"Jemput makan Puteri. Maaflah, ibu tak reti masak masakan western ni. Lauk kampung pandai lah" kata Puan Saleha lalu melabuhkan punggung dikerusi.
Puteri tersenyum manis. "takpelah ibu. Puteri pandai je makan masakan kampung ni. Takpayahlah western-western bagai. Lauk ayam ni pun dah sedap" kata Puteri sambil mencedokkan nasi untuk Emiya dan Puan Saleha.
Puan Saleha mengerut dahi. "aik? kamu pandai makan makanan melayu?. Siapa yang ajar?" soalnya hairan.
Puteri tergelak kecil sebelum mengerling kearah Emiya. Emiya mengangkat kening sebelahnya.
"Miya yang ajar" kata Puteri lalu melabuhkan punggung disebelah Emiya. Puan Saleha mengangguk faham. Bagus rupanya anak perempuannya ini. Mengajar orang luar negara makan makanan melayu. Bagus bagus.
"ibu, mana abang dengan ayah?" tanya Emiya hairan. Dari maghrib sampai ke isyak dia tak nampak bayang 2 lelaki itu.
"diorang pergi surau. Ayah kata harini ada jamuan kecil-kecilan. Tok ketua yang sponser katanya" kata Puan Saleha.
"ouhhhh" balas Emiya dengan mulut berbentuk 'O'.
Seusai makan malam, Puteri dan Emiya melepak diluar rumah. Puan Saleha pula sudah masuk ke bilik untuk tidur. Biasalah, warga mesti memerlukan rehat yang cukup.
Angin malam yang dingin menyapa tubuhnya membuatkan Puteri mengigil kesejukan. Sungguh hatinya tenang saat memandang langit gelap yang bersinar dengan kerdipan bintang-bintang. Secara tidak sengaja, fikirannya mengimbas detik-detik bahagia bersama si suami, Darren.
Flashback
Balkoni biliknya dituju. Kedua tapak tangan ditongkatkan pada besi penghadang. Mata hazelnya bercahaya dek kerana pantulan cahaya bulan. Baru saja dia mahu memejamkan mata, terasa ada sepasang tangan yang melingkari tubuhnya.
"hei.. kenapa peluk-peluk ni?. Nak triples pulak ke?" sakat Darren dengan senyuman gatal.
Spontan tangan Puteri jatuh dari badan Darren. Tubuh belakang Darren di tepuk kuat.
"adoii! kuatnya awak pukul. Sakit badan saya tau" kata Darren sebelum menjeling wajah isteri. Puteri menjuling mata keatas.
"dah awak cakap macam tu. Mana saya tak pukul?. Kalau ikutkan hati dah lama saya campak awak dari balkoni ni" kata Puteri sambil memeluk tubuh.
Darren tergelak kecil. "garangnya isteri saya ni.."
"hurmm"
Darren membenamkan mukanya dileher jinjang Puteri. Bau aroma lavender menusuk rongga hidungnya.
"wanginya.." puji Darren perlahan.
Puteri mengigit bibir bawahnya. Mukanya sudah memerah kerana malu.
"aw..awak saya bosan lah. Jom tengok movie nak?" ajak Puteri kemudian menolak kepala Darren dari lehernya.
"huh? bosan?. Saya minta awak layan saya taknak. Lepastu dah bosan merungut pulak" kata Darren dengan bibir tercebik.
Puteri merengus geram. "banyak bende boleh buat time bosan kan?. Dahlah malas lah layan awak ni. Saya nak naik atas. Nak tengok movie" sejurus itu kakinya melangkah ke pintu keluar.
"tunggu lah awak! yelah-yelah saya tak gatal lagi" kata Darren lalu menyapai tangan Puteri. Puteri memberhentikan langkahnya. Badannya dipusing menghadap si suami.
"okay then. Jom tengok movie. Siapa lambat dia anak lembu!" bibir merah Darren dikucup sekilas sebelum berlari kearah lif.
Darren terkaku sejenak. Tidak lama itu kepalanya digeleng perlahan.
YOU ARE READING
Isteri Tengku Kyle ✓
Romance~𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲~ Cerita ini berkenaan dengan seorang gadis yang berasal dari Brazil dan seorang jejaka yang berasal dari Malaysia. Tersatunya mereka disebabkan seorang gadis yang mempunyai sifat hasad dengki. Iaitu rakan sekerjanya, Alic...