Bab 45

26.7K 918 30
                                    

Perut yang masih kempis itu diusap lembut oleh Mikayla Sofea. Usia kandungannya sudah empat minggu. Namun perutnya masih tidak kelihatan.

Arshaq la orang yang paling gembira bila dapat tahu dirinya mengandung.

Wajah serius suaminya yang sedang menghadapi laptop itu diperhati dengan bibir yang tercebik sedikit. Dekat rumah pun buat kerja.

"Awak... ". Panggilnya senada.

Arshaq hanya memekakkan telinganya. Rasanya dia dah berapa kali menegur isterinya jangan panggilnya dengan gelaran 'awak'.

Mikayla Sofea mendekati suaminya sambil mulut sedikit muncung. Lengan suaminya disentuh.

"Awak..."

Diam.

"Tak sayang kitten ke?! ". Soal gadis itu dengan nada yang sedikit berjauh hati. Sejak dua menjak ini cepat betul dia terasa dengan suaminya. Walaupun benda kecil!

Arshaq menguntumkan senyuma kecil. Lengan isterinya dipaut lembut dan ditarik tubuh kecil gadis itu duduk di atas ribanya.

Wajah Mikayla Sofea masih masam mencuka. Muncung mulutnya saat ini.

"Kenapa ni kitten hmm? Marah-marah je ". Soal Arshaq lembut sambil menyelitkan rambut isterinya dibelakang telinga.

Mikayla Sofea menjeling sekilas ke arah suaminya.

"Kitten panggil kan, kenapa tak menyahut? "

Terangkat kening Arshaq. Pinggang isterinya diusap.

"Kitten panggil abang apa tadi? ". Duganya

"Awak... Eh". Tersedar gadis itu atas kesilapannya. Sengehan mula terukir di wajahnya. Cepat betul mood dia berubah.

"Sebab tu abang tak menyahut. Berapa kali abang pesan, panggil abang ni 'abang' bukan 'awak' ". Hidung isterinya dicuit.

Mikayla Sofea menyeringai apabila hidungnya dicuit oleh sang suami. Leher suaminya di peluk. Sesekali belakang leher suaminya diusap.

"Abang... "

"Hmm". Sahut Arshaq sambil membelai rambut ikal isterinya. Perut kempis isterinya juga di usap lembut.

"Kita baru dua kali buat benda tu. Dah dapat baby"

Berkerut dahi Arshaq mendengar celoteh isterinya. Terkebil-kebil dia memandang isterinya.

"Buat benda tu? "

Mikayla Sofea mengangguk. "Benda tu"

"Benda apa? "

"Alah abang ni! Saja kan. Buat-buat tak faham". Membahang wajahnya saat ini. Sengaja nak usiknya.

Ketawa Arshaq terhambur. Pipi isterinya yang sudah kemerah-merahan itu laju dicium. Mikayla Sofea mengeliat kegelian.

"Tu tandanya sperma aku kuat". Selamber sahaja Arshaq menjawab.

Mikayla Sofea terus menyenbamkan wajahnya di celah leher sang suami. Malu.

"Abang ni! "

"Lah, betul la apa abang cakap. Kita memang buat dua kali, tapi berapa round kita repeat? "

Makin merona wajah Mikayla Sofea. Mulut suaminya terus ditekup.

"Dah-dah, kitten tak nak dengar"

"Dia yang mula dulu. Kitten mula abang sambung"

Kepala gadis itu menggeleng laju. Silap pula dia bukak topik ini di hadapan suaminya. Hish.

Arshaq tersenyum kecil. Jari-jemarinya mula menaip di keyboard laptop sambil meriba isterinya.

Mrs Arshaq Where stories live. Discover now