22

100 10 12
                                    

"Youra, dia dah tinggalkan kau dah. Kenapa nak sebut lagi nama dia?" Taehyun terus mendapatkan Youra yang sedang menangis di atas pasir itu. Dia menatap wajah Youra yang penuh dengan air mata dan perlahan-lahan air matanya bergenang. Dia terlalu marah dengan perbuatan Yeonjun. Dia sakit tengok Youra menangis teruk sebegini kerana dia tahu Youra kuat orangnya. Dengan air mata yang ditahan, Taehyun mengukirkan senyuman buat Youra.

"Kalini, kita betul-betul lupakan diorang ye? Diorang dua-dua dah officially putuskan hubungan dengan kita. Dah takde sebab untuk kita bergantung pada diorang lagi. Kita buka buku baru, Youra. Aku akan pastikan yang takkan ada sesiapa yang boleh buat kau menangis lagi. selagi tak ada orang layan kau lagi baik dari aku layan kau, tolonglah jangan bagi hati kau kat sesiapa. Aku tak nak tengok kau menangis lagi tau." Taehyun mengujarkan kata-kata tersebut sambil mengelap wajah Youra.

Terharu Youra mendengar kata-kata Taehyun, air matanya terus turun dengan lebih banyak lalu badan Taehyun terus dipeluknya erat.

"Thank you Tyun. Kau selalu ada untuk aku. I should do the same for you."

Taehyun hanya tersenyum kecil melihat tangisan Youra yang semakin reda. Kepala Youra diusap lembut.

"Should we run away?"

᪥᪥᪥

Taehyun memandang Youra yang sudahpun terlelap di atas bahunya setelah penat mengeluarkan air mata. Perbualannya terakhirnya bersama Chunsoo terimbas semula ke dalam fikirannya.

"Kenapa kau nak jumpa aku? Tak cukup lagi kau tikam belakang aku dengan Youra?" Ujar Taehyun sebaik sahaja sampai di lokasi di mana Chunsoo sudahpun menantikannya.

Chunsoo memandang Taehyun dengan hati yang berat. Dia tak mahu mementingkan diri sendiri dan hancurkan hidup Taehyun jadi dia perlu selesaikan isu yang telah merosakkan hubungan antara mereka.

"Taehyun, saya minta maaf atas segala perbuatan saya dan Yeonjun yang dah sakitkan awak dan Youra. Believe me, saya pun sakit hati dengan apa yang saya buat, dengan apa yang terjadi. Saya tahu susah untuk awak percaya tapi itu apa yang saya sendiri rasa. Kalau tak nak percaya pun takpe sebab saya tahu saya yang salah."

Chunsoo menarik nafas yang dalam sebelum meneruskan ayatnya.

"Pedih untuk saya ucapkan tapi kita takkan boleh bersama."

"Apa maksud awak Chunsoo? Kenapa pulak? Habistu yang boleh bersama tu Yeonjun ke?" Soal Taehyun dengan kesabarannya yang sudah tipis.

Chunsoo hanya terdiam.

"Hubungan kita adalah perkara terindah yang pernah jadi dalam hidup saya tapi hubungan kita jugak yang paling tragis untuk saya. Dah tiba masanya untuk kita lepaskan semuanya menjadi masa lampau dan dilupakan. Sampai sini sahaja hubungan kita Kang Taehyun, lelaki yang saya amat hargai dan sayangi. Selain awak, Youra adalah orang yang berharga untuk saya so please take care of her. Saya tahu dia pun bermakna untuk awak. I caused her so much pain and i trust you to help her heal."

"Chunsoo apa semua ni cuba explain betul betul. Kenapa pulak kita takkan boleh bersama? Am i not good enough for you?"

Chunsoo mengelak pandangan Taehyun yang tajam itu dan menyambung kata-katanya sambil memandang lantai.

"That's all that i can say for now. Nanti korang akan tahu perkara full, just not now.  Saya tak sanggup nak bagitau. Tapi  sekarang ni saya cadangkan awak pergi cari Youra. Dia keluar dengan Yeonjun harini and i am sure that she'll be heartbroken sebab Yeonjun akan buat apa yang saya buat sekarang."

Taehyun memandang Chunsoo dengan penuh kekeliruan dan perlahan-lahan dia faham maksud Chunsoo.

"Nampaknya you really chose to throw me Chunsoo." Ujar Taehyun sebelun beredar untuk mencari Youra.

"It was nice meeting you Kang Taehyun."

᪥᪥᪥

"Taehyun.. Taehyun!”

Tersentak Taehyun mendengar namanya dipanggil sebegitu. Dia terus menoleh ke bahunya. Youra dah bangun rupanya.

"Reti pun bangun. Kebas lengan aku tau tak?" Taehyun terus menggosok-gosok lengannya.

"Dah tu kenapa tak kejut? Jangan nak complain kalau kau tak kejut aku eh. Itu salah kau."

"Haih yela yela. Dah jom aku hantar kau balik."

--

Dah berapa bulan tak update 😭 sori kepada yang still membaca dari mula huhu

Thanks for reading ❣️

[✓] heartbeat · kang taehyunWhere stories live. Discover now