BOSS?!!

28 0 0
                                    

Yusra tersedar daripada lenanya. Yusra memandang sekeliling. "Cik Yusra dah okay?"tanya seorang jururawat sambil senyum manis. "Ok. Tapi saya kat mana ni?"tanya Yusra risau. "Cik berada di hospital"kata jururawat itu membuatkan Yusra terkejut."Hah?!"kata Yusra terkedu lalu turun dari katilnya. Belum sempat jururawat itu menghalang, Yusra sudah jatuh tersembam mencium lantai.

"Ouch! Asal kaki saya sakit sangat ni?! Sakitnya"marah Yusra sambil mengurut pergelangan kakinya. "Cik, kaki cik terseliuh dan cik pengsan" kata jururawat itu membantu Yusra untuk berdiri. Yusra mengikuti. Harras masuk. "Dia ok tak?"tanya Harras melihat kakaknya. "Ok Encik Harras,cuma terseliuh dekat pergelan gan kaki. Yang lain semuanya ok" kata jururawat itu.

"Ini kau punya salahlah ni...kalau kau tak bagi aku pakai high heels tu tak adanya jadi macamni..bawak malang tau tak!"marah Yusra geram. "Yalah, salah aku . Aku minta maaflah. Tak tau pulak boleh jadi sampai macam ni"kata Harras menyesal. "Dahlah aku nak balik rumah. Hari ni dahlah first day aku kerja!"kata Yusra membebel.

"Mama kata tak payah pergi kerja. Kaki kau terseliuh. Nanti lagi melarat baru tahu" kata Harras memapah Yusra. Yusra memandang Harras dengan tajam. "Aku boleh lagi jalan. Bukannya patah kaki aku ni"kata Yusra marah.

"Kau kan kerja dengan mama. So,kau kena dengar cakap orang atasan kau mana boleh membantah!"kata Harras senyum. "Hish!"kata Yusra tidak suka. "Lepasni,kau dah tak boleh nak ikut suka hati kau. Kena tanya boss dulu, boleh ke tak"kata Harras. Yusra tidak melayan. Ada aku kesah!

♤♤♤♤♤♤

"Mama,esok Yus nak pergi kerja tau!" kata Yusra sedang tersandar di kerusi belakang kereta. Datin Hamidah menoleh. "Tak payah. Mama dah cakap dengan bos kamu yang kamu amik cuti emergancy"kata Datin Hamidah risau. "Bos? Siapa bos? Dia tahu tak pasal Yus?"tanya Yusra tertanya.

"Yelah,Yus cakap dengan mama Yus tak nak jadi ceo kan? So,mama jadi kanlah Yus pekerja mama. Pasal Yus, tak ada sesiapa pon yang tahu pasal Yus."kata Datin Hamidah senyum. Yusra tersenyum. Matilah aku, first day kerja dah cuti. Yusra melihat kearah luar kereta.

♤♤♤♤♤♤

Yusra tersentak. Yusra memandang telefonnya sedang berdering sebanyak tiga kali. Aduh,manusia mana pulak nie..pagi2 kacau aku tidor tak ada kerja ke apa. Yusra dengan malasnya mengangkat panggilan telefon itu.

"Hello?"tanya Yusra ala kadar sahaja. "Hello? Ini Yusra kan?"tanya Asmizah risau. Yusra terkejut lalu melihat nama di skrin telefonnya. "Kau nak apa,As?"tanya Yusra geram. "Kau kata kau kerja dekat company mama kau? Tak nampak pon batang hidung kau?" tanya Asmizah hairan. "Harini aku tak pergi kerja sebab aku terseliuh. Mama aku punya risau suruh aku ambil cuti...macamlah dah patah kaki aku ni"kata Yusra masih geram.

"Hah?! Kaki kau terseliuh?! Kau nak tak aku ambil cuti tengokkan kau?" tanya Asmizah risau dengan kawan karibnya. Yusra terdiam. "Ambil cuti? Kau tengah buat apa,doh sampaikan kena ambil cuti?"tanya Yusra pelik. Asmizah menepuk mulutnya. Aduh, kantoiii!. "Err..aku..aku..aku tak kata aku nak ambil cuti. Aku kata nak ambil MC. Kau ni salah dengarlah" kata Asmizah ketawa.

