Puteri menutup pintu bilik dengan perlahan kerana tidak mahu Darren terjaga dari tidur. Ditangannya terdapat sebuah mangkuk berisi air sejuk dan kain kecil. Puteri melabuhkan punggung disisi katil. Wajah sempurna suaminya ditatap dengan senyuman.
Dari rambut, dahi, kening, mata, hidung, pipi, mulut, bibir. Semuanya sempurna dimata Puteri. Rasa macam dah boleh tukar tajuk cerita ni kepada 'Suamiku Encik Perfect'.
"ek.."
Puteri tergelak saat mendengar rengekan manja Darren. Memang jarang sangat nak dengar suara manja itu. Nak dengar, kena tunggu dia demam.
Tanpa membuang masa, Puteri menjelum kepala Darren dengan air sejuk yang dibawa sebentar tadi. Jari jemari runcing Puteri mengelus lembut rambut Darren. Sekali dua, Puteri berselawat sambil menjelum agar kesihatan Darren kembali pulih di atas izin Allah.
Wajah Darren berkerut tatkala tidurnya diganggu. Dapat dia rasakan ada air sejuk mengalir dikulit kepalanya. Mata dicelikkan dengan perlahan.
Pap! Darren terkedu kerana objek pertama yang dilihat adalah sepasang mata hijau. Mestilah itu isterinya.
"Kenapa sayang buat macam ni?. Sejuk lah" kata Darren lalu mengalihkan tangan Puteri.
Puteri tersenyum. "saya nak jelum kepala abang. Biar berkurang sikit panas tu"
Darren menggeleng tidak suka.
"taknak. Abang taknak" ujar Darren, bibirnya mula tercebik.
Puteri mengemam bibir. Menahan bibir dari tersenyum. Ya Allah.. kenapa suami aku comel sangat ni?.. Tak kuat lah.
Melihat mata Darren yang sudah berkaca-kaca, Puteri memberhentikan perbuatannya. Dahi Darren disentuh.
"Uish.. panas ni. Jom lah kita pergi klinik" ajak Puteri lalu menarik tangan Darren.
Darren menggeleng laju.
"taknak.. abang taknak" rengek Darren. Kemudian, airmata jantan mengalir keluar.
"kalau abang taknak pergi klinik, kita pergi hospital. Jom! Zafran pun ada dekat bawah. Boleh dia tengokkan twins sementara saya bawa awak ke hospital" kata Puteri, lembut. Kalau cakap garang-garang nanti berjurai airmata keluar.
Darren menahan tangan Puteri.
"tak-taknak. Abang taknak. Abang nak.."
"nak ape?" potong Puteri. Keningnya terangkat sebelah. Menanti ayat seterusnya.
"abang nak tomyam" kata Darren. Airmata diseka menggunakan hoodie yang dipakai.
Puteri tersenyum lebar.
"saya dah masak dari tadi lagi. Kejap ye, saya turun ambilkan" baru saja Puteri berura-ura untuk bangun, Darren sudah mencapai tangannya.
"kenapa?" tanya Puteri.
Darren menggeleng lemah. Bibirnya dicarik senyuman kecil. "thank you" ucapnya. Airmata bergenang lagi sekali.
"for what?" kening Puteri berkerut hairan.
"sebab layan perangai abang.." ujar Darren, tersedu-sedan. Tangan Puteri digenggam erat.
Puteri tergelak. Alahai encik suami, kenapa awak comel sangat? saya lemah tahu tak?.
"abang, saya ni isteri abang. Saya kena jaga dan layan perangai suami saya. Lagi-lagi perangai limited edition abang ni. Saya tak boleh lepaskan peluang ni" kata Puteri lalu ketawa halus.
"abang tunggu sekejap, saya ambil nasi dengan tomyam" kata Puteri, kemudian berjalan keluar dari bilik itu.
-----
YOU ARE READING
Isteri Tengku Kyle ✓
Romance~𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲~ Cerita ini berkenaan dengan seorang gadis yang berasal dari Brazil dan seorang jejaka yang berasal dari Malaysia. Tersatunya mereka disebabkan seorang gadis yang mempunyai sifat hasad dengki. Iaitu rakan sekerjanya, Alic...