BERHENTI BELAJAR

34 0 0
                                    

Yusra yang khusyuk menonton tv itu tersentak apabila Datin Hamidah memasuki rumah. Yusra memandang ibunya dengan tanda tanya. 'Mak aku nak bincang apa eh?'. Yusra tertanya sendirian. "Mama nak bincang apa dengan Yusra?"tanya Yusra terus mengikuti ibunya menuju ke dapur. Datin Hamidah memandang anak daranya dengan senyuman. "Adalah, mama nak pergi mandi sekejap. Yusra tunggu mama kat ruang tamu,ok"kata Datin Hamidah sambil itu mengambil gelas itu minum.

Yusra menuju ke ruang tamu semula dengan langkah berat. Haih,apalah mama nak bincang ni? Tak sedap pula hati aku ni. Yusra terus menutup tv dan mula berfikir.

♤♤♤♤♤♤

Datin Hamidah keluar dari biliknya menbuatkan Yusra makin gementar. Datin Hamidah menuju ke ruang tamu lalu duduk di sofa. Yusra memandang ibunya. "Mama nak bincang apa?"tanya Yusra risau. Datin Hamidah senyum melihat anak daranya. "Mama nak Yusra berhenti belajar"kata Datin Hamidah membuatkan Yusra terus memandang ibunya.

"Mama, tak kelakarlah kalau mama buat lawak sekarang"kata Yusra gelak membuatkan reaksi Datin Hamidah menjadi serius. "Tak. Mama tak buat lawak. Mama nak Yusra berhenti belajar sekarang juga."kata Datin Hamidah membuatkan Yusra berhenti gelak. "But,why?!"tanya Yusra,terkejut. "Mama nak Yusra gantikan mama kat company sebagai ceo syarikat."kata Datin Hamidah senyum.

Yusra terdiam. "Ma, berapa kali Yus beritahu yang Yus tak akan gantikan tempat mama. Yus takkan berhenti belajar jugak."kata Yusra geram. "Mama dah buat keputusan. Yus akan gantikan tempat mama!"kata Datin Hamidah membuatkan amarah Yusra semakin meluap. "Yusra takkan ganti tempat mama"kata Yusra keras kepala. "Yus kena dengar cakap mama."kata Datin Hamidah,suaranya kuat sedikit.

Yusra geram. "Ma, dahlah ma suruh Yus pergi duduk dekat kampung, suruh Yus habiskan cuti sem Yus ...and now bila Yus balik sini,ma suruh Yus berhenti belajar and kerja at your company... This is impossible lah,ma"kata Yusra geram. "When I said yes,the mean is yes!"kata Datin Hamidah dengan kuat membuatkan Harras yang berada di dapur terus menuju ke ruang tamu.

"Ma,Yus tinggal lagi setahun je nak habis belajar. Mama tak boleh tunggu sekejap."kata Yusra perlahan. "No, mama nak Yus berhenti sekarang juga"kata Datin Hamidah tetap dengan pendiriannya. "Ma kalau Yus berhenti sekarang sia-sialah apa yang Yus belajar selama ni"kata Yusra. Datin Hamidah hanya diam.

"Ma,tolonglah"kata Yusra merayu. Dia masih sayangkan pelajarannya di universiti. Datin Hamidah tidak memberi respons. Yusra geram. "Ma tak boleh paksa Yusra!!!"jerit Yusra lalu masuk kedalam bilik. Harras terkejut. Datin Hamidah memandang Harras lalu membuka tv. Haih, merajuklah anak dara tu. Harras terus masuk kedalam biliknya.

♤♤♤♤♤♤

Dato' Firdaus memasuki rumahnya. "Aik,senyap je rumah aku ni?"kata Dato' Firdaus pelik. Harras melihat ayahnya memasuki rumah. "Abah lambat balik"kata Harras senyum. "Biasala,kerja banyak. Lagipun harini kan Arras tak kerja. So,susah sikitlah hari ini"kata Dato' Firdaus terus duduk di sebelah anaknya.

"Kakak kamu mana? Selalunya dia paling kecoh sekali"kata Dato' Firdaus membuka jam di pergelangan tangannya. "Akak..."kata Harras terhenti apabila Datin Hamidah mula duduk di sebelahnya. "Budak tu dekat atas"kata Datin Hamidah menghulurkan segelas air kepada suaminya. "Eh,kenapa dia ada dekat atas?"tanya Dato' Firdaus hairan. Datin Hamidah hanya membuat muka.

Dato' Firdaus memandang anak bongsunya. Harras membuat isyarat kearah Datin Hamidah. Dato' Firdaus mengangguk. "Awak buat apa dekat anak awak?"tanya Dato' Firdaus memandang Datin Hamidah. "Saya tak buat apa2"kata Datin Hamidah. "Bah,mama tak ambil pon kakak dekat kampung"seloroh Harras membuatkan Datin Hamidah terkejut. "Arras!"kata Datin Hamidah menepuk peha Harras.

Dato' Firdaus memandang Datin Hamidah dengan renungan tajam. "Midah...Midah,awak ni kan. Haish, apa lagi mama buat sampaikan kakak kamu merajuk sakan tu?"tanya Dato' Firdaus membuatkan Datin Hamidah diam membisu. "Mama suruh kakak berhenti belajar and kerja dekat company mama"kata Harras jujur.

Dato' Firdaus memandang Datin Hamidah sekali lagi. "Awak ni pon lagisatu yang disuruhnya budak tu buat benda yang dia tak suka, kenapa?"marah Dato' Firdaus geram. "Alah,awak ni saya nak berehat. Saya dah tak larat nak uruskan company."kata Datin Hamidah. Dato' Firdaus memandang isterinya. "Awak tolong saya eh,pujuk Yusra kerja dekat company saya?"kata Datin Hamidah senyum.

"Tengoklah macam mana"kata Dato' Firdaus berfikir. Haih,macam mana aku nak pujuk anak dara aku ni...dia ni susah sikit nak dipujuk...nanti aku punya kepala jadi mangsa.

Mr Crazy Vs Miss GangsterWhere stories live. Discover now