Asmizah memandang Yusra dengan pelik. "Hmm..macam mana kau boleh keluar dari bilik tu tanpa kena tengking or marah2?"tanya Asmizah hairan. Yusra sengih. "Adalah cara aku sendiri"kata Yusra senyum. Emm pelik. Bos memang pantang kalau pekerja dia ponteng kerja. Ni mesti ada something happen ni.
"Kau dah pahal pandang aku macam tu? Macam aku ada buat salah"kata Yusra. Asmizah senyum. "Seriously bos tak marah kau? Aku yang masuk kerja lambat 1 minit pon dia marah sedangkan kau nie tak masuk kerja 2 hari. Pelik"kata Asmizah masih dalam keraguan. "Apa yang nak peliknya? Bukannya kesalahan besar pon. Dahlah cepat bawak aku pergi tempat aku"kata Yusra cuba untuk tukar topik.
Asmizah mengangguk lalu membawa Yusra ke bilik fail. Sesampai mereka di bilik tersebut, Yusra terkejut. "Mak ai,ni bilik ke office ni?"tanya Yusra terkejut. "Biliklah"kata Asmizah ketawa melihat reaksi muka Yusra. "Besar nak mampus"kata Yusra tergamam. "Yelah,lain kali kalau mama kau ajak pergi oversea,ikut. Tengoklah company punya projek pon tak tahu."kata Asmizah.
"Tapi takkanlah sampai banyak macam ni"kata Yusra. "Company mama kau kan famous. Mestilah ramai yang nak berurusan dengan mama kau...and sebab tulah bilik fail ni besar!"kata Asmizah. Yusra pening. "Aku nak beritahu kau bilik fail ni terbahagi kepada tiga bahagian."kata Asmizah.
"Tiga?! Aduh,matilah aku macam ni.. haa,teruskan."kata Yusra mula mengurut dahinya. "Oklah,tiga bahagian tu kau kena tengok betul2 tau. Yang pertama,A. Yang kedua,B. Yang ketiga,C. Dapat?"tanya Asmizah apabila melihat dahi Yusra sudah berkerut seribu. Yusra hanya mengangguk. "Senang je kerja ni...kau susun je fail tu semua ikut abjad yang aku bagi. Itu jelah..kerja kau"kata Asmizah.
"Tu je? Aik,senang sangat kerja ni" kata Yusra terkejut. "Yelah,senang je" kata Asmizah senyum. Yusra kembali tersenyum. "Dah aku nak pergi sambung buat kerja"kata Asmizah mula nak angkat kaki. Yusra memandang bilik tersebut dengan hati senang. "Oh,aku lupa nak bagitahu kau...bos tak suka coffee manis sangat and pekerja yang lambat."kata Asmizah senyum.
"Kenapa kau bagitahu aku?"tanya Yusra pelik. "Sebab lepasni kau kan yang buat coffee untuk bos.. so I wish you best good luck."kata Asmizah senyum lebar. Coffee? Yusra berfikir. Coffee? Coffee? Coffee?....Alamak si gila tu nak coffeelah. Yusra terus berlari ke panti untuk membuat coffee.
♤♤♤♤♤♤
Yusra masuk kedalam panti dengan cepat membuatkan orang di dalam panti terkejut. "Ops,sorry"kata Yusra terus menuju kearah singki. "It's okay. Awak nak buat apa?"tanya lelaki itu. "Saya nak buat coffee. Si gi....bos nak coffee"kata Yusra hampir terlepas perkataan GILA. Lelaki itu mengangguk. "Saya tak pernah nampak awak dekat sini. Awak baru masuk sini ke?"tanya lelaki itu.
Yusra hanya mengangguk. Selesai membancuh, Yusra mengacau sehingga rata. Yusra menoleh kearah lelaki itu. Lelaki itu memandang Yusra dengan senyuman lebar. Yusra pelik. Adoi,mamat ni pergi senyum macam tu pulak dekat aku. Apalah malang nasib aku ni...pagi tadi aku jumpa si gila,sekarang ni pulak aku jumpa si mereng. Siap sahaja coffee, Yusra terus mengangkat kaki.
♤♤♤♤♤♤Yusra mengetuk pintu bilik Aniq. "Bos"kata Yusra lalu masuk ke dalam apabila tiada sahutan dari dalam. "Oi, kau dengar tak aku panggil kau?" tanya Yusra geram. Yusra terkejut apabila melihat ada seorang wanita yang tidak dikenali di dalam office Aniq. "Err...aku kacau ke?"tanya Yusra mengundur. Aniq memandang Yusra dengan seribu senyuman.
Aniq bangun dari tempat duduknya lalu menuju kearah Yusra. Aniq terus merapatkan dirinya dengan Yusra. "Sorry,I already have a new one"kata Aniq senyum sambil menepuk bahu Yusra. Yusra memandang Aniq. HAH?! Aniq memandang Yusra lalu mengenyitkan matanya. Yusra masih termangu. "She?! Seriously?! She not pretty at all. I lagi cantik dari dia. Are you blind?!"tanya wanita itu terkejut.
"Elly,stop it. I dah pilih dia. You jangan nak hina dia"kata Aniq. "Wait a minute,that's her! No wonder dia ada dengan you,rupa-rupanya yang dekat tepi jalan haritu"kata Ellyana ataupun nama panggilannya Elly. Yusra tercengang. Amboi,puakanya mulut. Sedap2 je dia levelkan aku dengan tepi jalan. Ini dah melampau ni!!. Yusra bengang. Aniq menyedari riak muka Yusra sudah mula berubah. "Elly you boleh balik. You and me is over" kata Aniq.
Ellyana tidak layan Aniq lalu memandang Yusra atas bawah. "Kau? Dahlah kutip tepi jalan..tak tau malu ke? Ops..lupa,you kan murah sebab tu senang sangat kena baham"kata Ellyana membuatkan Yusra hilang sabar.
![](https://img.wattpad.com/cover/223799882-288-k107387.jpg)
YOU ARE READING
Mr Crazy Vs Miss Gangster
General Fiction-"Haih,muka jer nampak hensem tapi tulah perangai mcm orang giler kat tanjung rambutan"-kata Yusra sambil mengemas fail. -"Muka hensem ni jugaklah ramai org suka...apa kau tahu"-kata Aniq sambil senyum. ♡♡♡♡♡♡♡♡ -"kau free tak lunch ni?"-tany...