16

98 12 12
                                    

Dahi gadis itu berkerut saat cahaya menerobos masuk ke dalam matanya. Silau.

Perlahan-lahan matanya cuba dibuka.

"Chunsoo! Soo sayang. Soo dah sedar?" Suara lelaki yang sangat dikenalinya itu membuatkan dia menoleh.

"Akh!"

Kepalanya yang berbalut itu dipegang. Sakit tak terkata.

"Jangan gerak banyak sangat Soo. Luka pembedahan belum baik. Be careful okay?" Pesan Taehyun kepada Chunsoo.

Taehyun terus menuang air ke dalam gelas dan menghulurkan gelas tersebut kepada Chunsoo yang baru sahaja bangun setelah beberapa hari tidak menyedarkan diri. Chunsoo hanya mencapai gelas yang dihulurkan itu.

"Taehyun, berapa lama Soo tak sedarkan diri?"

Taehyun tidak menjawab malah sibuk memeriksa kondisi Chunsoo yang baru sedar itu. Dia perlu memastikan bahawa tiada kesan sampingan lain pada anggota badan Chunsoo. Mata Chunsoo berfungsi dengan baik dan sendinya juga memberi respons yang sepatutnya. Senyuman lega terukir pada wajah kacak lelaki itu.

"Tiga hari Soo tak sedarkan diri. I've been missing you so bad. Setiap hari, setiap jam, setiap minit, setiap saat, setiap detik Tyun tunggu Soo sedar tau. Tiga hari tu rasa macam forever tau tak?" Ujar Taehyun sambil tersenyum memandang gadis itu.

Taehyun menggenggam erat tangan gadis itu dan menemukan iris mereka. Haih, makin direnung, makin jatuh cinta.

Chunsoo menarik lembut tangannya menjauhi Taehyun dan cuba mengabaikan segala kata-kata manisnya. Otaknya ligat berfikir cara untuk menukar topik yang dimulakan Taehyun ini.

"Youra ke yang bedah Soo?" Soal Chunsoo ingin tahu. Dia tahu yang Youra dan Taehyun antara doktor yang terbaik dalam bidang neurosurgeri dalam hospital tersebut. Tapi entah mengapa dia yakin Kang Taehyun takkan sanggup untuk bedah dia. Maklumlah dia tu nampak je kuat tapi hati tisu.

"Youra kan dalam wad. Tyun la yang bedah. Siapa lagi? Untuk Soo, semua benda yang nampak mustahil, jadi tak mustahil."

Chunsoo hanya mengangguk perlahan. Perlahan-lahan dia cuba baring dan melelapkan mata namun suara Taehyun menghentikan perbuatannya.

"Soo! Dah tiga hari tidur nak tidur lagi ke? Makan dulu. Kena refill balik tenaga tu."

"Whatever." Balas Chunsoo malas.

᪥᪥᪥

"Youra sayang, esok sayang discharge kan kan kan?" Soal Yeonjun penuh teruja.

"Belum pasti but maybe." Jawab Youra tanpa memandang wajah Yeonjun kerana fokus dengan drama yang terpapar pada skrin televisyen.

"Em, kalau discharge kan biasanya dapat mc jugak kan sehari dua kan? Em, em date jom. Dah lama tak date dengan sayangg. Bila sayang dah start kerja nanti busy so jomlah date jomlah jomlahh." Pinta Yeonjun sambil menggoncangkan tangan Youra.

ATTENTION JUSEYO!

"Hm, yelah. Youra pun rindu nak keluar dengan Jjun." Balas Youra dengan matanya masih melekat pada skrin televisyen.

Yeonjun memuncungkan bibirnya. Youra tak pandang titew pun :<

Pipi Youra pula menjadi sasarannya. Dicucuk-cucuk pipi gadis itu menggunakan jarinya. Youra menepis tangan Yeonjun. Makin tercabar Yeonjun dibuatnya.  Mana boleh dia kalah dengan tv kan? Yeonjun menggerakkan wajahnya mendekati Youra dan bibirnya mendekati pipi Youra.

Youra pula baru ingin menoleh memandang Yeonjun untuk memakinya. Alang-alang tengah iklan ni baik maki cepat. Terkejut Youra apabila bibir Yeonjun mendarat elok di batang hidungnya.

Membulat mata Yeonjun saat mata mereka bertemu namun Yeonjun pantas mengambil kesempatan dan mencium bibir Youra sekilas.

"Eii apa ni?!" Marah Youra lalu menolak Yeonjun menjauhinya. Yeonjun terkekek ketawa melihat wajah cemberut Youra yang kini memandang televisyen.

"Tu namanya kiss. Takkan tak tau-" Yeonjun sengaja mengusik Youra yang wajahnya sudah memerah. Dah lama Yeonjun tak usik dia macam ni.

Rindu.

"Amboi amboi dua ketul ni. Gaya macam dah laki bini aku tengok. Ni hospital tau. Aku takut pesakit diabetes kat sini makin kritikal je sebab korang ni."

"Ish apa pulak. Merepek la kau ni Tyun." Marah Youra.

"Alang-alang korang dua ni  nampak happy semacam, aku ada good news ni. Chunsoo dah sedar and dia takde apa-apa kesan sampingan yang teruk."

Wajah Youra terus bersinar. Gembira betul apabila dia dapat tahu Chunsoo baik baik sahaja. Bibir pucatnya mengukirkan senyuman yang manis. Namun begitu, laun pula dengan Yeonjun. Wajahnya bertukar pucat dan hanya senyuman tawar yang mampu dia ukirkan.

"Ketepi aku nak lawat dia." Ujar Youra sambil menolak selimutnya ketepi dan bergerak turun dari katilnya. Namun pergerakannya terhenti saat ada tangan menggenggam lengannya, menahannya daripada terus pergi.

"Kau tak boleh lawat sekarang. Kau kena sabar jap. Kejap lagi kau ada check up kan? Nanti lepas check up baru kita pergi sama-sama." Ujar Taehyun. Youra mendecit geram.

"Arrasso."

--

Update pun akhirnya wuhuu! Btw tadi tertekan publish masa tengah taip jadi yang dapat fake hope tu, ini dia. Harapan kamu tidak palsu.

Thanks for reading ❣️



[✓] heartbeat · kang taehyunWhere stories live. Discover now