04

137 20 8
                                    

Yeonjun sedang duduk elok di pejabatnya sambil menyemak kerja-kerja yang telah dihantar oleh pekerja-pekerjanya. Sedang elok dia mencatat beberapa maklumat, pen yang digunakan olehnya itu kehabisan dakwat.

Pen tersebut terus dicampak ke dalam bakul sampah di sebelahnya lalu laci mejanya dibuka untuk mencari pen lain. Namun begitu, benda lain yang mengambil perhatiannya. Kepingan gambar yang berjaya menarik perhatiannya itu dicapai dan dikeluarkan dari laci tersebut.

Gambar tersebut menunjukkan empat orang kawan yang tersenyum gembira. Yeonjun tersengih apabila melihat dirinya dalam gambar tersebut. Jelas sekali matanya tertumpu sepenuhnya pada seorang gadis yang mencuri hatinya.

Secara automatik otaknya mula mengimbau semula kenangannya sewaktu proses pengambilan gambar tersebut.

᪥᪥᪥

"Yeonjun! Kau bawak kamera kau tak?" Soal Taehyun.

"Bawaklah. Kau dah pesan seribu kali dah Tyun. Cair taik telinga aku deng- eh? Kenapa diorang ada sekali?" Soal Yeonjun kepada Taehyun sambil menunjuk ke arah di mana terdapat dua orang gadis di tempat penggambaran mereka itu.

"Tu ha, kenapa ada awek kau tu. Kata friend punya gambar. Ni bukan friend punya gambar dah." Jantung Yeonjun berdegup kencang saat matanya tertancap pada Youra.

Sejujurnya dia dah lama dah usyar si Youra. Tak tau pulak Youra ni ada kena mengena dengan Taehyun. Cantik betul dia dengan angin yang meniup rambutnya lembut. Nak je snap gambar dia dari sini tapi nanti kantoi dengan Taehyun pulak.

"Aku yang ajak diorang sekali. Selain kau, Youra tu best friend aku tau. Bila ambik medic ni, kadang kadang 72 jam kitorang kena berkepit buat assignment. Kau petau? Lagipun Chunsoo dengan Youra kan bff hehe. Alang-alang bawak jela sekali. So kiranya, kau dengan Youra best friend aku, Chunsoo best friend Youra. Ha, kira gambar friend la jugak. Kan? Dah dah jangan banyak bebel. Aku dengan Youra ada banyak lagi assignment tak siap." Kata Taehyun sambil menolak Yeonjun untuk menetapkan posisi kamera.

Yeonjun memandang Taehyun tidak puas hati. Dia yang banyak bebel astu salahkan kita. Nak je aku tampor budak ni.

Selepas puas menyumpah seranah Taehyun di dalam hatinya, Yeonjun meletakkan kameranya pada tripod dan melaraskan supaya pencahayaan dan pemandangan dalam gambar mereka nanti akan kelihatan sempurna. Timer diset dan Yeonjun terus berlari untuk masuk ke dalam gambar tersebut bersama mereka.

Nampaknya urutan mereka berdiri saat ini dari kiri Taehyun, Chunsoo dan Youra. Takkan la nak berdiri sebelah Youra. Hati Yeonjun tak kuat. Tapi kalau berdiri sebelah Taehyun nanti gambarnya tak cantik.

Demi kecantikan gambar yang bakal dihasilkan, Yeonjun pun mengorbankan dirinya dan berdiri di sebelah Youra.

Ceh, alasan!

Namun begitu, Yeonjun seolah-olah tidak mampu untuk melepaskan pandangannya daripada Youra. Tersengih-sengih dia memandang Youra yang disebelahnya itu. Harapnya Youra tak perasanlah kegiatan dia ni.

Klik!

Yeonjun baru tersedar dan kembali ke realiti. "Eh, ala. Aku tak sempat posing." Kata Yeonjun sekadar memberi alasan. Kalau tak kantoi la yang dia asyik pandang Youra je dari tadi.

"Takpe biar aku tekan kali ni." Pelawa Taehyun. Yeonjun hanya mengangguk dan kembali berdiri di sebelah Youra. Bila nak habis ambik gambar ni? Lama-lama meletup lah dia.

Setelah Taehyun menekan butang kamera tersebut dia terus berlari dan keempat-empat orang tersebut dapat mengambil gambar yang cantik untuk disimpan menjadi kenangan mereka.

Yeonjun berjalan menuju kameranya dan melihat gambar-gambar yang telah diambil. Gambar pertama yang diambil mereka memang jelas menunjukkan Yeonjun dilamun cinta saat memandang Youra. Kalau Taehyun tau ni memang kena nganjing 100%. Baik dia sorok gambar ni.

"Nanti aku cuci dulu gambarnya pastu bagi kat korang. Okay tak? Ke nak send kat wassap je?" Tanya Yeonjun.

"Cuci! Cuci!" Sorak Chunsoo manakala Youra hanya mengangguk. Angguk pON CANTIK AAA. DUGEUN DUGEUN LA JANTUNG MACAM NI.

"Tyun, aku gerak dengan Chunsoo dulu lah eh. Jumpa kat library kejap lagi." Kata Youra lalu beredar bersama Chunsoo setelah Taehyun mengangguk.

"Ha, Jjun. Nak tengok gambar." Kata Taehyun lalu merampas kamera tersebut dari tangan Yeonjun.

"Eh-"

Mata Taehyun membulat apabila melihat gambar di dalam kamera tersebut. Yeonjun tenung si Youra macam dah dilamun cinta?

OMG! TAK LAMA LAGI YEONJUN DAH TAK SINGLE ULALA!

"Ooo.. Yeonjun.. sejak bila ni hm?" Usik Taehyun. Yeonjun hanya mendiamkan diri. Tak mampu nak berkata-kata.

"Youra ni single. Crush pun takde. Laki yang ngorat dia pun takde. Mungkin sebab aku selalu dengan dia kot. Tapi aku ada girlfriend. Boleh je nak ngorat dia Jjun. Sementara ada peluang ni kan." Usik Taehyun lagi.

"Ish janganlah. Aku malu lah." Yeonjun merampas semula kameranya.

"Sejak bila kau suka Youra ni? Tak bagitau aku pun eh?"

"Dah lama dah la. Kau jangan nak pandai-pandai bagitau dia pulak eh?" Ugut Yeonjun.

"Kisah apa aku? Aku tak nak tengok kau single lama lama tau."

"Yah! Kang Taehyun! Jangan macam-macam eh."

᪥᪥᪥

Itulah kisah manis disebalik gambar tersebut. Masa tulah dia kantoi dengan Taehyun yang dia suka Youra . Gambar yang dia cuci adalah gambar yang dia memandang Youra manakala dia memberi yang lain gambar yang mereka ambil buat kali kedua.

Gambar Youra pada kepingan itu diusap perlahan. Youra tak pernah berubah. Dia sentiasa cantik di matanya. Perlahan-lahan air matanya tumpah.

"I'm so sorry, Youra."

--

Chapter ni panjang sikit. Harap tak melalut lah. Apa pun, thanks for reading ❣️

[✓] heartbeat · kang taehyunWhere stories live. Discover now