Yusra memandang lelaki itu dengan seribu kemarahan. Yusra cuba untuk bangunkan dirinya dengan segala kepayahan. Lelaki itu hanya memandang endah tidak endah sahaja,perempuan tu lagilah memang taklah jawapannya. Akhirnya,yusra dapat berdiri. "Dah berdirikan? Get out!"kata lelaki itu kepada Yusra. Lelaki itu menuju ke pintu keretanya. Yusra senyum jahat.
Yusra menanggalkan high heelsnya lalu membalingkan kearah lelaki itu tepat mengena kepalanya. "Haaa.. kena pon. Baru puas hati aku"kata Yusra geram. Lelaki itu memandang Yusra dengan geram dan cuba mendekati Yusra. "Ha..kau dekatlah dengan aku. Aku ada lagi sebelah, kalau kau nak aku boleh bagi. Free of charge"kata Yusra membuatkan lelaki itu berhenti mendekatinya.
"Bang,kau dengar sini eh. Apa guna kalau kaya tapi tak ada hati dan apa guna juga kalau hensem tapi perangai macam setan. Lagisatu kan cuba kau pergi check otak kau kat hospital, aku takut kau ada penyakit gila sebab aku tengok kau ni dah tak boleh bezakan antara manusia dengan benda."kata Yusra geram. Lelaki itu geram.
"Eh,kau tak payah nasihatkan aku" kata lelaki itu. "Eh,aku tak nasihatkan kau..buat apa aku nak nasihatkan orang yang tak ada otak macam kau. Aku cakap sebab kau ni dahlah tak tolong aku, tak minta maaf,lepastu kau cakap sakitkan hati aku...huih banyak tu kesalahan..takut nanti kau cari aku pulak dekat akhirat tapi aku maafkan sebab aku tak nak tengok muka kau!!"kata Yusra geram lalu mula berjalan.
Lelaki itu termangu. Mak ai,padu peluru dia. Baru sahaja lelaki itu ingin masuk kedalam kereta,satu lagi pasang kasut high heels mengena kepalanya. Lelaki itu kesakitan. "Hoi!" Jerit lelaki itu. Yusra tersenyum jahat. Hahaha..padan muka. Lain kali buat aku sakit hati,kan dah kena. Yusra berjalan terhencut-hencut dengan berkaki ayam menuju ke keretanya.
♤♤♤♤♤♤
"Eh,dah balik kakakku"kata Harras di hadapan pintu rumah. Yusra hanya mendiamkan diri. Kakinya yang sakit itu semakin berdenyut-denyut. "Mana high heels yang aku bagi kau tu?" tanya Harras pelik. Yusra tidak melayan adiknya lalu masuk ke dalam rumah dengan perlahan.
Harras geram. "Haih,dahlah tempang, bisu,pekak pulak tu"seloroh Harras. Yusra berhenti. "Kurang ajar kau kan" kata Yusra geram. "Yelah,dah orang panggil tak nak menyahut, lepastu diam je. Betullah tu dah pekak dan bisu."kata Harras sengih. Yusra baru nak angkat tangan,Harras melindungi kepalanya terlebih dahulu.
"Kalau kau nak pukul aku,jangan dekat kepala. Cukuplah semalam kau dah bocorkan kepala aku"kata Harras membuatkan Yusra tersenyum. "Tempat lain bolehlah?"tanya Yusra senyum. Harras menggeleng. Yusra senyum jahat. "Kau pikir apa ah?" tanya Harras seram melihat Yusra senyum lebar. "Tak ada apa"kata Yusra menuju ke bilik.
♤♤♤♤♤♤
Datin Hamidah memasuki perkarangan rumah setelah seharian bekerja. Yusra sudah menunggu di ruang tamu. Dengar sahaja bunyi enjin kereta ibunya,jantungnya sudah berdegup laju. Datin Hamidah memasuki rumah. "Mama,Yus nak cakap sikit"kata Yusra memandang ibunya. Datin Hamidah terus duduk di sofa.
"Apa dia?"tanya Datin Hamidah. "Yus dah fikir,Yus rasa Yus akan kerja dekat company mama"kata Yusra senyum. Datin Hamidah terkejut. "Apa dia? Betulker ni Yus? Yus tak tipu mak?"tanya Datin Hamidah masih terkejut. "Betul,Yus tak tipu tapi..."kata Yusra terhenti. "Apa dia?" tanya Datin Hamidah. "Yus ada tiga syarat"kata Yusra.
"Syarat?"tanya Datin Hamidah risau dan takut anaknya letak syarat yang bukan2. Yusra senyum lebar. "Satu, Yus tak nak jadi ceo syarikat. Yus nak kerja yang paling bawah sekali. Dua, Yus tak nak sesiapa pun dalam company mama dan abah tahu Yus kerja dekat company"kata Yusra senyum.
"Ok,boleh...eh, syarat ketiga mana?" tanya Datin Hamidah pelik. "Emm.. syarat ketiga,Yus tak fikir lagi. So, kalau Yus nak pakai syarat tu,Yus pakailah"kata Yusra senyum. "Tapi kan Yus,kenapa Yus tak nak jadi ceo dekat company?"tanya Datin Hamidah. "Alah,Yus muda lagi. Biar lah Yus kumpulkan pengalaman dulu ok"kata Yusra senyum.
"Yus nak mula bila?"tanya Datin Hamidah gembira. "Esok boleh?" tanya Yusra. Datin Hamidah mengia kan lalu memeluk anaknya. "Terima kasih Yus,tolong mama kurangkan beban"kata Datin Hamidah senyum. Yusra pun senyum.
♤♤♤♤♤♤
"YUSRA!!BANGUN!! Kata nak pergi kerja hari ni"jerit Datin Hamidah sedang menuang air teh di cawan. Yusra terkejut lalu mengambil tuala nya. Hari ini first day kerja so,tak boleh lambat. Yusra masuk kedalam bilik air...KEDEBUK!! Yusra jatuh diatas lantai.
"Yusra,kenapa tu? Apa bunyi tu?" tanya Datin Hamidah hairan. Tiada respons daripada Yusra. Datin Hamidah memandang anak lelakinya yang sedang menikmati sarapannya. "Arras,kau pergi tengok sekejap kakak kau dekat bilik. Mama tak sedap hati lah"kata Datin Hamidah risau. Harras ikutkan sahaja kata ibunya.
Harras menuju ke bilik Yusra lalu mengetuk pintu. Tiada respons juga. Aik,kakak aku ni. Betul2 tidor mati. "Kak! Kak! Arras masuk tau"kata Harras memasuki bilik kakaknya.
"Ya Allah,akak!"kata Harras terkejut melihat Yusra sudah terlantar di lantai tandas.
YOU ARE READING
Mr Crazy Vs Miss Gangster
Fiksi Umum-"Haih,muka jer nampak hensem tapi tulah perangai mcm orang giler kat tanjung rambutan"-kata Yusra sambil mengemas fail. -"Muka hensem ni jugaklah ramai org suka...apa kau tahu"-kata Aniq sambil senyum. ♡♡♡♡♡♡♡♡ -"kau free tak lunch ni?"-tany...