Bab 1

31.4K 1K 14
                                    

Nafas lelah dilepaskan. Peluh yang merinik di dahi dilap dengan lengan baju. Bahunya yang terasa seperti sengal-sengal di tumbuk beberapa kali bagi menghilangkannya. Mulut kecil itu acap kali melepaskan keluhan berat.

Tapak tangannya tangan kecut akibat sering bermain dengan air di tilik. Tapak tangannya juga kasar. Dia bukan seperti wanita diluar sana yang mempunyai rupa paras yang cantik, tangan yang lembut, badan yang cantik . Dia serba serbi buruk. Rambut hitam pekatnya yang sedikit wavy di hujung rambut di tiliknya.

"Cantik jugak rambut aku ". Puji Mikayla Sofea tersengih-sengih. Siapa lagi yang mahu memujinya? Dia tidak lah cantik mana.

Sedang dia mengelamun tiba-tiba namanya disebut oleh seseorang. "Mikayla! ".

Mikayla Sofea terus terbangun dari duduknya. Tubuh leadernya didekati. Wajahnya ditundukkan.

"Kau boleh duduk dekat belakang ni?!  Kau tahu tak dekat dapur tu bersepah pinggan nak kena basuh! Kalu kau rasa kau malas nak kerja, berhenti jelah! Jangan menyusahkan aku nak selalu kena pantau kau! ". Marah Encik Sufi iaitu leader kitchen Hotel King. Kitchen Hotel yang mereka kerja ni bukan calang-calang. Setiap saat pinggan sentiasa perlu dibasuh.

Mikayla Sofea hanya menunduk. "Maaf Encik Sufi".

"Itu je la kau selalu cakap. Kalau aku nampak lagi kau mengelat siap kau! Suruh hanta oder habis bersepah makanan customer. Suruh take oder otak kau ni lembab nak ingat. Suruh basuh pinggan pun kau lembab! ". Herdik Encik Sufi lagi.

Mikayla Sofea sudah mengetap bibir. Dia sudah terbiasa dengan makian leadernya. Boleh dikatakan setiap hari dia kena herdik. Itu tak termasuk lagi dengan staff disini. Entah apa yang dia buat sehinggakan mereka semua tidak menyukainya. Mungkin sebab dia lembab.

"Cepatlah! Tercegat apa lagi?! ".

Terhinjut bahu Mikayla Sofea. Laju dia berlari ke arah sinki besar. Pinggan kotor muka diambil dan dimasukkan ke dalam sinki . Pinggan yang mempunyai sisa makanan dibuang ke dalam tong sampah.

'Sayangnya makanan ni di buang setiap hari. Aku ni setiap hari kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Nak makan pun kene ikat perut. Mereka senang saja membuang huh'. Omelnya di dalam hati.

Hampir tiga jam Mikayla Sofea berdiri di sinki. Kuali yang besar mula dibilasnya. Dia sudah tidak sabar untuk menghabiskan waktu kerjanya. Kakinya terlampau lenguh.

Baru dia habis membilas kuali besar itu, tiba-tiba...

Pak!

Terkedu Mikayla Sofea. Sinki yang tadinya sudah kosong dan bersih kini kembali dipenuhi pinggan dan cawan.

"Basuh ".

"Tap...tapi waktu kerja saya dah habis". Ucap Mikayla Sofea. Baru dia ingin membalas tiba-tiba kepalanya sudah ditunjal kuat. Terkebelakang tubuhnya. Dahinya yang sakit diusap lembut.

"Dah tu kau nak suruh kami ni basuh? Ini bukan bahagian kami". Celah Ina .

"Yelah". Itu saja yang terlepas dari mulut Mikayla Sofea. Tapak tangannya yang terasa kebas dilap-lap dengan apronnya. Kepalanya ditolak dari arah belakang dihiraukan. Memang setiap hari dia kena. Dia sudah biasa.

Kini jam sudah menunjukkan pukul 2 tengah malam. Semua staff sudah beransur pulang. Tinggal dia saja yang belum pulang. Sepatutnya dia habis pukul 12. Tapi disebabkan banyak pinggan yang kena basuh, dia terpaksa jugak kerja lebih mata.

Lantai yang sedikit kotor mula disapu dan dimop. Setelah selesai kerjanya, dia mula menyimpan peralatan membersih. Tapak tangannya yang sudah menggelupas diusap lembut. Kulit menggelupas itu muka tercabut. Dia mula melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Syiling dapur dipandangnya.

Mrs Arshaq Where stories live. Discover now