Taehyun melangkah masuk ke dalam wad di mana Youra ditempatkan. Sudah hampir tiga hari dia tak jumpa Youra. Maklumlah dia ni sibuk. Bila dia free, ada pulak seketul Yeonjun. Taehyun malaslah nak kacau pasangan kekasih itu. Jadi dia hanya biarkan dua orang itu bersama. Manalah tahu diorang nak berbaik.
"Itu diaa. Datang pun kau. Ingatkan tak nak lawat aku." suara Youra kedengaran dalam wad itu sebaik sahaja tersedar kelibat Taehyun.
"Tak nak lawat apanya? Aku busy nak mampus. Kau punya pasal lah ni. Boleh pulak sakit. Aku kena take over operation kau. Campur pulak dengan operation aku. Bila aku nak lawat kau, Yeonjun mesti ada so aku tak nak la kacau korang jadi aku pun lawat Soo. Hm." Terang Taehyun. Youra hanya menganggukkan kepalanya. Chunsoo kan buah hati Taehyun. Mestilah Taehyun lawat.
"Kau dengan Chunsoo macam mana?"
Soalan Youra membuatkan Taehyun menghela nafas berat. Tak tau lah macam mana nak jelaskan.
"Macam tu jelah. Aku datang and check condition dia. Kalau aku datang sebagai pelawat, dua-dua senyap je. Takde apa yang nak dibualkan. A-aku.. aku tak tahu sama ada aku patut tamatkan hubungan kitorang ke tak. Aku sayang dia Youra. Sangat sangat. Hiks.." Taehyun menundukkan kepalanya dan air matanya keluar saat dia teringatkan Chunsoo. Pedihnya hati.
Youra mengusap belakang badan Taehyun untuk menenangkannya. Tidak lama selepas itu Taehyun mengelap air matanya dan mula bersuara.
"Kau dengan Yeonjun pulak? Macam mana?"
Namun soalan itu dibiarkan sepi tanpa jawapan. Youra sendiri tidak tahu jawapannya. Youra berfikir, bagaimana hubungan dia dan Yeonjun sebenarnya.
"Entahkah Tyun. Aku- aku pun konfius."
Taehyun mengangguk faham kerana dia turut keliru dengan Choi Yeonjun. Apa yang ada dalam kepala dia tu pun tak tahu.
"Aku pun sama Youra. Kita berdua tahu yang Yeonjun dengan Chunsoo tu curang dengan kita dan bercinta sesama diorang kan? Tapi sepanjang kau dengan Chunsoo dalam hospital ni, sekali je Yeonjun lawat Chunsoo. Tu pun masa aku ada. Dia bawak buah lepastu dia pesan kat aku 'take care of Chunsoo while you still can'. Selain masa tu, sepanjang kat hospital ni dia dekat sini, dengan kau. Sumoah aku tak faham do."
"Sebab tulah aku pening Tyun. Dia c-cakap dia c-cintakan aku. Hikss.. a-aku tak tahu Taehyun. Aku sumpah tak tau apa yang aku nak sekarang ni. Apa yang jadi sekarang ni aku tak tau.. hikss.. cara dia layan aku sepanjang aku masuk wad ni kan, buat aku rasa macam waktu aku bercinta dengan dia dulu. Sejujurnya ak-aku rindu.." Luah Youra setelah memendam fikirannya selama ini.
Air mata yang mengalir di pipinya diseka. Entah kenapa dia tiba-tiba menangis sebab hal macam ni.
"Baru je aku cakap hati aku dah mati untuk dia tapi sekarang, dia berdegup kencang, sama macam dulu." Tambah Youra lagi.
Taehyun menghela nafas berat. Tak faham tau tak? TAK FAHAM! Yeonjun ni lagi complicated dari perempuan yang nak pilih style tudung raya.
"Aku keliru dengan dia. Dia nak kau atau perempuan tu?" Soal Taehyun, semestinya merujuk kepada Chunsoo.
"That is the question that only he can answer." Balas Youra pasrah. Betullah. Hanya Yeonjun tahu apa yang diri dia fikir. Youra ke Chunsoo? Dah penat nak fikir. Kalau dua-dua pun dia nak-
Dasar haloba punya jantan.
"Sudahlah fikir pasal diorang tu. Ha kau ni Youra. Jaga kesihatan boleh tak? Aku tengok report kau makin teruk je. Jangan buat perangai please. Kau pun doktor kan? You know what you should do. Jangan layankan sangat perasaan kau tu. Kau kena cepat sembuh. Dah berapa banyak kerja kau aku kena take over." Nasihat Taehyun sambil terselit gurauan. Dia tak kisah pun kena take over kerja kerja Youra ni tapi dia risau bila tengok rekod kesihatan Youra yang semakin teruk.
"Hm. Tengoklah." Balas Youra malas.
Habistu, doktor cakap benda sama, nurse cakap benda sama, Yeonjun cakap benda sama sekarang ni Taehyun pun cakap benda sama. Ei penatlah nak dengar. Badan dia, biarlah dia nak sakit.
"Tengoklah? Tengoklah jawapan kau? Tolonglah Youra, kalau kau tak sayangkan diri kau tu, kau ingatlah bahawa aku ni sayangkan kau. Aku tak suka tengok kau sakit. Kalau aku boleh gantikan tempat kau, aku sanggup tau gantikan. Janji kau tak sakit."
"Ceh, ayat bunga-bunga. Macam kau ni bercinta dengan aku pulak. Dahlah aku nak tidur. Jaljayo." Balas Youra lalu menyelubungkan dirinya ke dalam selimut.
"Oi Youra. Makan dulu!"
--
Suka Taehyun dengan Youra ke Yeonjun dengan Youra? Mana lagi sesuai?
Thanks for reading ❣️
YOU ARE READING
[✓] heartbeat · kang taehyun
Fanfic"My heart just doesn't beat the same way for you like it used to." start : 070621 end : 080423