Taehyun membuat rujukan tentang beberapa jenis penyakit yang dia sudah lama tidak jumpa. Memorinya perlu sentiasa disegarkan supaya dia sentiasa bersedia menghadapi pesakitnya yang pelbagai.
Pembacaannya terhenti saat pintu bilik kerjanya itu diketuk dari luar. Okey confirm bukan Youra sebab minah tu main terjah aje.
"Masuk." Arah Taehyun. Taehyun memandang orang yang membuka pintu itu dengan hairan. Lelaki itu memakai kot putih, sama sepertinya tapi tak pernah nampak pun doktor ni kat hospital ni.
"Nuguseyo? Tak pernah nampak pun kat sini."
Lelaki itu tersenyum dan melangkah masuk ke dalam bilik itu dan berdiri tepat di hadapan pintu lalu tunduk hormat ke arah Taehyun.
"Saya Dr. Soobin, Choi Soobin. Anaesthesiologist (pakar bius) baru kat sini. Saya baru transfer ke hospital ni. Saya bukan doktor baru saya cuma baru dekat hospital ni."
"Oh really? Nice to meet you. Harapnya dapat sesuaikan diri kat hospital ni cepat lah ye. Lagi lagi dengan tangga sebab hospital ni banyak tingkat." Pesan Taehyun sekadar bergurau.
Soobin tergelak kecil mendengar gurauan Taehyun. Tangga sememangnya dah sebati dengan hidup seorang doktor. Lagi lagi kalau emergency. Huih, pecut macam anak nak jatuh dari tingkat lima.
"I heard that you're one of the surgeons here. Jadi, kita akan kerap jumpa lah lepas ni."
"Betullah tu. Don't be strangers kayh?" Pesan Taehyun apabila Soobin mahu bergerak keluar dari biliknya.
Soobin tergelak lagi. Pintu yang dibuka sedikit itu ditutup semula dan dia kembali menghadap Taehyun.
"Wah, lakonan mantap ya Dr. Kang Taehyun?"
"Not too bad yourself, Choi Soobin." Kata Taehyun lalu mengatur langkah mendekati Soobin dengan senyuman. Bahu Soobin ditumbuk perlahan.
"Lama gila tak jumpa. Apa khabar?"
"Baik lah of course. Ada nampak kaki aku hilang sebelah ke?" Balas Soobin dengan sarkastik.
"Takdelah, lepas praktikal dulu terus lost contact eh kau. Nak cari kat uni, uni kita lain. Tak sangka dapat jumpa balik."
"Tulah, aku pun tak sangka. Aku ternampak kau masa aku baru sampai tadi. Tu yang aku datang tegur kejap."
"Dah jadi pakar bius ek kau? Kata nak jadi pakar ortopedik." Taehyun mengungkit cerita lama seketul Soobin
"Well, things don't go the way we expect all the time. Walau apapun aku puas hati dengan kerja aku sekarang. Bukan ke tu lagi penting?"
"Hm, yelah. Aku bergembira untuk kau. Dah blah sana. Aku nak fokus. See you when i see you Dr. Choi."
"Nae." Balas Soobin lalu melangkah keluar dari bilik kerja Taehyun. Taehyun menggeleng kecil. Tak percaya dia dapat jumpa semula dengan kawannya yang bersama dengannya ketika praktikal.
Masatu lah detik sukar seorang doktor yang korang nampak sekarang ni. Bila kena marah, rasa macam nak terkencing kat situ jugak. Garunk garunk doktor yang dekat hospital yang dia praktikal.
Dahla masatu takde kawan. Youra dapat hospital lain pulak. Nasib baiklah ada si Soobin yang sudi berkawan dengan dia. Kalau tak, semangat nak jadi doktor tu dah lama hilang.
Bukunya yang ditinggalkannya tadi diselak semula dan Taehyun menyambung pembacaannya yang tergendala tadi. Namun begitu pembacaannya terhenti lagi saat telefonnya berdering.
Incoming call...
Tenuk KESAYANGANTaehyun terus mengangkat telefon pintarnya tanpa ragu.
"Wui, nak apa?"
"Tyun, datang emergency zone sekarang. Ada accident. Mangsa ada ramai yang nampak kritikal but I don't know for sure yet. Diorang still tengah asingkan yang red zone. Banyak yang tertusuk benda dalam badan ni. Tolong aku cepat. Kau dengan aku je surgeon yang free sekarang ni. Panggil pakar bius sekali! Bye!" Youra rap sepantas eminem korea, Taeminem lalu memutuskan talian. Nasib baik lah si Taehyun faham apa yang Youra cuba sampaikan.
Tanpa membuang masa Taehyun terus memecut keluar dari biliknya dan menuju ke bilik Soobin. Tahu dah yang mana, sebab dulu bilik tu kosong. Mestilah Soobin yang duduk bilik tu sekarang.
Tanpa mengetuk pintu, Taehyun menerjah masuk dengan nafas tercungap-cungap. Soobin yang sedang menyusun barangnya memandang ke arah Taehyun.
"Soobin, nampak gayanya hari pertama kau kat sini sibuk sikit."
--
Halalkan jela benda merepek yang jadi dalam ni tau. Thanks for reading ❣️
YOU ARE READING
[✓] heartbeat · kang taehyun
Fanfiction"My heart just doesn't beat the same way for you like it used to." start : 070621 end : 080423