"Lah dah kenapa monyok ni? Kan nak makan ni. Kalau kau nak monyok monyok baik kau keluar. Hilang selera aku tengok muka kau ni lah."
Youra hanya menghiraukan kata-kata Taehyun. Dah kata dah nak makan kat tempat lain tapi Taehyun bawak pergi makan kat sini jugak. Dah tiga hari dah makan tempat sama. Mana tak monyok kalau macam tu. Tapi kalau dia nak makan tempat lain Taehyun tak belanja. Susah betul lah hidup.
Tapi kau tu bukan kaya ke Youra? Kedekut betul.
"Youra.. depan makanan jangan monyok monyok. Kita kena bersyukur tau. Ada banyak lagi orang tak dapat nak makan se-"
"YE YE. Aku senyum dah ni. Ha dah jangan bebel." Youra cepat cepat menghentikan bebelan Taehyun yang bakal bermula. Taehyun kalau membebel terkeluar segala ilmu dia ha dengan global warming sekali dia selitkan nanti.
Tiba tiba seorang pelayan meletakkan semangkuk aiskrim di atas meja mereka.
Mata Youra sudah mula bersinar sinar. Terharu lah dia. Taehyun ni nampak je macam takde perasaan sangat tapi tengok lah. Diorang belum order lagi tapi Taehyun dah mintak aiskrim untuk dia. Pandai betul dia nak ambil hati Youra.
"I'm sorry sir, we didn't order this."
Gelap terus lah mata Youra mendengar kata-kata Taehyun. Tarik balik lah kata kata tadi. Ingatkan Taehyun nak jadi gentleman gitew. Tapi Taehyun hanyalah manusia. Kita kena faham bahawasanya takde manusia yang perfect.
"It's on the house, sir. Your wife seems upset just now so it is part of our service." Jelas pelayan tersebut lalu beredar. Youra dah tak dengar pape dah. Dia dengar je it's on the house, dia terus mencapai aiskrim tersebut.
Taehyun hanya melihat Youra dengan kerutan di dahi. Perangai macam ni dia boleh ingat bini orang? Kelakar betul manusia dekat Melbourne ni.
"Eh bak lah sini sikit. Aku pun nak aiskrim free." Taehyun sudah mencapai sudu dan cuba menarik aiskrim itu dari Youra.
"Takde takdee. Kau kan ada hot body gitu so mana boleh makan benda benda macam aiskrim ni. Kau kena jaga makan kalau tak dah keras lah abs kau. shuh shuh."
"Eleh setakat aiskrim banyak ni tak luak la abs aku ni. Nak jadi juri ke? Kejap lagi kau pegang abs aku lepas makan aiskrim keras lagi ke tak?"
"Ew no way. Suruh la perempuan perempuan yang ambik gambar dengan kau tadi tu. Diorang mesti suka." Ujar Youra lalu menyuakan satu lagi sudu aiskrim ke dalam mulutnya.
"Oh kau nak main kasar eh? Okay fine. Aku tak nak belanja kau makan."
"Tak kisahh. Aku dah dapat aiskrim free dah punn." Ujar Youra penuh riang.
Taehyun tak mampu mengelak dari terus tersenyum melihat Youra. Senang je nak jaga budak ni rupanya. Bagi aiskrim terus happy. Dalam diam, gambar Youra yang sedang sibuk makan aiskrim itu diambil. Makin lama makin berharga senyuman Youra itu di matanya.
᪥᪥᪥
"Harini kita pergi mana pulak Tyun?" Youra menarik luggagenya menuju ke arah Taehyun yang sedang menantikannya di lobby hotel.
"Rahsia. Ikut je aku. Ha passport mana passport?"
Youra terus mengangkat passportnya dan menggoyangkannya di udara lalu menyimpannya semula ke dalam beg.
"Okay jom kita pergi airport."
Setibanya mereka dia lapangan terbang mereka terus makan sebelum beratur untuk menaiki pesawat mereka.
YOU ARE READING
[✓] heartbeat · kang taehyun
Fanfiction"My heart just doesn't beat the same way for you like it used to." start : 070621 end : 080423