Sebulan kemudian
Buk! Buk! Buk!
Tumbukan demi tumbukan di berikan ke arah punching bag hitam itu. Terhuyung-hayang punching itu menerima hentaman yang bertubi-tubi daripada Arshaq.
Mikayla Sofea hanya melihat daripada jauh. Sesekali dia menggoyangkan kakinya. Inilah rutinnya setiap hari. Menemani suaminya ke shot house.
Peluh yang menitik di dahi, di lap sedikit kasar. Dia mula mendekati ke arah isterinya.
Mikayla Sofea terus berdiri dan menghulurkan sebotol air mineral ke arah suaminya. Peluh yang merinik di dahi Arshaq di lap lembut dengan tuala.
Selesai Arshaq meneguk air, tangan kirinya laju saja menangkap pergelangan tangan kecil isterinya.
Mikayla Sofea tersentak.
"Kau gatal kan"
"Eh! ". Mikayla Sofea tersedar dari kesilapannya. Dia baru perasan tangannya sekarang ini berada di perut suaminya. Atau lebih mendalam lagi di six pack suaminya.
Arshaq tersenyum sinis. Dahi isterinya diketuk perlahan.
"Pegang je la kalau nak pegang. Kau punya ". Katanya selamba.
Mikayla Sofea terus menarik lengannya. Wajahnya ditundukkan. Malu.
Arshaq tersenyum kecil. Comel betul lah isterinya sorang ini.
"Jom"
"Pergi mana? "
"Jumpa papa"
Mikayla Sofea hanya mengangguk. Dia hanya membuntuti langkah Arshaq. Sedang dia ralit tiba-tiba dahinya terlanggar belakang tubuh suaminya yang sudah berbaju itu. Menyeringai dahinya. Ni badan ke batu?
"Kau ni. Cuba jalan tu alert sikit"
Tercebik Mikayla Sofea. "Sorry la. Sakit"
Arshaq menundukkan sedikit tubuhnya. Dahi isterinya yang merah itu di usap perlahan. Kesan merah itu dicium lama.
Mikayla Sofea terkaku. Berkelip-kelip kelopak matanya.
Sekali lagi bibir Arshaq mengukirkan senyuman kecil. Tangan kekarnya muka merangkul bahu isterinya rapat ketubuhnya.
Mikayla Sofea hanya menurut. Peluh di tubuh suaminya langsung tidak mengganggunya. Senang cakap, dia langsung tidak kisah. Sebelum ini, sepanjang dia sakit senggugut, Arshaq siap basuh darah haidnya tanpa geli. Jadi setakat peluh suaminya ini, langsung dia tidak kisah.
"Jom"
"Jom". Sahut Mikayla Sofea ceria.
Agak-agak, Arshaq suka dia tak? Hehe
"Awak cakap tadi nak jumpa papa". Hairan Mikayla Sofea apabila mereka sekarang ini sudah tiba dirumah agam Arshaq.
Arshaq memuncungkan mulutnya ke arah hadapan. Mikayla Sofea terus memandang.
"Ouh. Ingt tadi pergi rumah papa"
"Tak. Papa nak datang sini. Ada benda nak bincang sikit"
Mikayla Sofea sekadar mengangguk. Setelah Kaiser membuka pintu kereta di bahagian Arshaq, Arshaq terus melangkah keluar dan diikuti Mikayla Sofea.
Arshaq menghulurkan tangannya ke arah isterinya. Mikayla Sofea menyambut senang hati. Eee suka betul la dia dengan kelakuan suaminya lately ni. Sweet. Rasa nak gigit je.
"Tan Sri Mokhtar ada dekat ofis tuan". Ucap Kiaser.
Arshaq sekadar mengangguk. Dia terus menarik lembut lengan isterinya untuk mengikutinya.
YOU ARE READING
Mrs Arshaq
ActionHidup Mikayla Sofea yang daripada kecilnya langsung tiada bahagia, tiba-tiba muncul pula lelaki yang sering mendesaknya. Dia bertambah serabut. Siapa lelaki ni? "Let me go! ". - Mikayla Sofea "No! I want to protect you !"- Arshaq Uzair Makin lama...