Bab 12

24.2K 767 13
                                    

"Kitten!".

Mikayla Sofea yang sedang sebuk menanam itu terus menolehkan kepalanya. "Huh? ".

"Kat mana?! ". Jerit Arshaq dengan kuat. Melilau dia mencari susuk tubuh isterinya. Mana pulak budak ni.

"Kat garden! ". Jerit Mikayla Sofea.

Sayup-sayup saja dia dengar suara isterinya menyahut. Kakinya laju saja menuju ke arah yang disebutkan isterinya.

Sampai sahaja di hadapan pintu, bibir merahnya sudah mengoyakkan senyuman. Entah kenapa sejak dia bersama dengan isterinya ini, senyumannya makin murah dikoyakkan. Tapi hanya untuk isterinya sahaja okey!

"Kau buat apa ni? ". Soalnya sekadar berbasa-basi. Dia tahu isterinya sedang menanam.

"Tengah tanam benih ni". Jawab Mikayla Sofea sambil tekun menyiram benih yang sudah di tanam tadi.

Arshaq terus duduk di sebelah isterinya. Tubuhnya dipusingkan sedikit menghadap isterinya. Tangan kirinya menongkat pipi. Mata tajamnya memerhati wajah isterinya yang kemerah-merahan dan berpeluh itu.

Tangan kanannya menyelitkan rambut Mikayla Sofea yang terjuntai di dahi di belakang telinga. Peluh isterinya yang merinik di dahi di lap dengan telapak tangannya.

Mikayla Sofea terus menjauhkan sedikit kepalanya. Berkerut dia memandang suaminya.

"Tak yah la. Peluh saya kotor". Ucapnya senada.

Arshaq hanya menghiraukan. Pipi isterinya yang merah itu laju saja dicium.

Cup!

"Awak! "

"Apa? ". Soal Arshaq tidak sebersalah.

"Awak ni kenapa miang sangat? Saya tengah siram benih saya ni. Jangan sampai saya siram awak pulak". Bebel Mikayla Sofea.

Arshaq hanga menghiraukan. Suka betul dia mengusik isterinya.

Hampir lima minit Mikayla Sofea menyiram benih bunga matahari dan bunga rose miliknya. Dia betul-betul tak sabar nak tunggu bunganya berkembang. Mesti cantik macam aku. Hehe.

"Awak tak pergi mana-mana petang ni? ". Soalnya setelah menyusun pasu-pasu kecil di tempat yang sesuai. Tunggu dah ada bunga nanti baru dia nak ubah ke pasu yang lain.

"Nope". Ringkas saja Arhsaq menjawab sambil merenung isterinya.

Mata Mikayla Sofea berkelip perlahan. "Kenapa pandang saya macam tu? ".

"Saja".

Mikayla Sofea mencebik kecil. Glove yang dipakai tadi dibukak dan di gantung di tools yang disediakan.

Rambutnya melekit dengan peluh. Getah rambut laju saja di tanggalkan lalu dia mengemaskan rambutnya dan ikat sanggul tinggi.

Arshaq yang melihat sudah menelan air liurnya. Haish macam tu pun seksi.

"Apa tengok-tengok". Sergah Mikayla Sofea dengan wajah yang pelik. Kerja dok tengok je. Dah kenapa?

"Suka hati aku la ".

"Eh eh eh ".

Arshaq terus bangun dari duduknya. Kakinya terus melangkah meninggalkan isterinya yang sedang terpinga-pinga.

"Awak nak pergi mana? ".

"Somewhere".

"Nak ikut! ". Kaki Mikayla Sofea laju saja mengejar langkah suaminya. Terkedek-kedek dia mengejar.

"Tak payah"

"Nak jugak". Degilnya.

"Tak payah"

Mrs Arshaq Where stories live. Discover now