Chunsoo memandang Yeonjun penuh serius. Dah lama dah dia nak selesaikan semua ni tapi makin lama makin ditunda.
"Yeonjun please. Kita kena settlekan semua ni sekarang."
"Chunsoo, awak tu belum sembuh lagi luka pembedahan tu. Tenang, sabar dulu. Nanti kita bagitau diorang okay? Jangan stress stress boleh? Risau tau tak?"
"Habistu bila nak bagitau diorang? Please, i just don't want to bear this pain any longer. Sakit kat hati ni lagi teruk tau tak? It's been months. My life semua serabut because I can't get this out of my head. So please, kita settlekan esok please."
Yeonjun menahan air matanya dari tumpah.
"Okay.. tapi ingat perjanjian kita. Once kita dah bagitau diorang, that will be the last time and we have to forget our feelings towards them. Are you ready for that?" Soal Yeonjun untuk kepastian.
Dia sebenarnya belum bersedia untuk buang Youra dari hidup dia, sebab itulah dia selalu melengah-lengahkan masa daripada menceritakan perkara sebenar.
"I knew it, you still love her." Perilaku Yeonjun yang sering melengahkan masa ini jelas membuktikannya biarpun Yeonjun selalu menafikan yang dia mempunyai perasaan terhadap Youra.
"Awak pun tak kuat macam saya jugak Yeonjun tapi lebih baik kita settlekan awal sebelum keadaan jadi lebih teruk. Kita tak tau masa depan, Yeonjun. Anything could happen."
Yeonjun hanya mengangguk. Air matanya berserta keluhan dilepaskan. Dia tidak boleh membayangkan bagaimana dia akan memberitahu Youra secara berhadapan berkaitan perkara ini.
᪥᪥᪥
Youra hanya merenung mesej baharu yang dikirim Yeonjun. Dah kenapa dia ni nak ajak kita makan pulak? Chunsoo kan ada. Lepastu main ugut ugut pulak kalau tak datang dia nak serbu serbu rumah Youra. Malas nak layan tapi boleh tahan gila Yeonjun tu. Baik dia ikutkan sahaja apa yang Yeonjun minta lagipun setakat makan, apa lah sangat.
Youra terus bersiap dan pergi ke lokasi yang dihantar oleh Yeonjun.
Sebaik sahaja dia tiba di restoran tersebut, kenangan dia dan Yeonjun mula bermain dalam mindanya. Restoran ni banyak memegang memori mereka berdua namun Youra hanya mengendahkan semua memori yang menerjah lalu menuju ke meja di mana Yeonjun sudah pun duduk.
Youra duduk di hadapan Yeonjun sambil matanya memerhatikan suasana restoran tersebut.
"Kenapa restoran ni kosong? Bukan makanan kat sini sedap ke?" Gumamnya sendirian. Yeonjun tersenyum manis di hadapan Youra.
"I booked this restaurant for today. Kita berdua je ada dekat sini. I wanted to spend my time only with you today." Ujar Yeonjun lembut manakala Youra sudah buat muka menyampah. Tak faham betul dengan setiap perbuatan Yeonjun sejak dua menjak ni.
Yeonjun terus membuka penutup yang menyembunyikan hidangan mereka dan Youra hairan kerana hanya satu sahaja hidangan yang terletak di atas meja tersebut. Jangan cakap Yeonjun nak suap dia sudah.
"Yeonjun suap Youra okay?"
EH MAMAT NI!
"Tak payahlah ingat aku budak kecik ke?" Marah Youra.
"I know that you're not a kid anymore tapi Yeonjun nak suap so you have no choice. Say ahh. Nganga cepat my love."
Wajah Youra hanya kekal dengan kerutan. My love konon love taik kuceng puih. Nak suap sendiri masalahnya memang ada satu je sudu garfu chopstick segala semua pada Yeonjun.
YOU ARE READING
[✓] heartbeat · kang taehyun
Fanfiction"My heart just doesn't beat the same way for you like it used to." start : 070621 end : 080423