Oh no! Terpisat-pisat aku bangun dari tidur dengan mata terbuka luas.
Aku pusing ke kanan. Niqris sedang tidur. Jam sudah menginjak pukul enam pagi.
Perlahan aku buka gebar yang menutupi badan aku.
Aku gapai telefon bimbit aku sebelum terjengket-jengket menuju ke bilik air.
Pili air aku buka. Senang nanti nak bagi alasan pada Niqris.
Nombor Noni dulu aku cari."Hello.. Noni! Bagitahu aku cepat. Lala muncul kan semalam?" Terus aku tanya Noni bila dia sambut panggilan. Aku dah mula percaya akan kewujudan Lala. Sebabnya aku rasa ingatan aku hilang dalam waktu-waktu tertentu dan waktu...
"Hello.. aduh.. awal gila kau call aku wey.. mujur laki aku tak ada." Lemah suara Noni menjawab.
"Tolonglah Noni. Betul kan? Lala buat hal lagi tak wey? Aku risau ni. Aku rasa aku dah tahu sebabnya." Aku gigit bibir bawah. Ya. Aku rasa aku dah tahu sebabnya. Sebab..
"Gula-gula!" Serentak aku dan Noni menjerit kecil.
"Oh my god! Najla. Aku sempat rakam wey waktu kau bertukar jadi Lala. Mana gula-gula tu? Ada lagi tak?" Tiba-tiba suara Noni kedengaran cemas.
Kelam-kabut aku keluar dari bilik air dan cari gula-gula yang makan sebelum bertukar menjadi Lala.
Aku keluarkan balang gula-gula itu dari peti ais."Ada sepuluh biji lagi." Aku beritahu Noni lepas kira berapa lagi yang tinggal. Pelik! Ini kejadian yang sangat aneh. Bagaimana gula-gula ini boleh buat aku bertukar jadi Lala?
"Good. Kau tengok nama pengilang tu. Kita cari nanti info pasal gula-gula tu. Pelik aku ni."
Aku angguk sendiri walaupun Noni tak nampak. Aku belek sekeliling balang berpenutup merah itu. Cari info tentang syarikat pengilang atau pengedar coklat itu. Tapi tak ada apapun. Kosong aje."Tak adalah Noni.." keluh aku.
"Tak ada apa?" Tiba-tiba muncul suara garau ditepi telinga aku.
"Aku letak dulu. Bye." Sempat aku bisik pada Noni sebelum letak panggilan.
Badan aku pusing menghadap Niqris yang tak semena-mena muncul belakang aku itu.
"Tak, tak ada apa.." jawap aku gugup. Balang gula-gula itu aku sorokkan ke belakang badan.
Niqris lirik ke arah belakang aku."Gula-gula lagi? Pagi-pagi ni?" Tanya dia dengan kening terangkat. Niqris memang tak suka makan manis. Tapi dia tahu aku suka sangat makanan yang manis-manis.
"Err.. taklah. Saja kemas peti ais. Dah expired ni. Nak buang." Aku beri alasan sebelum bergerak menuju ke arah tong sampah. Cepat aku keluarkan sepuluh biji gula-gula itu dan simpan dalam poket pijama aku.
"Najla..." Suara serak Niqris kembali menyapa pendengaran aku. Kali ini pinggang aku disentuh dia dari belakang. Aku jadi kaku. Aku tak faham dengan Niqris. Sikap dia berubah-ubah.
"Who's that boy?" Tanya dia perlahan. Berkerut kening aku.
Boy? Siapa pula? Oh tidak. Ini mesti kerja Lala."Maksud awak?" Soal aku semula. Bergelen liur aku telan takut dengan apa yang Lala telah buat.
YOU ARE READING
Aku & Sweet 17 Lala ( HOLD)
RomanceNajla, seorang isteri yang mendedikasikan hidupnya pada si suami. Hinggalah suatu hari, dia dapati dirinya kembali pada usianya yang berumur 17 tahun. Iaitu Lala. Bagaimana Najla menangani Lala yang sesekali muncul dalam hidupnya? Genre : Fantasi...