Aniq memandang Yusra yang sedang menahan mukanya merah. Akhirnya, Aniq tergelak. Yusra termangu. " Hahaha...kelakar doh muka kau.... Sumpah, macam perempuan siak" kata Aniq membuatkan hati Yusra makin panas. What?! Dengan pantas, Yusra terus mengambil beg tangannya. " Ambik nii"kata Yusra terus menghempuk kepala Aniq yang dah mereng.
Memang mintak kena carut doh laki tu. Yusra berjalan dengan pantas keluar dari company. Aniq di belakang mula mengejar Yusra. Yusra berhenti lalu menoleh. "Kau nak apa?!"tanya Yusra ,geram. Aniq senyum. "Nak ajak kau balik dengan aku"kata Aniq senyum. Yusra menggeleng kepalanya. "Kau ni waras ke tak? Tiba-tiba je nak bawa anak dara orang naik kereta kau...gila ke apa. Hello, do i know you?"kata Yusra geram. "Cik Yusra, saya ni bos awak.. tak boleh ke saya ni memberi sedikit ihsan nak hantar pekerja saya balik ke rumah. Tak boleh ke?"tanya Aniq semula.
"No. No. No. Dengan aku,kau nak tunjuk ihsan? Tak payah lah weyh...aku okay je...boleh naik teksi dan tak perlukan ihsan kau tu sangat lah" kata Yusra senyum memerli. Aniq memandang Yusra. "Kau sebenarnya risau kan aku nak buat sesuatu kat kau?"kata Aniq senyum. Yusra memandang tempat lain. Aniq senyum menyakat.
Tiba-tiba....
"Niq?"kata seseorang membuatkan Aniq tersentak. Aniq menoleh. Di depannya, seorang wanita memandangnya dengan senyuman lebar. "Oh, Ira"kata Aniq senyum. Yusra pun turut senyum. Zahira membalas senyuman. Yusra memandang Aniq. "Ni ex tunang aku" bisik Aniq. Yusra mengangguk. "Habistu ni kenapa dia ada kat sini?" bisik Yusra. Aniq membuat menggeleng kepalanya.
"U buzy ke?"tanya nya.
Aniq memandang Yusra lalu terus mengangguk. Zahira memandangnya.
Yusra terkaku."Ni siapa?"tanya nya memberi pandangan tajam pada Yusra.
Yusra terkaku. Aduh...pahal lee libat kan aku. Yusra memandang Aniq.
'Aku kena jawab ke?!'kata Yusra sambil membuat isyarat mata.
'Dia tanya kau..bukan aku. Jawab je' kata Aniq membalas dengan isyarat mata.
Yusra mendengus.
"Hi, saya Yusra"kata Yusra senyum. Zahira memandangnya. Aniq terus menggenggam tangan Yusra. "Kenalkan tunang i"kata Aniq membuatkan Yusra terkejut beruk. Yusra memandang Aniq. Riak muka Zahira terkejut. "U tunang dengan minah miskin ni?" kata Zahira membuatkan Yusra terkejut. "Bukan ke test u high...tibe pulak u tunang dengan dia?"katanya dengan gedik. Yusra geram.
Eh minah ni...jalan pun terhencut- hencut...gedik overdose seh minah ni.
Yusra memandangnya dengan marah. "Ira stop it. U dengan i dah tak ada apa- apa. "kata Aniq. "Tak..i macam tak sangka langsung minah miskin macam ni boleh jadi tunang u. Ke u ni kena guna- guna"kata nya sambil senyum sinis.Yusra geram. Eh dia ni dah kenapa? Yusra sudah mengenggam buku lima nya. " Zahira enough okay.. i yang pilih dia"kata Aniq. Yusra terkejut dengar nama wanita itu. Wait, nama dia sama dengan nama aku...whaat. Zahira terkejut mendengar kata-kata dari mulut Aniq. "Believe me Aniq.. u deserve more better than this...like me Aniq"kata nya senyum goda.
Yusra gelak halus membuatkan Aniq dan Zahira terkejut. Tak kan lah.. kata Aniq dalam hati. "Deserve perempuan murah macam kau ni... yang terlebih gedik nye ni. Kalau aku jadi lelaki memang tak ah aku pilih kau sebab kau ni senang sangat nak kutip..yelahkan duduk kat tepi jalan sape je tak nak. Dengan pakaian tak cukup kain, ada hati nak kahwin. Diri sendiri pon asyik nak berfoya inikan nak bersuami...lupakan je lah"kata Yusra membuatkan Aniq geli hati.
Zahira terkaku. "Wow...tak sangka u ni bukan je miskin tapi biadab ye" katanya geram.
Yusra gelak jahat. "How about u? Dah lah gedik, kutip balik ludah sendiri, kaki lelaki and the worst miskin adab ye. .that was more triple." kata Yusra. "So...u accept lah apa yang i cakap tadi"katanya.
"If i say yess...what i got? And tak reti nak cakap melayu ke...geli lah aku nak i-u...kau tak geli ke? Ouh lupa pulak..kau kan gedik so secocok lah ni"kata Yusra senyum menang. Zahira geram.
"U perempuan tak kenal tau i ni siap..."katanya terhenti. "Really?! Ouh hi...nama saya Yusra anak firdaus boleh panggil yus...KAU INGAT AKU KESAH KE?"kata Yusra suaranya kedalam sedikit. Zahira terkaku. Aniq cuba untuk mencelah tapi di halang oleh Yusra. Yusra memandangnya dengan tajam. "Hahaha...for your information aku dengan Aniq kahwin minggu ni ..hebat tak" kata Yusra membuatkan Aniq terkejut. Zahira terkejut. "Oh really? So why i dont get it your card?"tanyanya sambil tangAn nya digoyangkan. "Oh u tak tahu ke? Oh sebab u ni tak penting dalam hidup i sebab tu i tak bagi...tak pe u dijemput okay. Tak perlu pon card from me cause u kan SPECIAL SANGAT"kata Yusra geram. Zahira membuat muka.
"U tunggu"kata Zahira geram mahu angkat kaki. "Okay tengah tunggu lah ni...cepat sikit."kata Yusra membuat kan Zahira hilang kata-kata lalu pergi dari situ.Aniq terus tepuk tangan kepada Yusra. "Hebat"kagum Aniq. Yusra senyum sambil membuat dap. "Aku kan"kata Yusra. "Tapi Yus asal kau cakap kau dengan aku kahwin minggu ni?!"tanya Aniq marah. "Alah tak kan lah minah tu bodoh sangat nak percaya pasal benda tu" kata Yusra gelak.
"Kalau aku kata dia bodoh camne"kata Aniq memandang Yusra. Mati gelak Yusra. "Weyhh!!!!"kata Yusra terkejut. Yusra cacing kepanasan. Aniq sudah menggeleng kepalanya. Yusra memandang Aniq semula. "Alah..tak punya. Percaya lah cakap aku"kata Yusra menyedapkan hatinya. Aniq hanya mengangguk sahaja.
YOU ARE READING
Mr Crazy Vs Miss Gangster
General Fiction-"Haih,muka jer nampak hensem tapi tulah perangai mcm orang giler kat tanjung rambutan"-kata Yusra sambil mengemas fail. -"Muka hensem ni jugaklah ramai org suka...apa kau tahu"-kata Aniq sambil senyum. ♡♡♡♡♡♡♡♡ -"kau free tak lunch ni?"-tany...