special chapter i

94 7 0
                                    

-sebelum 3 tahun berlalu dari chapter di atas-

Youra menutup fail pesakit terakhirnya lalu menyembamkan wajahnya ke atas meja. Complicated betul nak diagnose penyakit pesakit ni. Nasib baik dah jumpa dah jawapannya.

"Kenapa sembam muka macam tu Youra oi." Taehyun yang baru masuk ofis Youra terkejut apabila masuk masuk nampak Youra menyembamkan wajahnya.

Kepala gadis itu diangkat dan Youra mendongak untuk memandang Taehyun. Hidung gadis itu dicium sekilas.

"Patah nanti hidung kau ni kalau asyik sembam muka atas meja."

Memerah wajah Youra dengan tindakan Taehyun itu. Acah sweet lah dia ni.

"Eleh tu alasan je kan? Rindu aku cakap la. Nak bagi alasan hidung aku patah pulak helemek. Hidung aku tak mancung macam kau. Takat sembam kat meja ni takde effect pun lah. Saje je kan nak cium muka aku? Ha cium cepat aku bagi chance." Youra menghulurkan pipinya kepada Taehyun.

Taehyun ketawa kecil. Kantoi lah pulak.

Tanpa berfikir dua kali Taehyun terus mendekatkan wajahnya ke pipi Youra itu namun dia memilih untuk mencium bibir gadis itu sekilas. Berdegup kencang jantung Youra apabila Taehyun melakukan begitu.

Wajahnya memerah dan badan Taehyun dipukul. Malu lah!

"Lah, kita berdua je kat sini. Itu pun malu ke?" Usik Taehyun. Youra hanya membalas dengan menunjukkan isyarat 'senyap' kepada Taehyun. Setiap benda yang keluar dari mulut Taehyun sekarang semua boleh buat dia jadi gila. Sejak bila Taehyun macam ni pun dia tak tau.

"Youra, kau balik tak harini?" Taehyun mengutarakan soalan yang menjadi tujuan utama dia datang ke situ.

"Balik!"

Terus bersinar mata Taehyun mendengar jawapan Youra.

"Kalau macam tu.. kita date malam ni nak? I'll pick you up."

Youra berfikir sejenak. Ikutkan plan asal, dia nak tidur tapi date pun macam okay.

"Boleh! Date kat mana?"

"Rahsia! Tapi kau pakai je macam nak pergi five star restaurant."

Youra mengangguk faham. Taehyun nak belanja makan mahal ke harini? Makin gembira dia menantikan hari itu bertukar malam. Ke Taehyun nak lamar dia kat restoran lima bintang? Taehyun ni tau tau je macam mana nak pikat dia.

᪥᪥᪥

Malam sudah pun tiba dan Youra berjalan ke arah kereta Taehyun yang baru sahaja berhenti di hadapan rumahnya.

"Betul ke kau ni doktor? Nampak macam model je kesayangan aku ni." Puji Taehyun sebaik sahaja Youra melangkah masuk ke dalam kereta.

"Ish kau ni jangan nak melebih lebih la."

"Puji sikit pun salah." Rungut Taehyun sebelum terus memandu ke lokasi date mereka.

"Dah sampai." Ujar Taehyun sebaik sahaja memberhentikan keretanya. Youra pula memandang tidak puas hati.

"TAPI NI RUMAH KAU! Kita date kat sini ke?" Soal Youra tidak percaya.

"Yelaa. Here princess." Taehyun membuka pintu Youra dan menghulurkan tangannya untuk membantu Youra keluar. Taehyun pula kelihatan kacak bersama tuxedo nya. Youra baru nak merajuk tapi disebabkan Taehyun pun pakai fancy fancy, mesti ada sesuatu yang Taehyun rancang.

Taehyun menutup pintu keretanya dan merapatkan jarak dia dan Youra. Cantik betul Youra di matanya sekarang ni.

"Nak kiss." Perlahan lahan Taehyun memendekkan jarak mereka.

Terkedu Youra mendengar permintaan Taehyun. Dia dah mabuk ke apa tu?

