KEJUTAN

13 1 2
                                    

Yusra masuk ke kerja seperti biasa. Yupp...rutin biasa swipe kan card, look for a new project , and stand by for another file. Yusra memicit bahunya yang tegang akibat kerap susun file-file yang baharu.

     Card di tangan nya sudah sedia untuk di swipe kan tetapi Yusra terhenti. Di hadapannya, Aniq sedang berbual di telefon nya. Yusra memerhatikan Aniq. Aniq pula sedang mencari sesuatu di dalam kotnya. Aniq mengeluarkan kadnya. Yusra terkejut. ALAMAK!!

     

       "NIQ!!!"jerit Yusra. Aniq terkejut. Yusra senyum palsu. Aniq membuat muka. Yusra senyum lagi. Aniq malas nak layan. Baru sahaja Aniq ingin swipe kan kadnya, Yusra memanggil nya lagi.

       "Apa ni Niq? Tak nak layan aku ke? Sampai hati kau eh"kata Yusra lalu menuju ke arah Aniq.

       Aniq pelik. "Aku tak layan kau? Aku buat apa?"tanya Aniq pelik.

       Tangan Yusra sangat lincah bergerak. Yusra senyum. Tangan kanan nya menepuk bahu Aniq dengan lembut manakala tangan kirinya sibuk ingin swipe kan kad nya tapi tidak sampai.

     "Kau tak buat apa pun. Saja je aku guna cara baru tegur kau pagi-pagi ni. Apa salah nya kan? Kita kan dah macam member...ehekk"kata Yusra senyum sambil mata nya curi menoleh ke belakang.

        "So weird. Kau okay tak? Kena sampuk dengan monyek ke? Pelik benar kau ni"kata Aniq cuba memahami perilaku Yusra seperti udang di sebalik batu.

      Yusra cepat menggeleng. "Pelik apa  nya...aku kan macam ni"kata Yusra senyum.

     Aniq melihat Yusra dan tersenyum. Patutlee budak ni macam gile sikit hari ni.

        "So kau nak cakap apa je dengan aku ni?"tanya Aniq senyum jahat.

        Yusra terdiam. Matanya melilau. Aduh...tak ada idea ni. Kad ni pun lagi satu masuk lah cepat. Yusra hanya senyum.

       Aniq menggeleng kepalanya lalu tangan nya lincah mengambil kad Yusra. Yusra terkejut.

       Aniq senyum jahat lalu swipe kan kadnya. Yusra terkaku.

        "Cik Yusra kalau cik tak tahu macam mana nak swipe kan kad...tak apa mari sini saya ajarkan."kata Aniq senyum jahat gila.

     Aniq swipe kan kad Yusra. "Anda lewat satu minit"mesin itu berkata. Yusra terdiam. Mata Yusra tajam melihat Aniq gila itu.

      "Ouch....saya anggap itu ucapan terima kasih dari awak Cik Yusra. Hmm...omg, a good starting for today" kata Aniq sengaja membuatkan diri Yusra semakin terbakar.

      Yusra menggenggam buku limanya dengan kuat. Uihh....ni kalau kena dekat muka dye...sumpah aku kata memang aku buat sampai dia mati. Yusra masuk ke tempat kerja nya.

 

         "Yus,jom lunch"kata Asmizah senyum manis. Yusra mengangguk lalu mengikuti kawan nya tu. Dalam perjalanan tu, Yusra mengajak Harras sekali untuk lunch bersama.

        Harras menelefon Yusra. Yusra mengangkat.

   "Assalamualaikum"kata Harras.

    "Waalaikumsalam,dah pahal call? Chat je lah...banyak pulak masa kau ni nak call aku? Oupsss lupa pulak dia kan boss kita kan kuli nak buat macam mana..kan?!!"kata Yusra sambil memerli.

     Harras melihat semula nombor yang ditelefonnya. "Uishh....aku ingat kan gangster mana lah aku call ni... Ingatkan akk aku ada hutang dengan ah long"kata Harras serius terkejut.

      Yusra mendengus. "Elok sikit eh.. aku tengah tak ada mood ni"kata Yusra geram.

      "Okay. Sebenarnya aku ada dapat laporan."kata Harras

Mr Crazy Vs Miss GangsterWhere stories live. Discover now