15

101 12 19
                                    

Taehyun melangkah masuk ke dalam wad Chunsoo dengan tenang. Gadis itu sedang tidur dengan lena sebelum pembedahan dijalankan pada esok hari.

Apabila dia melihat wajah Chunsoo, dia terus berdebar. Mampukah dia jalankan pembedahan ni tanpa masalah? Nafas yang dalam ditarik dan dihembuskan perlahan.

Dia akan pastikan gadis yang dia cinta akan hidup seperti biasa selepas pembedahan ini.

Itu janjinya.

᪥᪥᪥

"

Sweetie! Good morning!"

Kata Yeonjun riang sambil menghulurkan sejambak bunga buat gadis itu.

"Good morning Jjun." Balas Chunsoo lalu mencapai jambakan bunga yang Yeonjun hulurkan. Haruman bunga-bunga tersebut dihidu olehnya dan semestinya senyuman mula terbit pada wajahnya.

Chunsoo sangat suka akan haruman daripada bunga-bunga. Mereka seolah-olah memberi semangat buat dirinya kerana bunga mengingatkan dirinya kepada mendiang ibunya.

Chunsoo kembali memandang Yeonjun dan sedar bahawa terdapat sekuntum bunga dalam genggaman lelaki itu. Senyumannya mula mengendur.

Rasa bersalah menyelubungi dirinya. Dia tahu bunga itu buat siapa tetapi mulutnya gatal ingin bertanya dan telinganya mahu mendengar jawapan daripada lelaki itu sendiri.

"Bunga tu-"

"Aku punya. Saje je beli. Aku pun nak bau bunga jugak." Potong Yeonjun apabila sedar yang Chunsoo memerhatikan bunga dalam genggamannya itu. Chunsoo hanya mengangguk kecil namun jelas sekali riak kecewa terpapar pada wajahnya.

Bukan kecewa kerana Yeonjun. Tetapi kecewa kerana dirinya sendiri.

᪥᪥᪥

"For you, my love."

Youra tersenyum dan mencapai sekuntum bunga yang dihulurkan oleh Yeonjun itu.

"Thank you Jjun." Ucap Youra lalu mengucup lembut pipi lelaki itu. Wajah Yeonjun terus berona merah. Jantungnya berdegup laju.

Lupduplupduplupdup!

"Are you feeling well today sayang?" Soal Yeonjun sambil mengusap lembut pipi Youra.

"Sikit. Haih, dah penatlah duduk terperap dalam wad. Rindu nak bedah orang. Hihi." Kata Youra sambil tersenyum polos kepada Yeonjun.

Yeonjun tersenyum kecil. Hatinya agak pilu melihat bibir pucat milik gadis itu namun dia gembira kerana Youra semakin sihat.

"Yeonjun, awak tahu tak yang Soo dah nak kena operate?"

Yeonjun terus memandang Youra dengan wajah yang penuh tanda tanya.

"H-hah? Operate kat sini ke?" Wajah Yeonjun berubah pucat.

"Haah. Taehyun yang akan operate dia nanti. Wish him luck tau."

"Taehyun? Habis tu dia ok ke tak tu?" Soal Yeonjun risau.  Yelah, siapa je yang sanggup jalankan pembedahan yang berisiko tinggi macam tu lagi-lagi kalau kekasih hatilah orang yang bakal dibedah.

"Mula-mula dia nervouslah. Tapi Youra dah nasihatkan dia. Tiga ke empat jam sesi kaunseling dgn dia. Oklah tu kot."

Yeonjun mengangguk faham. Agaknya berjaya ke pembedahan Chunsoo?

᪥᪥᪥

Taehyun masuk ke dalam dewan pembedahan setelah memakai pakaian perlindungan. Nafas yang dalam ditarik apabila tubuh Chunsoo yang sudah tidak menyedarkan diri setelah dibius menyapa pandangannya.

Soobin turut berada dalam wad itu untuk memerhati keadaan Chunsoo dan memastikan tiada tindak balas negatif yang berlaku setelah dia dibius.

Taehyun memejam matanya rapat dan menghela nafasnya. Dia perlukan keyakinan dan kekuatan untuk teruskan pembedahan ini. Setelah dia pasti dia sudah bersedia, dia terus menghulurkan tangannya kepada jururawat di sebelahnya.

"Scalpel."

᪥᪥᪥

W

ajah Chunsoo dielus lembut oleh Taehyun. Sudah dua hari gadis itu tidak menyedarkan diri namun dia masih bersyukur keadaannya stabil.

Tangan Chunsoo digenggam erat oleh Taehyun dan dikucup perlahan.

"Soo sayang.. bila Soo nak bangun? I miss you so much. Saya harap kita boleh pulihkan hubungan kita supaya kembali macam dulu balik."

Yeonjun yang berada di luar wad tersebut memerhatikan gelagat Taehyun dan terdengar setiap bait kata-katanya.

"Aku pun berharap-"

--

Bab ni sekadar filler je so sorry kalau bosan ked 😔

Thanks for reading ❣️

[✓] heartbeat · kang taehyunWhere stories live. Discover now