BAB 8SELESAI memberi keterangan pihak polis. Aku dan Ben keluar dari balai.
Aku mula menguap tanda mengantuk. Ditambah cuaca agak sejuk tanda hujan mungkin akan turun bila-bila masa saja lagi.
"Awak mengantuk dah ye. Jomlah, saya hantar awak balik." Ben buka jaketnya dan sarungkan ke badan aku.
Oh my god, gentlemannya mamat ni. Berbunga-bunga jadinya hati aku.
Aku ikut Ben ke motosikal kuasa besarnya. Seronok tahu tak naik benda alah tu. Rasa bebas. Aku nak naik lagi! Tapi bunyi telefon pintar dari dalam poket jeans aku menghentikan langkah aku.
"Lala! Kau buat hal apa? Niqris call aku tahu tak! Dia kata Inspektor Karan bagitau dia kau kena ragut. Kau okey ke tak? Niqris on the way nak ambil kau tu." Suara Noni menerjah seperti mesin gun.
Tapi sekejap. Pak cik Niqris tu nak ambil aku?
"Macam mana dia tahu?" Aku soal Noni.
"Kau ni. Inspektor Karan tu kawan laki kau! Walaupun kau jadi Lala. Dia still kena si Najla! Kau lupa ke kau tu Najla!"
"Aduh!" Aku tepuk dahi. Patutlah Inspektor berbangsa India tadi itu asyik merenung aku. Rupanya dia kenal aku.
"Lala! Cepatlah." Ben panggil aku.
"Err... " Aku dah gelabah tak tahu nak buat apa.
Tiba-tiba sebuah kereta berhenti tak jauh dari kami.
Seperti yang aku jangka, tentulah suami si Najla yang muncul mencari Najla.
Aku telan liur. Niqris melangkah kemas mendekati aku. Bersilih ganti aku pandang Niqris dan juga Ben.
Apabila Niqris melintasi Ben, terus aku dapatkan dia dan tarik tangan ke kereta.
"Lala!" Aku dengar Ben panggil aku. Tapi aku buat bodoh dan terus masuk ke dalam perut kereta. Sekarang kami di perkarangan balai polis. Aku tak mahu ada masalah.
Lagipun siapalah yang akan percaya aku ni Lala. Gadis 17 tahun yang masuk ke dalam badan Najla, diri aku yang telah dewasa.
Aku matikan telefon pintar Najla. Aku yakin Ben akan hubungi aku sekejap lagi. I'm sorry Ben. Kalau kita ada jodoh, kita akan jumpa lagi.Dalam perjalanan balik aku cuma mendiamkan diri. Menyampah betul aku dengan pak cik sebelah aku ni.
"Kenapa awak tak hubungi saya Najla?"
Baru aku dengar suara dia.
"Untuk apa?" Sedikit merengus aku balas. Aku tak puas hati dia muncul masa aku nak berkenalan lebih dekat dengan Ben. Kalau tak dia muncul, mesti aku dapat ronda naik motosikal besar milik Ben.
"I'm still your husband Najla..." Niqris mengeluh nipis, mengingatkan aku tentang statusnya dalam hidup Najla.
"Whatever!" Aku pusing badan mengarah ke tingkap. Hujan mula turun di temani senja petang.
Macam manalah Najla boleh hidup dengan lelaki kejung ni? Tak fun langsung!
Sampai di lorong masuk ke kediaman Najla, anak mataku menangkap taman permainan kanak-kanak.
"Berhenti!" Aku suruh Niqris hentikan kenderaan.
Lelaki itu turuti kata aku.
Terus aku melangkah keluar dari kereta dan mendepang tangan menadah hujan di tengah taman. Di situ cuma ada kami berdua.
Aku berpusing menikmati setiap titis hujan yang mengena wajahku.
"Najla!" Aku dengar Niqris memanggil aku. Dia menapak mendekati aku dengan payung yang memayungi tubuhnya.
Datang akal nakal aku.
"Awak tahu tak pak cik Niqris? Awak ni tak fun langsung!" Aku rampas payung dari tangan dia dan lempar jauh sebelum aku berlari anak bermain dengan setiap permainan yang ada.
Niqris cuma berdiri tegak sambil memerhati gerak geri aku. Macam aku ni anak dia pula. Tapi peduli apa aku!
Yang penting aku happy!
Eh... pak cik ni. Tak boleh jadi. Tak seronok main sorang-sorang. Aku berlari anak ke arah Niqris.
"Jom, tolak saya naik buai." Aku tarik tangan Niqris dan ajak dia ke buaian.
Aku suruh dia tolak aku.
"Hujan makin lebat ni Najla. Nanti awak demam." Niqris ingatkan aku. Tapi dia layankan juga aku.
Disebabkan buaian itu licin. Aku terjatuh ke bawah.
"Aduh!" Aku mengaduh sakit.
Niqris tergeleng sebelum bantu aku bangkit berdiri.
"Awak okey tak?" Niqris sentuh pinggang aku.
"Taklah!" Aku menggeleng. Tangan aku letak di dada Niqris. Anak mata kami saling bertautan. Dalam rintik hujan itu aku terpaksa akui, yang suami Najla ini kacak orangnya walaupun sedikit menjengkelkan.
Niqris raup rambut aku kebelakang sebelum dia dekatkan dahinya ke dahiku...
Aku tak tahu kenapa, tapi ada rasa aneh yang sedang cuba menapak di dada aku.
"Kita balik." Aku dengar Niqris berbisik.
Bagai di hipnosis, aku cuma mengangguk.Sampai di rumah, aku bersihkan diri. Mundar-mandir di dalam bilik mandi aku, aku gigit kuku memikirkan cara untuk mengelak suami si Najla itu. Macam mana kalau dia buat hal nak sentuh aku? Hello! Aku ni Lala. Aku mana pernah buat benda tu semua!
Tak kut, kan Noni kata perkahwinan Najla sedang di landa masalah. Kononnya Niqris nak berpisah. Mustahillah kan dia nak sentuh Najla.
Tapi... aku gigit bibir bawah pula. Kenapa dia layan aku dengan baik tadi?
Ah, lantaklah. Nanti aku pura-pura tidur.
Aku keluar dari bilik. Fuh! Lega. Dia tak ada. Aku duduk di birai katil sambil mengelap rambut dengan tuala kecil sebelum tiba-tiba ada tangan membantu aku.
"Eh, buat apa ni?" Terkejut aku tau.
Niqris buat bodoh dan sambung lap rambut aku.
Aku jadi kejung. Tak tahu nak beri reaksi apa.
Rambut aku yang sudah kering Niqris tolak ke depan sebelum aku terasa ada hembusan nafas mengena belakang leher aku.
Oh my god! Dia nak buat apa ni?
"Err... saya... saya mengantuk." Aku cuba mengelak. Namun, aku tak tahu kenapa badan aku tak menolak sentuhan Niqris. Malah, aku sendiri serah tubuh aku pada dia.
Aku hanyut antara sedar dan tidak. Yang aku tahu aku mengantuk sangat saat ini... Hanya berbalam-balam aku nampak wajah Niqris yang sedang memenuhi nafsu lelakinya.
YOU ARE READING
Aku & Sweet 17 Lala ( HOLD)
RomanceNajla, seorang isteri yang mendedikasikan hidupnya pada si suami. Hinggalah suatu hari, dia dapati dirinya kembali pada usianya yang berumur 17 tahun. Iaitu Lala. Bagaimana Najla menangani Lala yang sesekali muncul dalam hidupnya? Genre : Fantasi...