Perlahan-lahan Mikayla Sofea mencelikkan matanya apabila terasa di pinggangnya seperti ada pergerakkan. Tangannya meraba di pinggangnya.
Dia tahu itu tangan kekar suaminya. Kepalanya dialihkan ke sebelah. Suaminya masih nyenyak tidur.
Baru dia ingin mengalihkan tangan suaminya itu, dahi suaminya sudah berkerut.
"Hmm".
Terus tubuh Mikayla Sofea mengeras. Pandangannya dilemparkan memandang syiling bilik. Tangannya diletakkan di dada.
"Kenapa tak macam selalu kau buat dekat aku? ". Suara serak-serak basah Arshaq sudah kedengaran di telinganya.
Mikayla Sofea masih mengeraskan badan. Langsung tidak memandang wajah suaminya. Dia masih merajuk.
"Kitten... ". Panggil Arshaq dengan suara yang sedikit manja. Dia mula mengangkat sedikit tubuhnya dan ditindihkan sedikit tubuhnya di atas tubuh isterinya. Wajahnya terus disembamkan di celah bahu isterinya.
"Kitten...".
"Kenapa awak? ". Lembut Mikayla Sofea bertanya. Ye dia selalu mengusap dan mencium suaminya di dahi. Tapi, sejak semalam dia tidak melakukan perkara itu dekat suaminya.
"Cium la aku...kitten". Desak Arshaq dengan suara yang sengaja di lereknnya.
Tidak semena-mena Mikayla Sofea mengukirkan senyuman kecil. Tangannya yang ditindih Arshaq di tarik dan dia mula memeluk tubuh tegap suaminya. Belakang tubuh Arshaq yang tidak berbaju itu diusap. Kemudian dahi suaminya dicium lama.
"Morning awak". Kata Mikayla Sofea. Senyuman manis di hadiahkan buat suaminya apabila suaminya memandang ke arahnya.
Arshaq tersenyum sedikit lebar. Tangan kekarnya mula menyelit di belakang tubuh kecil isterinya. Ternaik sedikit dada Mikayla Sofea. Membahang panas wajahnya.
"Awak... ". Panggilnya senada. Dia cair dengan senyuman itu. Ini kali pertama dia melihat senyuman lebar suaminya. Hotnya. Dah la baru bangun tidur. Eee comel
"Hmm". Tubuhnya terus dialihkan menghadap isterinya. Wajah disembam rapat ke leher jinjang isterinya. Leher putih isterinya yang terdedah itu dicium sekilas.
Mengeliat kegelian Mikayla Sofea dibuatnya.
"Kenapa pagi ni awak lain? Arr geli". Makin dia cuba menjauhkan diri, makin erat pula suaminya memegangnya. Tubuhnya cukup sensitif apabila disentuh dengan tangan dan rambut.
"Kau nak aku marah-marah kau macam sebelum ni ke? ". Soal Arshaq senada. Jari telunjuknya mula menyentuh kesan-kesan merah yang bertompok di dada dan leher isterinya.
Apabila tangan Arshaq ingin menurun ke dada, laju Mikayla Sofea menggenggam tangan itu.
"Geli la awak. Jangan la. Gatal la tangan awak ni".
Arshaq hanya hiraukan. "Cantik".
"Apa cantik? Ni awak kata cantik? ".
Arshaq mengangguk kecil.
"Otak awak cantik. Buruk! ". Balas Mikayla Sofea senada. Buta ke apa, ni dia kta cantik?
Arshaq tergelak kecil. Wajahnya kembali disembamkan ke leher isterinya. Matanya terpejan rapat.
"Sorry".
"Hmm?".
"For everything".
Mikayla Sofea terdiam. Lama-kelamaan bibirnya mengykirkan senyuman kecil. Rambut suaminya diusap lembut.
Peluh yang merinik di dahi Arshaq dilap lembut oleh Mikayla Sofea. Dari tadi lagi dia menonton suaminya melakukan exercise di mini gym rumah Arshaq. Sepatutnya hari ini, suaminya bekerja, tapi suaminya malas mahu masuk office. Untung jadi boss.
YOU ARE READING
Mrs Arshaq
ActionHidup Mikayla Sofea yang daripada kecilnya langsung tiada bahagia, tiba-tiba muncul pula lelaki yang sering mendesaknya. Dia bertambah serabut. Siapa lelaki ni? "Let me go! ". - Mikayla Sofea "No! I want to protect you !"- Arshaq Uzair Makin lama...