Yusra menelefon Harras. "Wei,kau tak nak lepak dengan aku ke? Kau tak makan ke? Kau tak lapar?"tanya Yusra apabila Harras menjawab panggilannya. Harras terkejut. "Kau ni tak reti beri salam eh? Main terjah masuk je"kata Harras. "Oh,sorry. Assalamualaikum,adikku"kata Yusra lembut cuba untuk memerli. "Erk, lembut sangat geli aku dengar. Waalaikumsalam"jawab Harras salam dari Yusra.
"Kau call aku ni mesti ada something kau nak kan? Apa dia?"tanya Harras sudah menghidu niat kakaknya. Yusra senyum kambing. "Eh,macam mana kau tahu doh? As bagitahu kau ke?" tanya Yusra terkejut. "Tak adanya kawan subahat kau tu nak bagitau aku. Kau ni bukannya reti nak telefon aku...kalau telefon aku,ada lah benda dia nakkan"kata Harras. Yusra senyum. "Wei,baru aku rasa yang kita ni adik beradik sehati sejiwa. Aku sayang kau"kata Yusra mata sudah berair.
Alah,minah ni. Buat drama pulak. Harras mengurut dahinya. Pembantu Harras memandang Harras. Eh,bos borak dengan siapa? Sampai berkerut dahi bos. Nak kata makwe, bos sendiri kata tak ada. "Bos?"kata pembantu Harras. Harras tersentak. "Lina, sekejap"kata Harras. Alina menunggu. "Straight to the point"kata Harras sambung panggilannya dengan Yusra. Yusra berhenti buat drama. "Kau free tak lunch ni?"tanya Yusra membuatkan Harras gelak.
"Itu je kau nak?"tanya Harras senyum sampai ke telinga. "Yelah. Tu je. Aku nak ajak kau pergi lunch sama2 dengan si As,boleh? Aku tanya je. Kalau kau ada lunch dengan orang lain tak apa"kata Yusra. "Ok,aku tunggu kau dekat kafeteria bawah" kata Harras terus mematikan panggilan. Harras memandang pembantunya. "Lunch ni saya ada apa2 tak?"tanya Harras. "Emm...lunch ni bos ada lunch dengan Tan Sri Yahya"kata Alina senyum.
"Ok,awak batalkan. Hari ni saya lunch dengan orang lain"kata Harras senyum. Alina pelik. Tak pernah bos batalkan apa2 program dengan Tan Sri. Ni mesti ada apa2 ni. "Bos lunch dengan siapa?"tanya Alina mencuba nasib. "Rahsia"kata Harras senyum lalu keluar. Alina makin pelik. Aduh, takkanlah bos dah ada makwe. Kalau ada,mestiliah aku dah tahu. Haish! Alina terus menuju kearah mejanya untuk menelefon Tan Sri. Yusra terus keluar dari biliknya.
DI KAFETERIA,Yusra dan Asmizah mencari kelibat Harras. Harras melambaikan tangannya. Yusra dan Asmizah menuju ke arahnya. "Awal sampai?"tanya Yusra melihat adiknya. "Biasalah,aku kan bos"kata Harras berlagak. "Tak payah nak tinggikan hidung tu sangat...nanti aku gantung baju,baru kau tahu"kata Yusra. Meletus tawa Asmizah melihat gelagat dua adik beradik di hadapannya ni. "Hish,kalau ada pingat adik beradik paling kelakar dekat dunia ni, aku rasa korang berdua boleh menang"kata Asmizah ketawa.
Yusra senyum. "Gelaklah lagi. Nanti aku sumbat cili dalam mulut kau"kata Yusra. Mati terus ketawa Asmizah. Kali ini,Harras pula ketawakannya. Asmizah menarik muka. "Kau dah order?"tanya Yusra kepada Harras. Harras mengangguk. "Dah, nak tunggu kau sampai bila pun tak order. Dengan kaki tem....."terhenti kata Harras apabila lututnya ditendang kuat oleh Yusra. "Aduh"kata Harras mengerang kesakitan. Yusra senyum jahat. "Laju betul kaki kau kan"kata Harras geram.
Yusra gelak jahat. "So,what?"kata Yusra. Asmizah membuat thumbs up. "Lagi sekali kau cakap pasal kaki aku ni,esok kau bangun, kaki kau hilang aku potong"kata Yusra bengang. Harras cepat mengangguk. Garang!
ANIQ memasuki kafeteria bersama dengan kawannya,Aizat untuk lunch. "Kau nak aku order apa?"tanya Aizat hendak menuju ke kaunter. "Macam biasalah"kata Aniq lalu duduk. Aizat mengangguk lalu menuju ke kauntar. Aniq memandang sekeliling kafe dan ternampak satu kelibat. Aniq senyum.
YUSRA memandang Harras. "Kau nak apa?"tanya Harras sedang makan. "Kau...tak bagitahu sapa2 kan aku ni akak kau?"tanya Yusra memandang Harras dengan tajam. Harras tersedak. "Tak adalah. Buat apa aku nak bagitahu semua yang kau ni akak aku...buang air liur je"kata Harras. Yusra geram. "Ish, betul2 lah. Aku cucuk kau punya mata dengan garfu ni"kata Yusra geram. "Wei, Yus relakslah. Aku tak nak disabitkan sebagai rakan subahat kau nak bunuh orang"kata Asmizah senyum.
