17

120 12 95
                                    

Taehyun melabuhkan punggungnya pada kerusi yang terletak elok di sebelah katil Youra. Nampaknya gadis itu masih leka menonton drama yang ditayangkan pada skrin televisyen sementara menanti doktor yang bertugas untuk memeriksanya. Suk abetul ek dia ni cuti lama-lama.

"Ui Youra. Bila kau nak sihat ni? Aku perlukan partner aku tau? Penat aku bedah ramai orang sensorang." Ujar Taehyun sambil menumbuk lembut bahu Youra.

"Mana la aku tau bila aku nak discharge. Dah dah diam. Aku tengah layan drama ni. Tak nampak ke?" Balas Youra sambil menunjukkan isyarat 'sila senyap' kepada Taehyun.

Ada Taehyun kisah?

Semestinya tidak.

"Sejujurnyalah kan, aku rasa aku dah hilang orang yang aku cinta dan orang yang aku percaya iaitu kawan baik aku sendiri. bukan secara fizikal tapi aku dapat rasa yang diorang jauh dari aku. Kau faham tak? So, aku tak nak hilang kau jugak. Kau ni macam nyawa aku tau. Kalau aku hilang kau, aku tak rasa aku boleh teruskan hidup. Jangan sesekali tinggalkan aku tau. Tau tau. Tau tau tau." Kata Taehyun sambil menarik rambut Youra berulang kali. Kang Taehyun ni memang tak boleh annoying lagi ek?

"Ye ye aku takkan tinggalkan kau. Dah diam tu dia tengah ready nak serang hendap laki tu."

Taehyun hanya menggeleng kepalanya melihat gelagat Youra. Biarlah dia enjoy tengok tv sementara tengah dalam wad ni. Nanti dah masuk kerja jangan mimpi la dapat tengok drama ni.

Taehyun terus keluar dari wad Youra dan menuju ke bilik kerjanya. Melagha lama-lama ni kang tak pasal pasal terlambat untuk appointment pesakit dia nanti.

᪥᪥᪥

Hari yang baru bermula dan pagi itu Taehyun menuju ke wad Chunsoo dengan Tupperware yang berisi makanan yang dimasaknya sendiri. Lagipun dia tahu Chunsoo suka masakan dia lagi lagi si Chunsoo tu tak pandai masak. Setakat masak ramen tu dia boleh lah.

Semalam dia dan Youra nak melawat wad Chunsoo tapi keadaan mereka berdua tidak mengizinkan. Alang-alang dia dah buat sarapan sedap-sedap untuk Chunsoo ni baik dia singgah terus wad Chunsoo ni.

Belum sempat Taehyun melangkah ke dalam wad tersebut, matanya tertancap pada dua manusia yang kelihatan begitu mesra.

Siapa lagi bukan Chunsoo dengan Yeonjun.

Nak kata melawat kawan, kawan ke kalau gurau gurau manja sambil suap menyuap? Definitely more than friends.

Hati Taehyun mula memanas. Sakit hatinya apabila dia sedar yang mereka berdua itu telah dan masih mengkhianatinya. Taehyun berpatah balik dan Tupperware yang dipegang erat tadi hanya dicampakkan ke dalam tong sampah.

᪥᪥᪥

"Yeonjun, macam mana awak boleh teruskan semua ni? Saya tak mampu.."

Yeonjun hanya mengabaikan kata-kata Chunsoo dan hanya teruskan menggaul bubur nasi yang dia baru sahaja beli untuk Chunsoo. Satu sudu besar bubur itu disuakan pada bibir Chunsoo.

"Makan Soo. Nanti fans awak semua risau tau kalau awak duduk sini lama lama." Ujar Yeonjun sekadar ingin menukar topik.

"Jawab dulu soalan saya. Kenapa awak sanggup seksa hati sendiri? You still love her right?"


Yeonjun melepaskan keluhan kecil. Kalau boleh dia tak nak fikir pasal benda ni dah. Yeonjun meletakkan mangkuk yang berisi bubur itu ke tepi lalu dia menekup kedua-dua belah pipi Chunsoo.

"I. Only. Love. You. Berapa kali jjun nak kena cakap hm? Jangan cakap benda merepek lagu okay? Sekarang makan. Kejap lagi kena makan ubat lepastu nak tukar balutan kepala tu. Makan ye?" Kata Yeonjun lalu mencapai mangkuk tadi semula.

"Tipu."

Yeonjun hanya tersenyum pahit. Memanglah dia tipu. Tak pernah lagi dia jumpa orang setanding dengan Youra dalam hati dia. Tapi apakan daya? Ini je yang dia boleh  buat.

"Dah cepat makan. Here comes the aeroplane! Voooshhhh!"

"Jjun ingat Soo ni budak kecik ke nak main aeroplane bagai?"

"Yela habistu degil semacam macam budak kecik."

"Ceh malas la nak makan macam ni."

"Kalau Soo tak makan, saya kiss."

Chunsoo tergelak kecil mendengar ugutan Yeonjun. Klishe betul la Yeonjun ni. Bukannya dia berani pun nak kiss Chunsoo tu.

"Kiss lah kalau berani." Provok Chunsoo.

Yeonjun mengangkat sebelah keningnya sambil ketawa kecil. Budak ni tak makan saman agaknya.

Mata Chunsoo membulat saat bibir Yeonjun menyentuh bibirnya. Tak sangka Yeonjun buat betul betul!

᪥᪥᪥

Youra berjalan seorang diri menuju ke wad Chunsoo. Nak pergi semalam tapi doktor dia si Soobin tu tak kasi gerak banyak pulak. Nasib baik Taehyun pun tak pergi semalam kalau tak dia nak merajuk.

Youra pergi sendiri ke wad Chunsoo ni pun sebab malas nak tunggu Taehyun. Dia tu dahla busy. Sementara dia boleh pergi ni baik dia pergi dulu.

Semakin hampir Youra dengan wad Chunsoo tu, dia ternampak seorang doktor lelaki mencampakkan sebuah Tupperware ke dalam tong sampah. Makanan basi agaknya tu. Dia rasa macam tu Taehyun tapi dia ni rabun pulak. Nanti je la tanya Taehyun sendiri.

Youra teruskan langkahnya ke wad Chunsoo. Baru sahaja pintu wad tersebut dia buka sedikit, dua manusia yang berciuman mengotori pandangannya.

Yeonjun dan Chunsoo.

--

Setelah setahun baru aku update. Sorry kalau ada yang menanti lama.

Thanks for reading ❣️

[✓] heartbeat · kang taehyunWhere stories live. Discover now