AKU DAN SWEET 17 LALA
Bab 6
SELESAI membersihkan diri, aku nampak bag-bag kertas dari pelbagai jenama berada di sudut bilik. Bila pula aku beli baju baru?
Aku mendekat dan membelek isi dalam beg kertas itu semua. Sehelai demi sehelai baju aku keluarkan dengan rasa pelik. Niqris ke beli baju ni? Aku mula rasa curiga. Niqris tahu aku dah lama tak berpakaian begitu. Mustahil dia beli untuk aku. Tapi untuk siapa?
Hati aku berdetak kencang. Rasa tak sedap hati dengan semua itu.
Bunyi loceng rumah yang bertalu menyentak aku. Lantas aku bangkit membuka pintu.
Terjengul wajah Noni yang cemas.
"Lala! Kau okey tak? Niqris tahu tak kau ni Lala?" Noni terus masuk dalam rumah dan menyoal bertubi-tubi.
"Apa kau cakap ni Noni? Lama dah kau tak panggil nama tu. Demam ke?" Hairan aku dengan Noni. Tiba-tiba saja panggil aku dengan nama panggilan ketika aku masih remaja dulu itu.
Menginjak usia, aku tak gemar lagi dipanggil dengan nama itu.
Noni berhenti melangkah dan berpusing menghadap aku.
"Kau... Najla?"
"Yelah. Aku Najla. Takkan orang lain pula." Aku ketawa kecil sebelum bergerak ke dapur. Mahu buatkan air untuk si Noni ini.
"Betul ni? Kau tak ingat apa yang berlaku semalam?" Noni ekori langkah aku dari belakang.
Aku lepas keluhan.
"Aku tak tahu Noni. Niqris nampaknya benar-benar nak akhiri rumahtangga kami. Yang aku hairannya dia kata aku yang minta kami buat hal sendiri. Mana ada babe... Aku cintakan dia. Aku nak dia pandang aku macam kami mula-mula bercinta. Kenapa Niqris buat aku macam ni..." Bergetar tangan aku menggenggam birai kabinet dapur.
"Babe... Kau tak boleh macam ni. Aku rindu kau yang dulu. Yang selalu bergaduh dengan aku. Yang ceria walau apapun dugaan yang kau hadap... Kau tahu kan aku selalu dengan kau." Aku terasa Noni peluk aku dari belakang.
Air mata aku jatuh. Cuma Noni yang selalu menyokong aku. Baik buruk aku Noni tetap bersahabat dengan aku.
"Tapi La, betul kau tak ingat apa?" Kali ini Noni pusingkan badan aku menghadap dia.
"Ingat apa ni?" Aku kesat air mata dan pandang riak Noni yang lain macam itu. Dari tadi dia sibuk tanya aku begitu.
Noni gigit bibir bawah sebelum lepaskan bahu aku.
"Tak... Tak ada apa. Aku kut gila. Tak... Tak. Aku mimpi agaknya. Hahaha..." Noni ketawa canggung sebelum dia lepas nafas serupa nafas lega.
"Ada-ada ajelah kau ni." Aku sambung bancuhkan air untuk Noni.
"Kau kenapa datang rumah aku pagi-pagi ni?" Baru aku sedar awal pagi lagi Noni datang ke rumah aku. Padahal dia sejenis bangun lambat.
"Ah? Aku?"
"Yelah kau. Kau ni kenapa wey? Lain macam aku tengok. Ada masalah ke? Jangan cakap kau pun gaduh dengan laki kau." Aku hidang air pada Noni sambil mengecil mata padanya.
"Ish! Kau ni. Tak delah. Aku okey je dengan Jijo."
Noni cepat menyangkal. Bukannya apa, aku risau kalau-kalau aku terlalu fokus pada masalah aku hingga aku lupa yang Non juga mungkin punya masalahnya sendiri.
"La, betul ni kau tak ingat apa-apa?" Ya tuhan! Masih lagi dia dengan soalan itu.
"Yang pelik-pelik ke?" Noni angkat kedua belah keningnya seolah menyuruh aku mengingat kembali apa yang berlaku semalam.
