"hai sayangku.. harini kamu syantik.. syantik bagai bidadari.. bidadari dihatiku uh!" Darren bernyanyi dengan riang di ruang tamu.
Puteri pula berada di dapur untuk menyiapkan makanan tengahari. Bingit telinganya mendengar suaminya menyanyi. Sesekali kepalanya menjengul ke arah ruang tamu.
"awak! diam sikit lah! bingit telinga ni dengar awak menyanyi!" jerit Puteri dari dapur. Tangannya lincah memotong sayur.
Malah, Darren hanya membuat pekak saja. Makin kuat dia menyanyi.
"mengapa kita! kasih yang terpisahhh!. Bersatu cuma hati!!. Menangis sedih! Biarlahhh!!!. Ku temui! Di taman fantasi!!!" nyanyi Darren dengan kuat. Langsung tidak menghiraukan keadaan sekeliling.
Puteri mendengus geram. Dengan pisau yang berada di tangan, Puteri berlari ke ruang tamu.
Dengan spontan nyanyian Darren terhenti.
"awak nak diam ke atau awak nak saya cucuk pisau ni dalam mulut awak?" soal Puteri dingin. Pisau ditangannya digenggam erat.
Terbeliak biji mata Darren. Kedua tangannya dinaik ke atas tanda menyerah.
"okay fine! saya dah tak nyanyi. But please! hold down your knife!" kata Darren lembut.
Puteri tergelak kecil. "tahu takut" jeling Puteri. Kemudian dia ke dapur semula.
Darren mengeluh perlahan. Makin lama makin garang pulak bini aku ni.
Ting!
"heiii! sapa pulak yang datang ni"
Dengan malas di membuka pintu rumahnya.
"hai cousin ku!"
Darren mengerut dahi. "Zafran?"
Zafran tersengih menampakkan gignya yang tersusun. Tangannya didepa luas untuk menerima pelukan saudaranya. Namun, tiada pelukan dari Darren.
Zafran mencebik bibir.
"kau nak ape datang sini?. Sibuk je" kata Darren. Tangannya naik memeluk tubuh.
"aku datang sini nak melawat kau lah, apelagi!. Dah lah majlis kau aku tak dapat pegi. Busy punya pasal!. Eh? kalau iye pun bagi lah aku masuk. Panas tahu tak?"
Darren menggeleng kepala.
"ha masuk lah Tengku Amrin Zafran.." pelawa Darren dengan suara lembut
Zafran tergelak kecil sebelum dia melangkah masuk kedalam rumah agam saudaranya.
"sayang!! buatkan air coffee 2 cawan!. Ada manusia datang ni!" jerit Darren dari ruang tamu. Zafran pula mengerut kening. Manusia je dia panggil aku? Nama aku punya lah sedap, manusia dia panggil?.
"weh, aku dengar maklong kata mata bini kau warna hijau?. Seriously?" soal Zafran tidak percaya. Mata warna hijau siot!!. Bukan kaleng-kaleng.
Darren tersenyum bangga. Kakinyq dilipat keatas.
"well.. tengok lah bini siapa?" kata Darren bangga. Keningnya terjongket-jongket ke atas.
Zafran mencebik bibir.
"kau dekat New Zealand haritu macam mana?. Okay tak kerja dekat sana?" soal Darren, ingin menukar topik.
Zafran mengangguk. "okay je. Staff dekat sana semua okay. Diorang buat kerja semua tiptop!. Tapi tulah.."
"tulah ape kau?" tanya Darren hairan.
"tulah.. tak jumpa jodoh lagi. Aku kalau boleh nak yang macam bini kau. Mata hijau, cantik" kata Zafran dengan senyuman gatal.
YOU ARE READING
Isteri Tengku Kyle ✓
Romance~𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲~ Cerita ini berkenaan dengan seorang gadis yang berasal dari Brazil dan seorang jejaka yang berasal dari Malaysia. Tersatunya mereka disebabkan seorang gadis yang mempunyai sifat hasad dengki. Iaitu rakan sekerjanya, Alic...