25

117 9 82
                                    

warning! long chapter ahead⚠ (walaupun takde la panjang mana sebenarnya) jadi sila sediakan popcorn dengan air pilihan anda dan teruskan membaca ♡'・ᴗ・'♡
--

Youra hanya merenung baju baju di dalam luggagenya. Takde satu pun baju yang sesuai untuk dipakainya sekarang memandangkan dia berkongsi bilik dengan Taehyun. Baju tidur dia semua memang mencolok mata sebab selama ni dia tidur sorang je. Bajunya yang lain semestinya jauh sekali daripada perkataan selesa sebab dia orang mementingkan fesyen.

Takkan nak pakai bath robe ni untuk tidur kot.

"Taehyunn.." Akhirnya Youra membuat keputusan untuk memanggil Taehyun.

"Ada tshirt biasa tak? Dengan sweatpants ke? Aku takde baju tidur yang selesa la."

Taehyun menyahut panggilan Youra dan terus datang ke Youra dan menghulurkan bajunya.

"Thank youu." Tanpa membuang masa, Youra terus masuk ke tandas untuk menukar pakaian. Baju Taehyun itu dipakainya elok sahaja tapi seluar Taehyun terlalu besar untuknya. Puas dia tarik tali sweatpants tu tapi tetap longgar. Tambah pula dengan labuhnya seluar tu sebab Youra ni takdelah tinggi mana pun kalau nak dibandingkan dengan Taehyun.

Tetapi Youra tidak mempunyai pilihan. Dia ikat sahaja lebihan seluar itu dengan getah rambutnya dan melipat seluar itu supaya sesuai dengan kependekan kakinya. Setelah selesai dia terus melihat dirinya di dalam cermin. Fuh, memang huduh sungguh pakaiannya itu. Nasib baik dia memang berancang untuk bertapa je dalam bilik.

Paling tak pun Taehyun je yang nampak dia so dia tak kisah sangat lalu melangkah keluar dari tandas.

Sebaik sahaja dia melangkah keluar, mata Taehyun tertancap pada gadis itu. Melihat gadis itu memakai bajunya entah kenapa membuat jantungnya berdegup kencang. Comel sahaja Youra yang berjalan dalam bilik itu dengan bajunya.

"Comel lah kau." Kata Taehyun tanpa dia sedar. Terkejut Youra mendengarnya. Taehyun pun terkejut dengan kata-katanya itu. Dia terus menutup mulutnya rapat dan memandang telefonnya semula.

Awkward..

Youra tak nak lah Taehyun rasa awkward sangat jadi dia pura pura tak mendengar kata-kata Taehyun tadi.

"Apa kau cakap tadi? Aku tak dengar." Harapnya Taehyun rasa lega lah lepas dia cakap begitu.

"Aku cakap kau comel." LAH TAEHYUN NI. Terkejut Youra mendengar kata-kata Taehyun. Ingatkan Taehyun akan mengelak daripada menjawab namun lelaki itu memilih untuk mengulangi ayatnya.

Taehyun rasa yang dia perlu mengambil peluang ini untuk meluahkan semua benda yang bermain di mindanya. Tiga bulan dia luangkan masa bersama Youra benar benar membuka matanya tentang pelbagai sisi lain gadis itu. Sedikit sebanyak membuatkan hatinya tertarik kepada Youra dan makin sayangkan gadis itu.

Kedua-duanya merasakan jantung mereka berdegup kencang seperti menanti saat untuk terkeluar daripada badan.

Youra hanya berdiri kaku di tempatnya. Terkedu dengan jawapan yang diberikan oleh Taehyun. Taehyun ni bukannya reti puji dia. So dia macam tak percaya pulak Taehyun cakap macam tu.

Youra memilih untuk mengabaikan kata-kata Taehyun dan bergerak menuju ke katil namun Taehyun terlebih dahulu mencapai tangannya.

Jantung Youra betul-betul rasa nak tercabut dah sekarang ni. Taehyun pula memendekkan jarak mereka sehingga Youra boleh dengar pernafasannya. Tolong berhenti bernafas Taehyun, kau bernafas pun kacak tau tak?

Taehyun memandang tepat ke dalam iris Youra. "Aku cakap, kau comel Youra. Susah sangat ke nak percaya." Kata Taehyun sambil mengalihkan rambut Youra ke belakang telinganya.

[✓] heartbeat · kang taehyunWhere stories live. Discover now