Bab 46

23.5K 878 35
                                    

Rumah besar tersergam indah di hadapan mata Mikayla Sofea. Matanya berkilau memandang wajah suaminya dengan teruja.

Arshaq hanya menunjukkan wajah yang bersahaja. Sesekali rahangnya bergerak-gerak.

Mikayla Sofea tersenyum kecil sambil menggengam erat tangan suaminya. Kepalanya mengangguk kecil ke arah suaminya. Dia tahu suaminya sekarang ini tidak rela menjejakkan kaki di rumah orang tuanya sendiri.

"Abang". Panggilnya sambil menggoyangkan lengan sasa Arshaq.

Arshaq menundukkan wajahnya. Senyuman pahit terlakar di wajah kacaknya.

"Jom". Ajaknya sambil menarik lembut tangan isterinya.

Baru dia ingin mengetuk pintu besar milik orang tuanya tiba-tiba pintu sudah dibukak dari dalam.

Wajah cuak Arsen terpampang di muka pintu.

Dahi Arshaq dan Mikayla Sofea sedikit berkerut.

"Abang...". Sebut Arsen dengan nada perlahan. Kemudian matanta jatuh pula ke arah isteri abangnya.

"Kenapa datang sini? ". Soalnya lagi. Jelas wajahnya sedikit berubah terkejut.

Arshaq hanya mendiamkan dirinya. Sesekali mata tajamnya mengerling ke dalam rumah agam yang Agak sunyi itu.

"Mummy dengan daddy mana? ". Soal Mikayla Sofea sedikit teruja. Dia tidak gemar akan keganjalan yang dihadapinya sekarang.

Arsen menggarukan dahinya yang tidak gatal.

"Mummy dengan daddy dekat hospital "

"Huh? Siapa sakit? ". Tanya gadis itu.

"Mumny sakit. Malam tadi tiba-tiba jantung mummy  lemah"

Mikayla Sofea memandang ke arah suaminya yang beriak bersahaja. Macam mana suaminya boleh buat riaksi beku ni? Tak risau ke?

"Kalau abang nak jumpa mumny, mummy tak de dekat sini, tapi dekat Hospital Columbia. Nak follow aku sekarang pun boleh. Kalau kau nak la". Ucap Arsen sambil menyarungkan kasut ke telapak kakinya. Dia mula melangkah ke arah kereta audinya. Sebelum dia masuk ke dalam kereta, dia sempat bertanya kearah Arshaq.

"Kau nak ikut ke tak? "

"Awak jom la". Ajak gadis itu.

Arshaq diam buat seketika waktu sebelum dia menganggukka kepalanya.

Mikayla Sofea sudah menepuk tangan dengan perlahan. Arshaq terus melintasi kereta milik adiknya.

"Aku follow dari belakang". Dingin saja nadanya.

Tidak semena-mena Arsen menguntumkan senyuman manis. Belakang tubuh abang dan kakak iparnya di pandang.

"Good job princess ". Omelnya sebelum masuk ke dalam kereta. Bibirnya tidak lekang daripada senyuman.

Semoga kali ini, hubungan mereka sekeluarga dapat kembali pulih.

Hampir 20 minit Arshaq, Arsen dan Mikayla Sofea berada di dalam wad Datin Dania. Dato Sufian yang setia berada di sisi Datin Nadia itu diperhati tanpa riaksi.

Setelah selesai Arsen mengelap tubuh mummy, dia mula meletakkan kain basah itu di dalam mangkuk.

"Mummy, daddy, Arsen keluar kejap. Nak pergi cafe. Lapar". Pintanya beserta senyuman hambar. Matanya mengerling ke arah abangnya yang langsung tidak merenung kearahnya.

Klak!

Suasana di dalam private room itu sunyi sepi. Mikayla Sofea memandang ke arah suaminya dengan mata berkelip perlahan.