"As...jangan cakap yang kau kerja dekat...."kata Yusra terhenti apabila Asmizah sudah menamatkan panggilannya. Yusra bengang. Bertuah punya kawan,mak kau suruh kau belajar...kau pulak pergi kerja dekat company mama aku. Yusra mengeluh. Haih,mama pon lagisatu cakaplah aku ni ada bos! Macam manalah aku nak hadap muka bos tu? Mesti dia tengah mengamuk, yelah budak first day kerja tapi dah minta MC. Yusra berfikir sampai terlena.

♤♤♤♤♤♤

Awal2 pagi lagi Yusra sudah siap untuk masuk kerja. Datin Hamidah melihat anak daranya dengan senyuman. "Amboi,awal anak mama siap. Betul2 excited nak kerja ni!"kata Datin Hamidah sedang menuju ke dapur. "Mestilah,dah dua hari Yus terperuk dalam bilik sebab kaki terseliuh ni"kata Yusra senyum.

"Tapikan kalau Yus pergi kerja sekarang ni,office tak buka lagi."kata Datin Hamidah memandang anaknya. Yusra pelik. "Apsal pulak mama?" tanya Yusra. "Yelah,sekarang ni baru pukul 6 pagi. Office buka pukul 8." kata Datin Hamidah membuatkan Yusra ternganga. "6?Ya Allah, buat penat jer Yus bangun pukul 4 pagi sebab tak nak lambat masuk kerja" kata Yusra masih tergamam.

"4 pagi Yus bangun? Kelakarlah Yus ni buat mama gelak pagi2 ni"kata Datin Hamidah sudah tergelak. Yusra termangu sendirian. "Ma,boleh tak nanti kejut Yus pukul 7? Yus nak tido kejap. Yus dah mula pening"kata Yusra menuju ke biliknya. Datin Hamidah menggelengkan kepalanya. Ada2 jelah anak dara aku ni...macam2 perangai.

♤♤♤♤♤♤

"Yusra,bangun! Yus tak jadi kerja ke ni?"tanya Datin Hamidah pelik. Yusra tersedar. "Emm...pergilah.Mama dah pukul berapa?"tanya Yusra terus menggeliat. "Dah pukul 8:30"kata Datin Hamidah membuatkan terkejut beruk. "HAH?!Yus dah lambat. I see you later"kata Yusra terus menyalami ibunya dan turun ke bawah.

Sampai sahaja di company ibunya, Yusra terus pergi ke office. "Yus!"jerit Amizah apabila melihat kelibat Yusra. Yusra terkejut. "Hai,As"kata Yusra gementar. "Asal kau lambat?"tanya Amizah. "Aku terlajak tido"kata Yusra gelisah. "Hah?! Baik kau cepat laporkan diri sebelum bos tahu"kata Asmizah.

"Apsal?"tanya Yusra pelik. Asmizah memandang sekeliling. "Bos tu garang dia tu cukup pantang dengan orang lambat,ambil MC waktu first day kerja..kalau satu tak apa..ini dua hari terus"bisik Asmizah perlahan. "Ada ke pekerja macam tu?"tanya Yusra ingin menahu. "Ada..kaulah orangnya"kata Asmizah membuatkan dia terkena kepitan ketam di lapisan lemaknya.

"Aduh...bisalah!"kata Asmizah sambil mengusap lemaknya. Yusra bengang. "Asmizah,bos kata bawa pekerja baru pergi jumpa dia"kata seorang pekerja lelaki. "Eh,pahal pulak jumpa bos..ni boleh settle sekejap je"kata Asmizah risau. "Bos nak jumpa personal..kau bawa jelah dia"kata lelaki itu. Asmizah sudah berpeluh seperti sudah mandi.

"Kau apsal wei?"tanya Yusra pelik melihat kawannya. "Aku harap kau tabah"kata Asmizah sedih. Yusra bingung sendirian. Scary sangat ke bos tu sampaikan semua takut dengan dia?!

Mr Crazy Vs Miss GangsterWhere stories live. Discover now