Bab 29

21.3K 790 51
                                    

Medina dan Ana yang baru saja tiba di Star Club malam, mereka mula bergegas mendekati Tony.

"Lu orang pergi mana? Setiap hari saya dapat tau lu orang keluar dari rumah ma. Lu orang buat apa? ". Soal Tony dengan nada yang sedikit kuat. Kedua-dua tangannya sudah bercekak pinggang.

"Maaf la Tony, aku dengan Ana keluar kejap. Cari barang. You sendiri bagi pelepasan sama kita ma". Jawab Medina dengan begitu tenang. Mujur dia dan Ana sempat tiba di tempat kerjanya pada waktu yang tepat. Sejak dua menjak ini mereka berdua sering pergi ke rumah anak yatim Nur Qaseh.

Tony sudah mendengus kecil. "Lu orang jangan buat hal tau. Kalau saya tau, siap lu orang"

Ana dan Medina sudah mengangguk sambil tersenyum.

"Lu jangan risau la Tony, janji performance kita baik". Seloroh Ana. Medina sekadar mengangguk kecil.

Tony mengangguk. Bahu Ana dan Medina di tepuk lembut.

"Wa percaya sama lu. Lu orang jangan persia-siakan wa punya kepercayaan". Ucap Tony senada.

"Baik boss". Laju saja Ana menjawab.

Medina menunduk apabila Tony sudah melangkah di sebelahnya. Nafas lega dilepaskan. Dia tersenyum kecil memandang Ana.

Ana berbisik perlahan di telinga Medina. "Biar pecah diperut, jangan pecah di mulut "

Medina mengangguk. Bahu Ana mula dipeluk erat. Kawan susah senangnya.

Tanpa Medina dan Ana sedar, beberapa gambar mereka sudah ditangkap oleh seseorang.

Dapat sahaja gambar itu, lelaki itu terus menelefon bossnya.

"Hello boss, perempuan boss ada dekat Star Club KL. Nanti saya forword gambar tu dekat boss".

Selesai dia memberi maklumat, dia terus menyimpan telefonnya di dalam poket seluar. Air coke dihirupnya. Kemudian dia terus berdiri untuk keluar dari Star Club itu.

Beberapa gambar yang di forword oleh pengintip upahannya, ditilik satu persatu.

Sesekali tangan tua itu mula membesarkan sikit gambar itu. Jelas di matanya, wajah Medina yang sedang tersenyum kecil itu masih cantik. Sama peris Mikayla Sofea. Bekas isterinya ini jelas kelihatan seperti awet muda. Langsung tidak kelihatan seperti wanita yang sudah berusia.

"Awak nampak cantik Medina. Mikayla ikut muka awak. Cantik". Gumam Tan Sri Mokhtar perlahan. Tidak semena-mena bayangan jeritan dan tangisan Medina jelas berputar di mindanya.

Air mata mula bertakung di tubir mata. Dia silap di masa lalu. Demi kerakusan nafsu dan tamaknya, dia telah memperjudikan maruah seorang wanita yang sangat mulia.

"Maafkan saya Medina. Saya bersalah. Saya takut. Hidup saya bercelaru". Sambung Tan Sri Mokhtar lagi. Air matanya yang hampir jatuh ke pipi diusap perlahan.

Spek matanya dibukak. Kepalanya ditundukkan.

"Maafkan saya Medina".

Hanya kata-kata itu mampu keluar dari bibirnya. Dia dulu jahat. Terlampau jahat.

Dia takut Medina tidak akan memaafkannya.

Makanan yang berada di atas meja kaunter mula di ambil dan dihidangkan di atas meja makan. Wajah Mikayla Sofea pada saat ini masam mencuka. Dahinya pula tidak lekang daripada berkerut.

Mata Arshaq tajam melihat setiap gerak-geri isterinya. Tangan kanannya di letakkan di bawah dagu. Pagi-pagi lagi muka isterinya masam. Selalunya ceria sahaja.

Mrs Arshaq Where stories live. Discover now