Bab 44

26.8K 876 101
                                    

Tanah yang masih merah dan lembab itu di perhati kosong oleh Mikayla Sofea. Orang ramai yang beransur pulang itu langsung tidak dihiraukan gadis itu.

Wajahnya yang sedikit kepucatan itu juga langsung tidak dihiraukan. Panas yang memancar itu juga membuatkan kepalanya sedikit berpinar dan sakit.

"Kitten". Panggil Arshaq perlahan sambil duduk mencangkung di sebelah isterinya. Tubuh isterinya yang terkena cahaya matahari itu di payungkan.

"Kitten... "

"Hmm". Sahut Mikayla Sofea senada. Kepalanya masih tidak menoleh ke arah suaminya.

"Jom balik. Dah nak zohor ni". Kata Arshaq lembut. Bahu isterinya dipeluk erat dan diusap.

Mikayla Sofea menggeleng kecil. Mata kuyunya tertancap pada tanah merah lembab itu. Tanah itu juga digenggam kuat.

"Awak balik la dulu. Saya nak teman ibu". Lemah suara.

"Kitten... Jom balik. Esok kita datang lagi teman ibu okey? ". Pujuk Arshaq lagi. Sesekali keningnya bercantum kerana panas yang memancar terik.

"Tak nak. Awak pergi la dulu". Bergetar suara Mikayla Sofea mengutarakan kata-kata itu. Air mata mula bertakung sedikit di tubir matanya.

Arshaq melepaskan keluhan kecil.
"Okey-okey. Kita duduk sini dulu teman ibu"

Diam.

Pandangan Arshaq sudah jatuh ke tanah merah itu. Matanya berkelip.

'Ibu...saya mintak maaf'. Bisiknya di dalam hati. Otak sudah mula memutarkan adegan-adegan dimana dia menghina ibu mertuanya dahulu. Dia tahu dia silap. Dia bercakap tak pakai akal.

Pandangannya terkalih memandang wajah isterinya yang menahan tangisan. Jujur dia katakan, dia sangat kasihan dengan isterinya.

"Kenapa... "

"Hmm? ". Pandangan Arshaq memandang penuh ke arah isterinya yang turut memandangnya dengan mata yang bersinar dek air mata.

"Kenapa awak sampai lambat? Kalau awak cepat mesti ibu sekarang masih ada". Ucap Mikayla Sofea senada. Rahang menggeletar hebat kerana sebak.

Wajahnya terus disembamkan di dada bidang suaminya. Esak tangisnya sudah kedengaran.

"Abang mintak maaf. Abang lambat". Hanya itu yang mampu Arshaq katakan. Kepala isterinya yang dibaluti dengan selendang itu diusap lembut. Sesekali dia melabuhkan ciuman di kepala isterinya.

Hampir sepuluh minit Mikayla Sofea menangis. Sakit kepalanya kian mencengkam.

"Kitten, kita balik eh? "

Mikayla Sofea mengangguk perlahan. Tubuhnya dibangunkan dengan bantuan Arshaq. Mikayla Sofea masih memandang kubur ibunya.

"Ibu, Mikayla balik dulu tau. Esok Mikayla datang lagi. Tunggu tau". Usai dia mengucapkan kata-kata itu, dia terus melangkah kecil mengikuti langkah suaminya. Baru beberapa langkah, matanya sudah berbalam-balam. Laju tangan kecilnya memegang baju melayu suaminya.

Arshaq menundukkan sedikit wajahnya. Dahinya berkerut apabila wajah isterinya kelihatan lagi pucat. Tubuh isterinya yang hampir tumbang ke belakang itu laju dipaut dengan tangan kirinya. Payung yang dipegangnya juga dilepaskan.

"Tuan! ". Panggil Kaiser sedikit kuat. Payung yang jatuh ke tanah itu diambil.

Arshaq laju mencempung tubuh kecil isterinya yang sudah tidak sedar diri. Wajah pucat isterinya itu membuatkannya risau. Berkali-kali nama isterinya dipanggil, namun tidak disahut.

Mrs Arshaq Where stories live. Discover now