusannya muktamad. Maka, selesai sudah sesi pembicaraan kes Alice.
Air mata Sofea jatuh menitis tatkala mendengar pembicaraan Hakim tadi. Hatinya diselubungi rasa sebak. Dia memandang Alice dari jauh yang duduk berseorangan di kandang suspek.
Muka gadis itu tampak seperti tiada sinar. Langsung tiada sebaris senyuman dibibir gadis itu.
Emir yang terdengar bunyi tangisan halus isterinya mengalihkan pandangan.
"hei baby girl.. why are you crying?" soal Emir, berbisik. Dia memeluk bahu Sofea dari tepi. Tapak tangannya mengusap lembut kepala Sofea yang berlapik tudung dengan lembut.
"saya sedih.. kesian bila Alice dihukum macam tu" ujar Sofea tersedu-sedan. Habis comot wajahnya dengan airmata.
"orang macam dia memang patut dikenakan hukuman macam tu. Kesalahan dia sangat memberi impak yang besar pada kita semua. Lagi-lagi Puteri dan Darren. Saya lagi kesian dekat diorang" kata Emir lembut dan perlahan.
Sofea hanya diam sambil mengesat airmata. Makin dikesat airmata, makin banyak dia turun. Sofea menarik tangan Emir lalu dia menekup wajahnya dengan tangan itu.
Dahi Emir berkerut seribu. Dapat dia rasakan tapak tangannya basah dengan airmata si isteri.
"kalau babygirl nak jumpa Alice, pergilah. Babyboy tunggu dekat luar. Saya rasa Puteri pun nak jumpa juga" kata Emir lalu menarik tangannya semula.
Sofea mengangguk perlahan. Memang dia mahu berjumpa dengan Alice sebelum Alice dihumban kedalam penjara wanita. Mana mungkin ini adalah pertemuan mereka yang terakhir.
Emir tersenyum kecil. Airmata dilap menggunakan jarinya.
"dah pergilah sana. Saya tunggu dekat luar ye" ujar Emir seraya bangun dan berjalan keluar dari dewan mahkamah.
Sofea menarik nafas panjang. Dengan lafaz bismillah, dia mengatur langkah kearah Alice yang sedang termenung. Kini, dia berdiri betul-betul dihadapan Alice. Malah, Alice hanya menghiraukan kehadirannya.
"Alice.." panggil Sofea sayu.
Alice hanya membisu. Matanya langsung tidak mengerling wajah Sofea.
"Alice.. I minta maaf" airmata cuba ditahan.
"for what?" jawab Alice. Acuh tak acuh.
Sofea mengemam bibir. Walaupun mereka pernah menjadi housemate yang tidak sebulu, ada juga beberapa kenangan manis mereka berdua. Gelak tawa, perbualan masih lagi segar diingatan Sofea. Walau hakikatnya, dia telah keluar dari rumah Alice.
"I'm happy to have a friends like you. You're kind Alice, even perangai you tak senonoh. Terima kasih sebab tumpangkan I dekat rumah you selama beberapa tahun. I bersyukur bila Allah hantarkan you untuk bantu I. Terima kasih sebab berkawan dengan I. Terima kasih sangat-sangat. I doakan semoga Allah berikan you hidayah untuk berubah, Alice" ujar Sofea, lembut dan perlahan.
Alice menjeling sekilas muka Sofea. Walaupun hatinya sudah diserbu rasa sebak, masih lagi mahu bersombong. Takabbur!
Sofea tersenyum pahit. "Alice.. I sentiasa doakan you untuk berubah. I nak Alice yang dulu. Baik hati, pemurah senyuman, suka bantu orang--"
YOU ARE READING
Isteri Tengku Kyle ✓
Romance~𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲~ Cerita ini berkenaan dengan seorang gadis yang berasal dari Brazil dan seorang jejaka yang berasal dari Malaysia. Tersatunya mereka disebabkan seorang gadis yang mempunyai sifat hasad dengki. Iaitu rakan sekerjanya, Alic...