Mikayla Sofea merenung saja setiap pergerakkan Arshaq. Matanya tidak lepas dari merenung belakang tubuh tegap suaminya. Sesekali dia menggigit perlahan bawah bibirnya sehingga meninggalkan kesan merah.
Arshaq yang berwajah tegang itu menghiraukan saja renungan isterinya. Tie di lehernya dibetulkan. Jam berjenamanya yang tersusun elok di dalam laci di pilih. Kemudian di lilit di pergelangan tangannya.
"Awak... ".
Arshaq hanya diam.
Mikayla Sofea mendekati suaminya yang sudah mahu keluar dari bilik. "Awak".
"Kenapa? ". Acuh tak acuh saja Arshaq menjawab. Wajah isterinya direnung.
"Awak marahkan saya lagi? ". Soal Mikayla Sofea ingin tahu. Mata bulatnya dikelip perlahan. Bibirnya turut dikemam kuat apabila suaminya masih senyap dan merenungnya.
"Aku dah lambat nak masuk office". Balas Arshaq dan terus melangkah meninggalkan isterinya keseorangan di dalam bilik. Sungguh dia langsung tiada mood untuk berbual dengan isterinya. Dia tidak suka jika isterinya menyibuk mengenainya.
Mikayla Sofea terpaku. Kakinya seakan-akan berat ingin mengejar langkah suaminya. Bibirnya sudah tercebik. Air matanya juga bertakung tapi laju diusap dengan lengannya.
"Sabar Mikayla, sabar. Tarik nafas, lepas, tarik...lepas". Gumamnya.
Tanpa berlengah dia melangkah ke arah balkoni. Angin sepoi-sepoi yang menampar kulit wajahnya di amati. Matanya dipejam rapat. Cuaca pada pagi ini sejuk dan mendung. Faham saja langit ini dengan perasaan aku.
"Takkan disebabkan aku tanya pasal keluarga dia, dia marah aku sampai tak nak bersembang langsung? ".
Huh. Mikayla Sofea melepaskan keluhan berat.
Bunyi dentuman kilat membuatkan Mikayla sofea mencelikkan kembali matanya. Langit sudah bertukar gelap. Pagi-pagi dah hujan. Sejuknya.
Tanpa berlengah dia terus melangkah masuk ke dalam biliknya. Katil dituju. Perlahan-lahan dia membaringkan tubuhnya dan melelapkan matanya. Malas dia mahu memikirkan suaminya. Malas! Dia sebok pasal aku boleh pula! Huh.
Baik aku tidur.
Dari rakaman cctv, Arshaq melihat kelakuan isterinya melalui telefonnya. Entah dah makan ke belom budak ni.
Baru dia berura-ura ingun menelefon maidnya tiba-tiba suara Tasya memetir.
"Shaq! ".
Arshaq mengerutkan dahinya. "Kenapa? ". Balasnya senada.
"I datang sini nak tunjuk pasal projek kita dekat Cameron Highland ".
Arshaq mengangguk sambil melepaskan keluhan kecil. Telefonnya laju di tutup dan diletakkan di sebelah.
"What is it? ".
Tasya terus meletakkan ipadnya di atas meja. Rambutnya di alihkan di sebelah kanan.
"I dah dapat architect yang paling bagus untuk bangunkan hotel di Cameron Highland. Overall design architect ni sangat memuaskan. I'm not sure if you agree with me or not. But taste kita selalu sema right? ".
Arshaq hanya mengangguk. Tubuhnya disandarkan di kerusi empuknya. Sesekali kerusi itu dipusingkan sedikit.
"You tengok design dia. Dari luaran nampak sangat-sangat mewah right?". Soal Tasya dengan nada yang sedikit teruja. Skrin ipadnya ditolak ke kanan dan kekiri bagi menunjukkan design yang sudah direka oleh architect mereka.
Arshaq tajam merenung lakaran yang ditunjukkan. Sesekali dia turut mengangguk bersetuju dengan kata-kata Tasya. Sejujurnya, Tasya sangat lain apabila melakukan kerja. Dia buat dengan penuh teliti dengan kemas. Hasilnya sangat mengujakan.
YOU ARE READING
Mrs Arshaq
ActionHidup Mikayla Sofea yang daripada kecilnya langsung tiada bahagia, tiba-tiba muncul pula lelaki yang sering mendesaknya. Dia bertambah serabut. Siapa lelaki ni? "Let me go! ". - Mikayla Sofea "No! I want to protect you !"- Arshaq Uzair Makin lama...