20

98 8 19
                                    

"Youra, kalau aku nak kahwin nanti kau kena jadi pengapit aku tau. Janji tau janji janji cepatt!" Ujar Chunsoo sambil menghulurkan jari kelingkingnya kepada Youra.

Youra hanya tersengih melihat betapa berianya seketul Chunsoo nak suruh dia berjanji. Macam budak kecik je nak janji guna jari kelingking ni. Niat dia nak datang melawat je si Chunsoo ni tapi kebetulan pulak masa dia sampai emak Chunsoo sibuk bebel pasal kahwin. Know know dia dah terheret sekali dalam bebelan kahwin tu.

"Ye ye aku janjii." Ujar Youra lalu mencapai sebalang kerepek yang terletak elok di atas meja.

"Bagus  bagus. Eh, KEREPEK AKU TU JANGAN NAK HABISKAN EHH!"

᪥᪥᪥

Youra mengelap air matanya yang keluar saat terimbas kembali memorinya bersama kawan baiknya itu. Gambar mereka berdua semua dibelek satu per satu. Niat asal dia nak bakar je gambar gambar mereka bersama tapi memori bersama Chunsoo semua nya indah indah. Terlalu berharga memorinya kerana dia tidak mempunyai begitu banyak kawan.

Rindu nak kembali kepada keadaan mereka yang asal itu sudah pasti. Tapi bila kawan baik kau buat macam ni, rasa sakit, menguasai rasa rindu.

Pemetik api rokok yang berada dalam tangannya itu didekatkan lagi dengan sekeping gambar mereka berdua. Semoga apabila gambar mereka dmsudah terbakar, kesakitannya berkurangan.

Ding dong

Baru sahaja api mahu menghinggap gambar tersebut, bunyi loceng rumahnya membuatkannya tersentak.

Youra terus bangun dari situ dan berjalan keluar dari bilik tersebut.

Meow..

Hobak yang berada di rumah Youra itu terus mengiau sebaik sahaja kelibat Youra muncul. Youra tersenyum lalu terus memasukkan Hobak ke dalam dukungan.

Langkah Youra diatur ke pintu utama lalu pintu itu dibuka. Matanya bertembung dengan mata lelaki di hadapannya.

Lelaki itu menayangkan senyuman yang lebar saat melihat kucing yang kelihatan sungguh selesa dalam dakapan Youra itu namun senyumannya terus pudar saat matanya mengkaji wajah gadis itu.

"Youra.. kenapa hidung merah merah ni? Menangis lagi ke? Kan aku dah pesan jangan ingat lagi pasal diorang. Kau kan ada aku dan aku ada kau je. Tak cukup lagi ke Youra oi?"

Youra berdecit. Menyampah pun ada dengan mamat deoan mata dia ni tapi betul jugak cakap si Taehyun ni. Taehyun tertawa melihat wajah Youra yang kelihatan seperti bakal memakinya. Kucing dalam dukungan gadis itu diusap dengan penuh kasih sayang.

"Thank you jagakan Hobak untuk aku." Ujar Taehyun sambil hidung Hobak itu dicuit manja.

"Sorry sikit aku jaga Hobak sebab aku yang nak bukan sebab kau. Dah dah masuk cepat kau ni pun. Nanti jiran aku kata aku tak reti layan tetamu kang."

Taehyun hanya akur sambil berjalan masuk ke dalam rumah Youra bersama Hobak dalam dukungannya. Dia terus sahaja melabuhkan punggung di sofa empuk di ruang tamu Youra itu.

"Hobak, nakal nakal tak kat rumah mama?" Soal Taehyun kepada Hobak sambil menanti jawapan dari Youra.

"Mama mana pulak ni?" Setahu Youra Taehyun ni kedekut betul dengan kucing dia ni. Dia sorang je papa Hobak tak payah nak mama mama katanya.

"Kau lah mama dia. Habistu kau tak habis habis mengaku Hobak ni anak kau. Sebagai papa Hobak yang berkarisma, aku lantik kau jadi mama dia. Lagipun kau jugak yang jumpa Hobak sama sama dengan aku dulu."

Youra hanya menjeling Taehyun. Penat la layan dia ni.

"Ha yelah yelah. Eh, kau datang sini sebenarnya kenapa?" Soal Youra. Maklumlah orang tengah syok syok nak bakar gambar, dia pergi ding dongkan loceng. Spoil mood betul.

"Oh ha, aku nak ajak kau makan sebenarnya. Heheh. Jom lunch." Kata Taehyun sambil mengangkat paper bag yang berisi set burger mekdi yang tak muncul dari mana.

--

Ni dia aku sedekah Taera moments sikit.  Hope you enjoyed reading this chapter.

Thanks for reading ❣️

[✓] heartbeat · kang taehyunWhere stories live. Discover now