"Yang aku ingat aku kejar Niqris dan...." Aku cuba ingat tapi segalanya seakan kosong selepas itu.
Aku pandang Noni dengan dahi berkerut.
"Aku tak tahu. Sedar-sedar aku dah bangun tidur. Oh ya, aku jumpa baju baru dalam bilik tapi baju tu bukan baju aku." Baru aku teringat akan baju-baju baru yang aku jumpa itu.
Aku bangkit dan masuk ke dalam bilik sebelum keluar semula.
Aku hampar beberapa helai baju di atas meja kopi.
"Aku dah lama tak pakai baju macam ni. Jeans, t-shirt sendat camni. Aku risaulah Noni...."
Aku adu pada Noni.
"Kau risau apa?"
"Aku risau Niqris ada perempuan lain. Entah-entah dia belikan semua ni untuk perempuan tu."
"Ish! Mustahillah!" Noni menggeleng.
"Apa yang mustahil Noni? Kau sendiri tengok layanan Niqris pada aku. Dia dah tak cintakan aku, Noni. Maknanya dia ada perempuan lain." Aku sudah mula tercebik-cebik.
"Mustahil sebab kau yang beli semua ni! Aku yang temankan kau."
"Hah? Bila masa?" Terkejut aku bila Noni berkata begitu. Bila masanya aku beli baju begini?
"Najla! Kalau aku beritahu kau ni. Kau percayakan aku tak?" Noni raih tangan aku dan genggam.
Berkerut dahi aku. "Apa?"
"Semalam...." Selepas itu Noni ceritakan semua yang berlaku kononnya.
AKU bangkit berdiri. "Merepeklah kau ni! Aku tak ingat apa-apa pun! Kau ni gilalah! Tulah, banyak sangat tengok drama korea!"
Sungguh! Noni ni dah gila! Ada ke patut dia kata aku bertukar roh dengan Lala, diri aku waktu berumur 17 tahun. Merepek sungguh! Ingat hidup aku ni komik? Drama korea? Boleh tukar-tukar roh?
"Betullah Najla! Aku tak tipu. Kau panggil aku toge kau tahu tak! Last aku jumpa kau. Kau pengsan depan lif. Niqris yang dukung kau masuk rumah. Kau tak percaya kau tanya Niqris!" Noni ikut bangkit berdiri. Bersungguh menyakinkan aku.
"Niqris dukung aku?" Aku pandang Noni dengan pandangan keliru. Noni angguk laju.
"Dan aku yakin Niqris masih cintakan kau. Aku nampak betapa risaunya dia bila kau pengsan. Kau jangan putus asa okey? Bincang lagi dengan Niqris. Aku rasa Niqris mungkin ada sebab kenapa dia berubah." Noni pegang tangan aku. Sekali lagi dia menyakinkan yang hubungan aku dan Niqris masih boleh di selamatkan.
"Entahlah! Aku tak tahu nak buat apa." Aku tarik tangan aku dan berlalu ke bilik.
"Najla... " Rengek Noni apabila aku sudah putus asa.
"Tunggu aku! Aku nak bersiap kejap. Nanti kita keluar shopping!" Aku laung pada Noni dari dalam bilik.
Menuju ke meja solek. Aku seluk tas tangan aku mencari lipstick sebelum jemarinya menyentuh sesuatu yang keras.
Aku keluarkan benda alah itu.
Eh? Gula-gula? Mengimbas ingatan. Oh, gula-gula yang aku beli dari budak kecik tepi jalan tu.
Aku keluarkan sebiji dan buka balutan lalu dimasukkan ke dalam mulut.
Manis... Namun tak semena-mena pandangan aku berbalam-balam dan gelap.
YOU ARE READING
Aku & Sweet 17 Lala ( HOLD)
RomanceNajla, seorang isteri yang mendedikasikan hidupnya pada si suami. Hinggalah suatu hari, dia dapati dirinya kembali pada usianya yang berumur 17 tahun. Iaitu Lala. Bagaimana Najla menangani Lala yang sesekali muncul dalam hidupnya? Genre : Fantasi...