"Hoi memang tak lah. Not here not now. Maybe later." Youra bermain dengan tali leher Taehyun sedikit sebelum mengenyit matanya dan pergi masuk ke dalam.

Taehyun tertawa kecil. Dah pandai jual mahal dah Youra ni ye.

"Wahh.. tyun awak buat semua ni ke?" Soal Youra. Bila masa Taehyun ada masa untuk hias rumah dia macam ni.

"Ada orang tolong sikit hehe. Meh sini duduk. Aku tau yang masak ni semua."

Terharu Youra dengan perbuatan Taehyun. Teliti betul date yang dia buat walaupun kat rumah dia je.

Taehyun menghidangkan makanan yang dimasaknya. Kalau tengok gaya memang nampak seperti mereka ada di hotel lima bintang. Tiba-tiba hati Youra terdetik, selalunya kalau macam ni cincin ada dalam makanan.

Youra tersenyum sendiri. Bangga kerana dia sudah mampu menganggar rancangan Taehyun. Ke ni memang date biasa je?

Youra makan sambil fokus mencari cinicin dalam makanan dia. Mana tau ada kan? Taehyun pula hanya melihat gelagat buah hatinya itu sambil tersenyum suka. Predictable sangat la Youra ni.

"Buat apa tu sayang?" Soal Taehyun lembut.

Youra  terus membetulkan pakaian dan rambutnya. Harap tak obvious sangat la dia mencari cincin tadi.

"Takde pape. Cuma sedap sangat la kau masak." Youra memberi alasan. Harapnya logik lah. Youra akhirnya berputus asa untuk mencari cincin. Rupanya ni memang date biasa. Maybe next date baru Taehyun nak lamar dia kan? Kita kena sabar.

"Meoww"

"Meoww"

Tiba-tiba Hobak masuk ke ruangan makan itu dan menggeselkan wajahnya pada kaki Youra lalu menggaru kolarnya.

Setahu Youra sebelum ni Taehyun tak pernah pakaikan kolar kat Hobak. Maybe sebab dia asyik merayau la tu.

"Meowww."

"Kenapa ni sayang?" Soal Youra lalu mengangkat Hobak dan meletakkannya di atas riba. Bulu kucing itu diusap lembut. Hobak menikmati setiap usapan itu namun, dia masih menggaru lehernya. Tak selesa kot dengan kolar tu.

Youra pun buat keputusan untuk bukakan kolar Hobak. Ala sekejap je takpe.

"HOI!" Terkejut Youra apabila sebentuk cincin jatuh ke tangannya sebaik sahaja membuka kolar Hobak. Bergolek cincin itu kerana Youra tercampak masa gelabah tadi.

Tanpa membuang masa, Taehyun pantas mencapai cincin itu dan melutut di hadapan Youra.

"Youra, sudi tak awak jadi mama official hobak? Sudi tak awak kahwin dengan Kang Taehyun yang tak boleh hidup tanpa awak ni?"

Youra menekup mulutnya. Terkejut walaupun dia yang beria cari cincin tadi dia tetap terkejut.

"Mestilah saya sudi!!“ Sedikit air mata Taehyun mengalir mendengar jawapan Youra. Cincin itu disarungkan ke jari manis Youra.

Sebaik sahaja Taehyun berdiri, Youra mendakapnya erat. Tak sangka saat yang dinantikannya ini sudah tiba.

Taehyun menolak wajah Youra supaya mendongak memandangnya. Mata Youra yang bersinar sinar itu menjadi tatapannya sebelum meragut bibir gadis itu. Youra turut mengikut rentak Taehyun itu.

Setelah ciuman mereka dileraikan, Youra mendakap erat badan Taehyun sekali lagi sebelum menghadiahkan ciuman ke seluruh wajah lelaki itu.

Dia bakal menjadi milik Taehyun sepenuhnya. Mestilah germbira! Korang ada?

--

nah special chapter sempena aku dah habis final yey!

korang ingat dah habis ke? hehe ada lagi special chapter jangan buang dari library dulu ♡

[✓] heartbeat · kang taehyunWhere stories live. Discover now