Rakaman cctv yang terpapar di skrin laptop dia perhati Arshaq tajam. Jarinya lincah menekan mouse untuk mengalihkan cctv bahagian lain.
Dahinya berkerut. So far ni, kelibat isterinya langsung tidak lihat.
Telefon yang berada di dalam laci dicapai. Nombor telefon orang kanannya terus didail.
Tubuhnya disandarkan di kerusi empuk.
"Yes tuan? "
"Mikayla mana? ". Soalnya senada. Bibir bawah di usap dengan jari telunjuk.
"Puan daripada pagi tadi keluar bilik lagi tuan"
"Suruh maid masuk bilik aku. Tengok Mikayla dah bangun ke blom"
"Baik tuan"
Mata tajam Arshaq sekadar melihat pergerakkan Kaiser di dalam cctv itu. Perasaan risau mula muncul di dalam hatinya.
Sebelum dia bergerak ke office, dia sempat mengerling ke arah isterinya yang tidur lena. Malas dia mahu gerak. Biar isterinya berehat secukupnya. Tapi sekarang ini sudah pukul 12.00 tengah hari. Kelibat isterinya masih tidak kelihatan.
Salah seorang maid perempuannya mula bergegas menuju ke tingkat atas dan diikuti Kaiser.
Maid wanita itu mula masuk ke dalam biliknya. Kaiser menunggu di hadapan pintu.
Tidak sampai lima minit, maid wanita itu kembali keluar dengan wajah yang sedikit cemas.
"Leopard! "
"Kenapa? ". Soal Kaiser dengan nada yang sedikit hairan dan risau.
"Puan Mikayla tak bangun. Dia demam panas. Muka dia pun lebam ".
Kaiser mengerutkan dahi. Baru dia ingin memberitahu Arshaq mengenai keadaan isterinya, tuannya sudah bersuara.
"Aku balik sekarang "
"Baik tuan"
Bingkas Arshaq bangun. Briefcasenya juga diambil sebelum dia keluar daripada biliknya.
"Siti"
"Yes tuan"
"Hari ni saya off"
"Baik tuan". Wanita itu menundukkan wajahnya.
Arshaq terus beredar daripada situ dengan tergesa-gesa. Wajah isterinya bermain-main di fikirannya sekarang ini.
"Abang daripada mana? "
Tan Sri Mokhtar melabuhkan punggungnya di atas sofa. Dahinya diurutkan sedikit.
Puan Sri Lidia terus duduk disebelah suaminya. Bahu suaminya diurut lembut.
"Abang okey? Banyak kerja ke dekat office? "
Tan Sri Mokhtar menggelengkan kepalanya.
"Abang baru lepas balik dari rumah Shaq"
"Buat apa abang pergi sana? Jumpa Mikayla ke? "
Tan Sri Mokhtar sekadar mengangguk.
"Mikayla sihat ke abang? Lama Lidia tak jumpa dia"
"Dia demam panas. Ni abang baru lepas jenguk dia"
Puan Sri Lidia mengerutkan dahinya. Wajah suaminya laju dipandang.
YOU ARE READING
Mrs Arshaq
ActionHidup Mikayla Sofea yang daripada kecilnya langsung tiada bahagia, tiba-tiba muncul pula lelaki yang sering mendesaknya. Dia bertambah serabut. Siapa lelaki ni? "Let me go! ". - Mikayla Sofea "No! I want to protect you !"- Arshaq Uzair Makin lama...