Yusra mengikuti Asmizah menuju ke office majikannya yang dikatakan sangat garang dekat sini. Yusra berdebar. Apsallah jantung aku ni makin kuat dia berdebar. Yusra memnadang Asmizah. "Wei,aku dapat teman kau sampai sini je. Aku minta sangat kau tabah dan sabar,ok"kata Asmizah merayu. Yusra hairan. "Kau ni dah kenapa? Aku nak pergi jumpa bos je,bukan nak jumpa benda lain" kata Yusra pelik lalu masuk kedalam office.
Ya Allah,aku tak risaukan kawan aku tapi aku risaukan bos aku. Asmizah berdebar. Harap tak jadi apa2lah. Asmizah setia menunggu Yusra di hadapan office.
♤♤♤♤♤♤
Yusra melihat sekeliling office tersebut dengan perasaan takjub. Cantiknya office bos aku ni..pandai jaga office. Hmm..not bad. Yusra masih teruja melihat keadaan sekeliling. "Cik Yusra?"tanyanya dengan nada serius. Yusra terus memandang ke hadapan. "Ya..saya" kata Yusra sedikit gementar.
Tak lama kemudian,Yusra pelik. Mana bos aku?. Yusra termangu. Yang di hadapannya sekarang hanya meja dan kerusi yang membelakangkannya serta sepasang suit yang terletak cantik di kerusi tersebut. Yusra hairan. "Kenapa tak masuk kerja dua hari ni?"tanyanya garau. Yusra menelan air liur. Aduh,mama tak explain ke?! Yusra hanya tersengih.
"Saya ambil cuti emergancy sebab kaki saya sakit"kata Yusra senyum. "Awak tahukan itu first day kerja dekat company ni?"tanyanya nadanya ditinggikan sedikit. "Saya tahu. Bukannya saya sengaja nak ambil cuti tu,bos..."kata Yusra pertahankan dirinya. "Tak kuasa aku nak kerja dekat sini. Kalau bukan sebab mama, tak ada kuasanya aku nak dengar kau bebel dekat aku sekarang ni"kata Yusra perlahan.
"Awak ada cakap apa2 ke?"tanyanya seperti mendengar bisikan. Yusra kalut. "Eh,mana ada bos"kata Yusra sengih. "Jangan main2. Telinga saya sangat sensitif bila dengar ada orang mengumpat saya"katanya lalu menoleh. Yusra terkejut. "KAU?!"kata Yusra terkejut melihat seorang lelaki di hadapannya itu. Lelaki itu terkejut. Takkanlah,mimpi burok aku jadi kenyataan.
Yusra memandangnya dengan tajam. Lelaki itu memandang Yusra dengan pelik. "Kau buat apa dekat sini? Kalau kau datang dekat sini setakat nak goda aku...baik kau blah"kata lelaki itu. Yusra termangu. "Aku? Aku..goda kau? Heh,setakat muka macam cicak ni..tepi jalan pon ada"kata Yusra geram. Lelaki itu bengang. "Hoi, muka ni kau panggil cicak. Hello, ramai perempuan tau cair tengok aku"kata lelaki itu sombong.
"Tu perempuan dekat luar sana... bukan aku. Aku? Cair tengok kau? Panas adalah. Dah menggelegak ni. Tunggu nak meletup je"kata Yusra geram. "Berambuslah..jangan kacau hidup aku"kata lelaki itu. "Buat apa aku nak kacau hidup kau. Aku tengok kau pon dah kacau. Aku datang sini nak cari rezeki bukan nak cari gaduh, faham. Kalau tak faham,cakap. Aku boleh tukar subtitle"kata Yusra.
Lelaki itu terdiam. Cari kerja rupanya. "Ehmm...dah penuh. Kau boleh keluar."kata lelaki itu membuatkan Yusra terkejut. "Eh,tadi bukan mainlah kau siasat aku bagai pahal tak datang kerja! Kau jangan main2. Nanti naik juga aku punya kaki ni" kata Yusra bengang. Lelaki itu menelan air liur.
"Betul, aku kata dah penuh"kata lelaki itu. "Hish..orang gila ni..aku,seumur hidupkan tak pernah bunuh orang lagi. So,tolonglah jangan buat aku rasa nak bunuh kau!"kata Yusra geram. "Excuse me,aku ada nama tau"kata lelaki itu geram apabila Yusra memanggilnya orang gila. "Oo.. ingatkan tak ada nama. Sebab aku tengok kau macam orang yang dekat wad tanjung rambutan."kata Yusra gelak.
"Kurang ajar kau kan. Aku ada namalah. Nama aku Aniq."kata Aniq geram. Yusra memandangnya dengan senyuman jahat. Aniq geram melihat Yusra. Kau tunggu!
YOU ARE READING
Mr Crazy Vs Miss Gangster
Genel Kurgu-"Haih,muka jer nampak hensem tapi tulah perangai mcm orang giler kat tanjung rambutan"-kata Yusra sambil mengemas fail. -"Muka hensem ni jugaklah ramai org suka...apa kau tahu"-kata Aniq sambil senyum. ♡♡♡♡♡♡♡♡ -"kau free tak lunch ni?"-tany...