"Korang ni,aku tanya elok2. Main pulak"kata Yusra. Harras dan Asmizah ketawa. "Yus,aku pergi tandas kejap tau. Kau jangan tinggalkan aku"kata Asmizah bangun menuju ke tandas. Yusra memandang Harras sekali lagi. "Iye...aku tak bagitahu sapa2 lah. Kalau semua tahu,habislah kau Yus"kata Harras senyum. "Pahal pulak?"tanya Yusra pelik. "Yelah,kalau semua tahu kau ni akak aku, nanti semua buat baik dengan kau,lawat kau,bagi kau macam2..yelahkan bakal akak ipar. Siapa je tak nak buat baik?"kata Harras.
"kau ingat kau popular sangat ke?"tanya Yusra sudah loya. Perasan! "Eh, aku famous tau. Engkau tak tahu. Ramai tau sampai beratur nakkan aku. Engkau.....ada orang nak ke?" tanya Harras perli. Yusra memandang Harras. "Kau ni memang kalau jumpa aku, suka sangat minta penampar eh" kata Yusra sudah menggaru tangannya. Harras menelan air liur. "Eh, aku gurau je. Relakslah. Ramai suka kan kau. Kau cantik"kata Harras kecut. Dia tahu Yusra betul2 akan menamparnya sekarang ni.
"Eh, Yus?"tanya seseorang. Yusra menoleh. Terkejutnya Aniq sedang berdiri di hadapannya. "Bos? Bos buat apa dekat sini?"tanya Yusra pelik. Tangannya diturunkan membuatkan Harras kembali bernafas lega. "Laa... ni kan waktu lunch"kata Aniq senyum. Yusra tersedar. Apalah kau ni,tanya soalan pelik. Kafeteria ni tempat orang makan. Dah sah2 lah si Aniq ni makan dekat sini.
Aniq memandang Harras yang sedang duduk berhadapan dengan Yusra. "Eh, Harras? Kau buat apa dekat sini?"tanya Aniq terkejut melihat Harras, ceo company di kafeteria. Harras memandang Yusra. "Err... ni boyfriend aku"kata Yusra automatik. Harras memandangnya. Boyfriend? Kepala hotak kau!! Harras menendang kaki Yusra. Yusra terkejut lalu mengenggam tangan Harras dengan kuat. Aniq pelik. "Boyfriend? Seriously?!"tanya Aniq terkejut. Harras cuba untuk menarik tangannya tetapi Yusra makin menguatkan genggamannya.
"Yes, sayang tak bagitahu kawan you ke yang I ni girlfriend you? Sampai hati you"kata Yusra pura2 sedih. Harras terkejut. Dia panggil aku sayang? Euk! Nak mengaku aku ni adik dia pon, dia meluat...ni dia panggil aku sayang? Harras menahan mukanya. Yusra memijak kaki Harras dengan kuat. Harras mengerang kesakitan. Yusra membuat isyarat mata.
"Sssss-ssorry....sssss-sssssa..."kata Harras tak dapat nak habiskan perkataan s.a.y.a.n.g untuk Yusra. Yusra geram lalu dia memijak sekali lagi kaki Harras.
"ayang!!!!"jerit Harras kerana kesakitan. Semua di kafeteria memandang mereka. Yusra memandang. "Get it? Dahlah blah. Aku nak makan. Aku tak nak makanan aku tercemar dengan kau"kata Yusra menghalau. Aniq memandangnya. "Oh yeke? Kalau macam tu apa kata aku tambahkan sedikit lagi perasa"kata Aniq senyum. Yusra memandangnya. "Apa dia?" tanya Yusra. Aniq mendekatkan dirinya dengan telinga Yusra.
"Apa kata lepas ni kau kerja sampai malam? Aku nak tahu jugak apa perasaan kau dapat syif malam"kata Aniq membuatkan mata Yusra membulat. What the heck?!! Aniq senyum lalu keluar dari kafeteria bersama Aizat. Yusra geram. Garfu yang dipegangnya digenggan kuat. Harras yang melihat sudah kecut. Berani betul si Aniq ni cari gaduh dengan akak aku, tak pelah yang penting lepasni bukan aku yang dia nak bunuh.
"Err..Yus relaksla.."kata Harras terhenti apabila Yusra sudah merenungnya dengan tajam. "Dah, aku tak nak makan! Kau makanlah sorang2!"marah Yusra lalu menghentakkan garfu di meja. Terpacak garfu itu diatas meja. "Yus kau nak pergi mana?"tanya Harras risau. Yusra senyum. Harras seram sejuk. "Kau jangan risau. Aku belum ada rasa nak bunuh orang lagi. Kalau ada, aku bagitahu kau tau"kata Yusra senyum lalu keluar dari kafeteria. Harras meremang. Habislah kau Aniq. Yusra dah mengamuk.
Asmizah keluar dari tandas. "Agh, lega. Eh Yusra mana?"tanya Asmizah pelik. Harras tidak melayan lalu menunjuk kearah garfu di atas meja. Asmizah menelan air liur. "Siapa buat dia?"tanya Asmizah takut. "Aniq"kata Harras. Asmizah menggeleng kepalanya. Matilah aku!!
YOU ARE READING
Mr Crazy Vs Miss Gangster
General Fiction-"Haih,muka jer nampak hensem tapi tulah perangai mcm orang giler kat tanjung rambutan"-kata Yusra sambil mengemas fail. -"Muka hensem ni jugaklah ramai org suka...apa kau tahu"-kata Aniq sambil senyum. ♡♡♡♡♡♡♡♡ -"kau free tak lunch ni?"-tany...