"Er... Mikayla nak pergi beli air dekat mesin air tu. Dahaga". Pintanya dengan gugup. Kakinya laju saja melangkah keluar dari bilik mummya. Dia sengaja ingin memberi ruang kepada suaminya untuk bersama dengan mummy dan daddy.

Datin Dania memandang sayu ke arah anak sulungnya.

"Shaq...". Panggilnya dengan nada yang lemah.

Arshaq masih tidak memandang ke arah mummynya. Kelopak matanya seakan bergetar.

"Shaq... ". Panggil Datin Dania lagi.

Dato Sufian bingkas bangun dan menuju ke arah anak sulungnya.

"Shaq". Panggilnya senada. Dia berdiri betul-betul di hadapan anaknya.

Mata tajam Arshaq sudah terarah memandang ke arah daddy. Tembok hatinya selama ini dibina teguh untuk membenci mummy dan daddynya. Tapi pada hari ini, tembok itu sikit demi sedikit hampir runtuh.

Terbuntang mata Arshaq apabila tubuh daddy sudah menunduk dan berlutut di hadapannya. Perlahan-lahan tubuh tua daddy sujud di kakinya. Laju saja Arshaq menarik kakinya.

"Maafkan daddy. Daddy tahu daddy salah"

Bahu Dato Sufian di tolak kuat oleh Arshaq. Dia juga turut duduk berlutut di hadapan daddy. Tubir matanya juga sudah bertakung dek air mata.

"Maaf daddy, Shaq. Daddy sanggup sujud dekat kamu"

Sekali lagi Dato Sufian ingin menundukkan tubuhnya, namun laju ditahan Arshaq. Tubuh tua itu laju saja di peluk erat.

"Tak payah daddy tak payah"

"Daddy mintak maaf sebab tinggalkan kamu. Daddy mintak ampun"

Arshaq hanya mengangguk. Tangisannya yang selama ini di tahan, kini sudah pecah. Dahinya diletakkan di atas bahu Dato Sufian.

"Nia... Dengar tak? Anak kita dah maafkan kita". Ucap Dato Sufian sebak.

Datin Dania mengangguk perlahan bersama tangisan. Badannya yang terasa lemah, kini sudah sedikit bertenaga. Perlahan-lahan dia duduk dari pembaringan.

"Shaq... Sini dekat mummy". Panggilnya dengan suara yang perlahan namun masih boleh didengari Arshaq.

Arshaq berdiri dan menuju ke katil mummy. Tubuh wanita itu dipeluk erat.

"Mummy mintak maaf"

Tiada kata-kata Arshaq mahu meluahkan selainkan tangisannya yang kuat kedengaran di dalam bilik ini. Mujur isterinya tiada di dalam bilik ini. Kalau tidak, memalukan saja.

Mikayla Sofea dan Arsen saling berpandangan di hadapan pintu wad Datin Dania. Senyuman manis mula terukir di wajah mereka berdua.

Arsen menghulurkan tangannya ke arah gadis itu. Tangan kecil Mikayla Sofea menepuk perlahan telapak tangan Arsen.

"Terima kasih lembutkan hati abang "

"Bukan saya yang lembutkan hati dia. Allah yang lembutkan hati abang awak "

"Betul. Tapi bila ada kau, hati abang makin lembut"

"Maksud awak? "

"Abang tak macam dulu. Aku desak dia macam mana pun, dia tetap tak nak jejakkan kaki dia dekat rumah mummy dengan daddy. Sebut nama pun, abang dah benci. Tapi bila kau muncul, abang lain perwatakkannya". Terang Arsen senada.

Mikayla Sofea mengerutkan dahi. "Lain yang macam mana tu? "

"Dia sanggup jumpa mummy, daddy sebab kau. Tengok la sekarang... "

"Keluarga aku dah bersatu"





___________________________
Sorry for short bab + boring 🙃 and sorry jugak dah lama tak update, sebb saya busy sangat² dengan study 😅 

For sure, this story hampir nak tamat tau 😁

Vote + komen okey .

Muah 🥰

Mrs Arshaq Where stories live. Discover now