"Dinnash.." panggil Dinnie.
Dinnash tersentak. Mukanya yang merah menyala dek kerana menangis disembunyikan.
Dinnie menapak mendekati adik kembarnya. Di duduk bersila disebelah Dinnash.
"buat ape dekat sini?. Pergilah masuk sana. Menyibuk je" halau Dinnash. Terangkat kening sebelah Dinnie.
"kau halau aku?" tanya Dinnie.
Dinnash berdiam diri. Rumput-rumput hijau ditarik-tarik. Kemarahannya masih lagi belum hilang.
Dinnie menghela nafas. "I'm sorry"
Dinnash masih lagi diam. Dia mengabaikan percakapan Dinnie.
"Eldian.. aku minta maaf sebab campak Ipad kau tadi. Aku cuma geram dengan perangai kau. Main game tak henti-henti. Kau tak bosan ke?" kata Dinnie.
Dinnash mengetap gigi. "sebab aku bosan lah aku main Ipad tu. Tapi kau? pergi campak Ipad tu!" herdik Dinnash.
Dinnie membuat muka menyampah.
"daddy belikan untuk aku Ipad sempena harijadi kita. Aku sayang sangat dengan Ipad tu. Tapi kau.. ergh!" batu-batu kecil dicampak dengan penuh amarah.
"aku tahu. Dan aku pun dapat Ipad dari daddy juga. Tapi kau lupa ke?. Daddy belikan suruh kita belajar dan cari ilmu. Bukan untuk main game" tenang saja Dinnie membalas.
Dinnash mendengus geram. "kau pergilah masuk sana. Menyibuk!" halau Dinnash.
Dinnie mengangguk faham.
"okay, kalau kau halau aku, I can go. Kau duduklah sini dengan syaitan yang ada dekat sebelah kau tu sampai maghrib. Syaitan suka orang yang tengah marah ni" kata Dinnie, ingin menakutkan adik kembarnya. Kakinya melangkah masuk kedalam rumah.
Membuntang biji Dinnash. Syaitan?
"Elyas!!!" jerit Dinnash lalu berlari masuk kedalam rumah.
Dinnie mencarik senyuman sinis. "tahu takut"
Dinnie mengambil Ipad putih milik Dinnash yang berada di tepi kolam. Ipad itu dibelek-belek sekejap ingin mencari kerosakkan atau calar. Seminit membelek, akhirnya Dinnie menghela nafas lega. Nasib baik tiada apa-apa kerosakkan atau calar. Kalau tidak makin mengamuk budak Dinnash tu.
Tiba-tiba telinga tertangkap bunyi tapak kaki dari arah belakang. Dinnie tersenyum tipis. Pasti itu kembar. Tubuh dipusingkan. Serta-merta wajahnya berubah dingin.
"hai" ucap Syaina, mesra.
"what do you want?" soal Dinnie dingin. Sememangnya Dinnie tidak berapa gemar bercakap atau berborak dengan perempuan. Bukan saja perempuan, lelaki-lelaki yang tidak dikenali pun tidak akan dia berborak. Melainkan mereka itu adalah kelurganya, barulah dia kurang bersikap dingin.
Syaina menguntum senyuman kecil. Dia menapak mendekati Dinnie.
Dinnie menjadi tidak selesa. Ipad ditangan setia menggengam erat. Mata hazelnya mencerlung tajam kedalam mata Syaina.
"stay away from me" larang Dinnie, keras.
Syaina mengerut saat mendengar kata-kata Dinnie. Lama-kelamaan muncuk senyuman manis dibibir comelnya.
"I said stay away from me bitch!" jerkah Dinnie. Sungguh perasaan tidak selesa dan marah menguasai diri. Nafasnya mula turun naik.
Terhinjut kedua bahu Syaina. Tidak berkedip dia memandang Dinnie.
"awak cakap bahasa ape tu?. Saya tak faham lah" tanya Syaina polos.
Dinnie tersentak. Berkerut keningnya sekarang. Dia tak faham bahasa Inggeris?.
YOU ARE READING
Isteri Tengku Kyle ✓
Romance~𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲~ Cerita ini berkenaan dengan seorang gadis yang berasal dari Brazil dan seorang jejaka yang berasal dari Malaysia. Tersatunya mereka disebabkan seorang gadis yang mempunyai sifat hasad dengki. Iaitu rakan sekerjanya, Alic...