"Youra! Pandang sini cepat!" Youra terus menoleh tanpa berfikir panjang.
'Klik!'
Bunyi kamera kedengaran sebaik sahaja Youra menoleh. Taehyun terus melihat gambar yang diambilnya itu.
"Pergh, tambah stok gambar hodoh kau pada aku ni Youra."
Berkerut terus Youra mendengar kata-kata Taehyun. Cari pasal betul mamat ni. Youra terus cuba untuk merampas kamera itu daripada Taehyun.
"Bak sini!"
Taehyun cepat cepat bangun dan lari dari Youra sambil membawa kameranya.
"WOI KANG TAEHYUN!" Jerit Youra sambil mengejar Taehyun di persisiran pantai itu dengan dress pulak tu. Jangan risau tu bukan pantai yang sama dengan tempat dia break dengan Yeonjun. Kini, mereka berdua mengambil cuti panjang untuk healing kononnya. Know know diorang dah ada dekat Melbourne.
"Sinilah Taehyu- Ah!" Tanpa sengaja kaki Youra tersangkut pada sebuah dahan yang terbenam dengan pasir dan membuatkannya terjatuh. Namun Taehyun cepat cepat berlari ke arah Youra sebelum dia terjatuh.
Akhirnya dua dua terjatuh kat pantai tu. Buat malu je Taehyun nak acah acah hero. Tapi sekurang-kurangnya Youra jatuh atas dada dia walaupun muka tersembam. Nasib baik tak tersembam ke pasir. Tak ke lagi malu macam tu?
Youra yang jatuh tepat pada dada Taehyun itu hanya menundukkan kepalanya. Mukanya merah menahan malu. Tak mampu lah nak angkat kepala. Taehyun terus cuba memandang wajah Youra. Kenapa dia tak angkat kepala ni?
"Kenapa ni Youra? Sakit ke? Kaki kau okay tak?" Taehyun terus memegang pergelangan kaki Youra untuk memastikan yang kakinya tidak terseliuh. Youra menggelengkan kepalanya.
"Habistu? Malu ke? Takpe ni takde siapa perasan. Semua sibuk main sendiri sendiri. Meh bangun meh." Taehyun menghulurkan tangannya untuk membantu Youra bangun namun Youra menggeleng lalu menutup wajahnya dengan topi.
"hdjjsjshjs"
"Hah? Apa kau cakap tu raju? Tak dengar lah. Cuba cabut topi tu."
"Aku malu dengan kau lah setan!" Ujar Youra lalu bangun dan meninggalkan Taehyun yang keliru. Youra pulak dah tak mampu nak tengok muka Taehyun sekarang. Masa dia jatuh tu sumpah dia dapat rasakan yang jantungnya berdegup kencang.
"Youra! Apa maksud kau malu dengan aku pulak?" Taehyun yang mengejar Youra itu terus mencapai lengan Youra. Youra berbelah bahagi. Nak bagitau ke tak nak? Kalau tak bagitau kang si Taehyun ni bising pulak.
Tanpa memandang Taehyun, Youra pun menjawab pertanyaan Taehyun.
"hm tadi kan aku jatuh atas kau.."
"Okay.. lepastu?" Taehyun mendengar penuh teliti.
"kau kan.. tak pakai baju.. lepastuakujatuhatasdadakaulepastuakuterpegangabskaukerasbeb lepastu aku malu. DAH JANGAN SEBUT PASAL NI DAH AKU TAK NAK INGAT!”
"HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHH" Taehyun terus ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata Youra. Itu pun boleh malu ke?
"Oi Youra! Kau tu doktor tau. Dah berapa ribu orang punya badan kau pegang takkanlah terpegang badan aku pun nak malu."
"TU LAIN NI LAIN DAH DIAMM!" Youra terus berjalan dengan kedua dua jarinya diletakkan di dalam telinga. Nanti ada je Taehyun nak sakat dia. Taehyun terus berlari untuk menyaingi langkah Youra.
"Apa tadi kau cakap abs aku keras eh?”
"EE DIAM LA KANG TAEHYUN!" Merah muka Youra apa bila Taehyun cakap begitu.
"Ui ui! Malu ke tu!" Seronok Taehyun dapat mengusik Youra begitu sekali.
"PERGI PAKAI BAJU LAH TAK MALU KE?”
"Youra, Youra, Youra kalau badan aku dah lawa macam ni mestilah kena show off. Mana ada laki sado pakai baju kat pantai haa tengok. Inilah masanya aku nak tunjuk hasil aku exercise setiap hari." Ujar Taehyun sambil flex bicep dia. Malu jugaklah dia buat macam tu kat public tapi nak sakat Youra kena la all out.
Youra hanya menggulingkan biji matanya. Annoying pulak la Taehyun ni lama lama. "Pergi la show off kat sana tu. Aku nak baring je kat sini hmph!" Youra terus baring di sebuah kerusi kosong. Siap ada payung lagi. Memang bahagia lah dapat seat macam tu.
Taehyun hanya berdecit. Belum sempat dia nak duduk di sebelah Youra, sekumpulan perempuan datang menghampirinya.
"H-hi. We think you're hot so can we take a pic together?"
Youra terus ketawa mendengar kata-kata mereka. Belum sempat Taehyun nak tolak permintaan mereka Youra bersuara terlebih dahulu.
”Ladiess, he would absolutely love to. Take him awayy." Ujar Youra. Ha ambik kau nak flex sangat kan? Youra tersenyum sambil melihat Taehyun yang telah diheret oleh wanita-wanita tadi. Dia terus melelapkan matanya di atas kerusi tersebut sambil angin membuainya lalu tertidur.
Biarpun Taehyun telah diheret dengan perempuan tah mana-mana. Mata dia melekat pada Youra yang kini nampaknya telah lena di atas kerusi tersebut. Senyuman kecil terbit dari bibirnya. Gembira apabila Youra semakin gembira semenjak dia putus dengan Yeonjun haritu.
--
Hai korang! Here are some TaeRa moments. Harap korang sukalah sebab aku tak reti sangat nak bersweet sweet ni.
Thanks for reading ❣️
YOU ARE READING
[✓] heartbeat · kang taehyun
Fanfikce"My heart just doesn't beat the same way for you like it used to." start : 070621 end : 080423