19

94 12 45
                                    

Youra merenung pintu wadnya dengan secebis harapan bahawa Yeonjun akan muncul disebalik pintu tersebut untuk melawatnya seperti hari-hari sebelumnya. Dia yakin yang Yeonjun tak sedar kehadiran dirinya semasa Yeonjun dan Chunsoo berciuman, tapi kenapa Yeonjun masih lagi tak muncul macam biasa?

᪥᪥᪥

Youra perasan yang Yeonjun berubah sejak Chunsoo sedar selepas pembedahannya. Adakah Chunsoo memang punca Yeonjun buat perangai macam ni? Semua jawapan kepada persoalannya hanya Yeonjun boleh jawab. Keluhan dilepaskan dan Youra baring di atas katil semula.

Telefonnya dicapai dan nombor Yeonjun dicari untuk dia menghantar pesanan. Dia nak pastikan yang Yeonjun masih memikirkan dirinya atau tidak.

Yeonjun 🥀

Jjunie
lusa maybe youra discharge
date yang jjun kata tu
jadi tak ni

Sent 5.37 p.m.

Tiba-tiba pintu wadnya itu terbuka lalu membuatnya menoleh ke arah tersebut. Harapan yang dipasangnya sejak pagi tadi musnah apabila yang melangkah masuk ke dalam wadnya itu cuma Taehyun.

Senyuman kecil dihadiahkan buat Taehyun supaya Taehyun tidak risau dengan keadaannya.

"Youra, cepat sikit discharge boleh tak? Penat tau aku kena cover kerja kau. Semua aku kena buat sorang-sorang." Rungut Taehyun. Sebenarnya Taehyun takde pun buat kerja Youra sorang-sorang tapi dia saje je nak cakap macam tu. Nak mengada sikit. Sikit je tak banyak pun.

"Hm, tadi Soobin kata lusa dah boleh discharge kalau condition aku maintain." Ujar Youra untuk menyedapkan hati Taehyun.

Ting!

Bunyi notifikasi yang datang daripada telefon Youra membuatkan dia cepat-cepat berpaling dari Taehyun untuk melihat notifikasi yang diterimanya.

Senyuman kecil Youra terbit saat ternampak nama Yeonjun sebagai pengirim. Pantas nama Yeonjun ditekan.

Yeonjun 🥀

Sayang..
I'm so sorry
I don't think so
A million sorries from me
I truly love you Youra
But Chunsoo is my priority for now
I'm truly sorry

Seen 5.48 p.m.

Air muka Youra terus berubah menjadi kelat. Wah hebat betul Yeonjun ni. Rasa nak buat standing ovation. Ingatkan dia nak jugak sorokkan hubungan dia dengan Chunsoo daripada Youra. Namun sama sekali tidak dan dia boleh lagi cakap 'I truly love you'? Am I a joke to him? Fikir Youra. Yeonjun memang langsung tak fikirkan perasaan dia ke?

Taehyun kan ada untuk jaga Chunsoo, kenapa Yeonjun buat dia macam ni? Sakitnya hati.

Taehyun mula risau saat wajah Youra berubah menjadi kelat. Dia terus merampas telefon pintar Youra dan membaca mesej yang dikirim Yeonjun itu.

Keluhan dilepaskan sekali dengan muka yang tampak sungguh kecewa. Telefon Youra diserahkan semula. Taehyun terus memegang kepalanya. APA BENDA YEONJUN NI?

Air mata Youra yang mula turun itu cepat-cepat diseka olehnya.

"Youra, kau dah tau pasal diorang dah lama. Kau kata haritu hati kau dah mati untuk Yeonjun tapi kenapa kau masih mengharap? Lupakan jela si Yeonjun tu. Lelaki macam tu tak sepatutnya wujud dalam hidup kau. Nanti kau discharge kau date dengan aku je. Tak payah cari monyet tu."

Youra memandang Taehyun dengan jijik.

"Ew, siapa nak date dengan kau ee. Memang tak laa. Lepas discharge aku nak jumpa anak aku. Mesti dia rindu aku kan?"

"Eh? Bila masa kau ada anak pulak ni?"

"Ish kau ni. Hobak tu kan anak aku. Rindu la kesayangan aku tu."

"Eh takde takde. Hobak anak aku sorang je aku single father gitew. Jangan nak memandai rampas anak orang eh."

"Ish apa apa jelah. Boleh tak en en en.. Hobak stay dehgan aku seminggu dua? PLEASE JEBAL JUSEYO!" Youra menarik narik lengan kot putih Taehyun itu manja. Nak membodek kan? Begitulah jadinya. Ikutkan hati Taehyun nak lempang je nasib baik Youra punya hidup menyendukan. Dia tak nak la tambah kesenduan hidup si Youra ni.

"Hish. Ye ye nanti aku bagi."

᪥᪥᪥

"

Chunsoo.. pandang la sinii." Panggil Yeonjun. Butang snap pada kamera terus ditekan saat gadis itu menoleh.

"Ish Yeonjun apa nii?" Marah Chunsoo. Dah la orang tengah muka pucat, tak ready pulak tu lepastu nak main snap snap gambar orang pulak. Yeonjun hanya tertawa kecil melihat reaksi Chunsoo.

"Ala, ambik gambar candid pun cantik. Susah la macam ni. Ha, Soo tengok ni fon Yeonjun dah cantikk." Chunsoo memandang Yeonjun yang sibuk menayangkan telefonnya.

Chunsoo terkejut melihat gambarnya itu dijadikan wallpaper lockscreen telefon Yeonjun itu.

"Isb Yeonjunnn. Gambar lain kan ada. Gambar photoshoot yang elok elok semua bersepah kat internet. Gambar ni jugak nak guna kenapaaa."

"Tak naklah gambar kat internet. Gambar ni Yeonjun sorang je adaa."

Chunsoo tersenyum kelat melihat kelakuan Yeonjun itu. Dia tau dan dia yalin Yeonjun buat macam tu semata mata untuk yakinkan dia bahawa Yeonjun sayangkana dirinya. Kalau sekali pandang memang nampak macam tu. Tapi dalam hati Yeonjun, Chunsoo yakin hanya Youra yang bertakhta di situ.

Sama juga seperti Chunsoo kerana lelaki yang bertakhta dalam hatinya adalah

Kang Taehyun.

--

Halu. Ada ke yang rindu? Tak tau la ada lagi ke tak yang baca cerita ni tapi NEW UPDATE SETELAH FOREVER YAHOO

Sorry for the late update and i hoped u guys enjoyed reading hshshsh

Thanks for reading ❣️

[✓] heartbeat · kang taehyunWhere stories live. Discover now