Sakit yang kian mencengkam di perut, membuatkan Mikayla Sofea menundukkan tubuhnya. Sakitnya sekarang ini memang tidak terkata. Rasa macam nak saja dia buang badannya.
"Mikayla okey ke tak ni? ". Soal Datin Dania lembut. Tubuh kecil menantunya yang sedang menenduk itu di sentuh lembut.
Mikayla Sofea tersenyum paksa sambil menggeleng. "Perut Mikayla sakit sangat mummy"
"Kenapa? ". Soal Datin Dania risau. Nampak juga la wajah pucat menantunya itu.
"Senggugut mummy. Sakit sangat ni". Adu Mikayla Sofea. Hampir saja dia mahu menitiskan air mata. Dia nak baring saja sekarang ni.
"Tak pe kamu pergi baring dekat bilik. Arsen, tolong bawak Mikayla pergi bilik tetamu". Arah Datin Dania apabila melihat kelibat Arsen yang baru muncul di ruang tamu.
Arsen berkerut. Dia mengangguk kecil.
"Jom princess"
Mikayla Sofea tidak membantah, dia mula mengikuti langkah Arsen. Tangannya tidak lepas dari menumbuk kecil perutnya.
"Senggugut ke princess? ". Soal Arsen lembut. Kesian pula dia melihat kakak iparnya yang comel ini.
Mikayla Sofea tidak menjawab, dia hanya mampu mengangguk. Terkial-kial dia memanjat anak tangga untuk menuju ke bilik tetamu.
"Ni, berehat la dulu"
Mikayla Sofea mengangguk. Wajah Arsen di pandangnya.
"Bila saya boleh balik? ". Soalnya senada. Dia sudah berada di rumah mertuanya ini hampir seharian. Dia risau suaminya hukumnya. Sudahlah sekarang ini dia sakit.
"Kau pergi masuk dalam dulu. Nanti aku call Arshaq suruh ambil kau dekat sini"
Mikayla Sofea mengangguk. Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam bilik itu. Dia sendiri tidak tahu sama ada suaminya sudi datang ke sini atau tidak. Selama dia berada disini, mummy dan daddy suaminya melayaninya dengan baik sekali. Bersyukurnya dia.
Dia juga tahu apa yang sudah terjadi di antara Arshaq dan keluarganya. Sejujurnya dia juga bersimpati dengan suaminya. Patutlah Arshaq marah sangat dengan mummy dan daddynya.
Punggungnya di labuhkan di atas tilam yang empuk. Matanya mula melihat suasana bilik. Cantik.
Seumur hidupnya, dia tidak pernah tinggal di tempat yang mewah. Tapi apabila Arshaq sudi mengutipnya, dia dapat merasa juga kehidupan yang mewah ini. Yang lebih penting, keluarga angkat dan keluarga kandung Arshaq menyayanginya.
Tiba-tiba kata-kata dari Datin Dania dan Dato Sufian terngiang-ngiang di mindanya.
"Tolong mummy dengan daddy Mikayla. Tolong tarik perhatian Arshaq untuk pulang ke pangkuan kami semula"
Bukan dia tidak mahu menolong, tapi dia sendiri tahu perangai Arshaq kalau dia masuk campur dalam hal peribadinya. Sudah tentu Arshaq akan memakinya buat kali ke seratus. Huhu.
Ligat otaknya memikirkan masalah yang dihadapi. Tidak semena-mena, sakit di perutnya sudah kembali.
"Aduh, perut ni pun la". Omelnya perlahan. Dia terus mengiring ke kanan sambil meringkukkan sedikit tubuhnya. Sakit.
Nama Arshaq yang terpapar di skrin telefon Arsen, membuatkan dia mengukirkan senyuman sinis. Butang hijau laju ditolak.
"Mana isteri aku"
Belum sempat dia mahu menyapa abangnya tiba-tiba suara Arshaq sudah memetir. Arsen mencebik. "Ada dekat rumah mummy dengan daddy"
"Kau hantar dia sini balik! "
YOU ARE READING
Mrs Arshaq
ActionHidup Mikayla Sofea yang daripada kecilnya langsung tiada bahagia, tiba-tiba muncul pula lelaki yang sering mendesaknya. Dia bertambah serabut. Siapa lelaki ni? "Let me go! ". - Mikayla Sofea "No! I want to protect you !"- Arshaq Uzair Makin lama...