14

101 12 5
                                    

Taehyun melangkah masuk ke dalam pejabat pengarah hospital tersebut. Mindanya menimbulkan pelbagai persoalan ketika ini. Kenapa dia kena panggil ek?

"Doktor Kang, jemput duduk. Saya nak bincangkan perkara mengenai pesakit kamu, Im Chunsoo."

Jantung Taehyun seakan-akan berhenti berdetak saat nama gadis itu terpacul sebagai topik utama mereka. Kerisauan yang muka menyerbu ditepis sejauh mungkin. Tolonglah jangan cakap pasal pembedahan-

"Seperti yang kamu telah diagnosis, Im Chunsoo menghidap kanser otak dan keluarga dia baru sahaja tahu berita ni. Ayah dia kenalan rapat saya jadi saya nak berikan komitmen terbaik untuk anaknya. Keluarga dia nak dia dibedah secepat mungkin. Mereka risau kalau keadaan dia semakin parah."

Taehyun menahan air matanya daripada tumpah. Jika pembedahan mahu dilakukan, maknanya-

"Jadi saya lantik kamu, Dr. Kang bagi mengetuai sesi pembedahan ni memandangkan kamu salah satu neurosurgeon terbaik kat sini. Dr. Park Youra pulak tak sihat jadi kamu sahaja pilihan yang ada."

"Tuan, tak boleh ke kalau Dr. Park yang lead operation ni?" Soal Taehyun ragu-ragu. Dah tahu Youra sakit, nak lead operation apa kebenda? Mesti hal peribadi ni. Dah tau sangat kalau nak mengelak dari tanggungjawab ni.

"Dr. Kang, kamu pun tahu kan kondisi Dr. Park sekarang ni. Jadi saya harap kamu dapat ketepikan masalah peribadi  dan fokus dengan kerja. Dah, kamu boleh keluar."

"Baik." Jawab Taehyun lalu terus keluar daripada pejabat tersebut.

Langkah Taehyun tidak diatur ke bilik kerjanya mahupun wad si kekasih hati. Langkahnya menuju ke wad Youra.

Baru sahaja dia hendak membuka pintu wad itu, pintu itu terbuka dari dalam dan terpacul wajah Yeonjun yang jelas sekali kelihatan gembira.

"Dah nak pergi ke Jjun?" Soal Taehyun kepada lelaki itu.

"Haah. Kejap je. Lepas meeting aku datang sini balik. Jaga sayang aku ni baik-baik tau." Pesan Yeonjun kepada Taehyun.

Baru sahaja Yeonjun ingin beredar, lengannya dicapai oleh Taehyun sekaligus membuatkan dia menoleh.

"Sayang kau- yang mana satu, Choi Yeonjun?" Soal Taehyun sinis.

Senyuman paksa ditayangkan oleh Yeonjun sambil menolak tangan Taehyun menjauhinya.

"Park Youra." Balasnya dan terus beredar dari situ.

Taehyun melepaskan keluhan kecil sebelum masuk ke dalam wad Youra. Kelihatan Youra sedang tersenyum-senyum di atas katilnya itu.

"Amboi gembiranya. Dah okay dengan Yeonjun la tu."

Youra tersenyum sambil mengangguk. Gembira lah sebab Yeonjun dah layan dia macam dulu balik.

Taehyun hanya mampu tersenyum melihat gadis yang disayanginya ini gembira. Dia harap sangat Youra akan bahagia selamanya.

"Youra, aku nak bagitau something ni." Ujar Taehyun dengan suara yang mengendur saat teringat tujuan utama dia datang ke wad Youra.

"Apa dia?"

"Aku dilantik untuk bedah Chunsoo. Youra, a-aku tak kuat. Aku takut nanti aku punca dia tinggalkan aku. Tinggalkan kita. Kau tau kan risiko pembedahan otak ni macam mana? Kalau aku buat silap- aku tak sanggup.. nak bayangkan.. hikss.."

Air mata Taehyun tumpah apabila memikirkan hidup gadis yang dicintainya bergantung padanya juga.

Air mata yang mengalir pada wajah lelaki itu diseka oleh Youra.

"Sebab tulah kau dilantik Taehyun. Sebab kau mampu selamatkan dia. Kau antara neurosurgeon yang terbaik kat sini. Kau tau apa yang kau patut buat. Kalau kau fikir negatif, macam mana nak fokus nanti. Selagi kau yakin kau boleh buat, aku yakin Chunsoo akan okay. Kau tak nak ke Chunsoo sihat balik?"

"Nak laa."

"Kalau macam tu, do your best. Kalau takde rezeki, that is God's  plan. Kita tak boleh nak ubah takdir. Okay?"

"Thanks Youra. Kau selalu tahu macam mana nak pujuk aku." Kata Taehyun sambil mengelap semua air matanya.

Youra hanya tersenyum mendengar kata-kata Taehyun. Mestilah tahu. Dah berapa tahun diorang ni berkawan kot.

"Youra, boleh tak masa aku bedah Chunsoo nanti kau ada sekali. Aku kena ada partner aku untuk bagi kekuatan." Gurau Taehyun.

"Eh eh tak payahlah nak mengada sangat. Aku tahu kau boleh. Aku percayakan kau."

--

Terimalah bab yang tah pape ni. Thanks for reading ❣️

[✓] heartbeat · kang taehyunWhere stories live. Discover now