Bab 7AKU tersengih pada Noni.
"Hai, Toge yang sudah tua. Kita jumpa lagiii! Aku terkam Toge A.K.A Noni yang sudah dewasa itu dan peluk bahu dia dari sisi.
"Lala?" Noni pandang aku pelik.
"Yelah! Akulah ni. Hehehe... Aku tak sangka aku akan masuk dalam badan Najla balik." Aku ketawa kecil. Seronoklah! Aku ingat aku mimpi je semalam. Tahu-tahu aku muncul semula di dunia 2020. Mana ada orang boleh pergi ke masa depan. Aku je!
"Oh, shit!" Aku dengar Noni mencarut. Berubah air muka aku.
"Kenapa? Kau tak suka jumpa aku ke Toge? Aku ni kawan kau dulu tau. Kau lupa ke aku yang cover depan cikgu bila kau kantoi dating belakang tandas dulu? Kau lupa ke jasa aku?"
"Dah! Dah! Dah! Nak ungkit pulak! Tu masa aku remaja. Sekarang aku dah lain. Dah berlaki!" Marah Toge.
Aku gelak besar. Tahu pun yang rahsia dia banyak dalam poket aku.
"Jom! Teman aku pusing-pusing bandar lagi. Pesat gila KL sekarang ni." Aku usap tangan. Aku tak puas merayau semalam. Hari ni aku nak jelajah satu Kuala Lumpur!
"Tak bolehlah. Aku tengah risau ni. Suami aku baru mesej. Dia kena ke China." Muka Noni berubah keruh.
"So?"
"Sekarang kat China tengah kecoh pasal koronavirus. Aku nak balik. Aku nak pujuk dia jangan pergi." Noni capai handbag dia.
"Jap! Jap! Apa kejadahnya korona ni? Virus apa?"
"Aduh! Aku pun tak tahulah! Tapi sekarang kecoh di internet yang virus korona ni tengah tersebar di China! Kau google ajelah macam aku ajar semalam tu." Noni terus buka pintu dan menyarung kasut.
Aku cuma melihat bayang Noni menghilang sambil menggaru kepala.
Virus? Ah! Lantaklah. Tu kat China. Sekarang aku kat Malaysia.
Aku nak berseronok dulu. Pedulilah si Toge tu tak mahu teman pun.
Terus aku masuk bilik dan bersiap.PENAT juga aku pusing sana sini sebelum aku masuk ke sebuah restoran makanan segera.
Aku duduk sambil memerhati orang sekeliling. Aku keluarkan buku sketch dan pensil yang aku beli tadi. Hobi aku memang melukis. Mana-mana aku pergi. Aku selalu mengabdikan kenangan dalam bentuk lukisan.
Pandangan jatuh pada seorang lelaki yang sedang berdiri di kaki jalan. Sedang bercakap di telefon. Gayanya begitu menarik perhatian aku. Terus aku lakarkan dia berserta pemandangan di sekelilingnya.
Kacak sungguh! Kalaulah jadi boyfriend aku. Sambil aku melukis aku berangan sama. Lelaki macam itulah baru sesuai dengan aku. Bukan si mamat kejung yang Najla pilih jadi suami itu.
Baru saja aku sudahkan lakaran, lelaki itu berpaling ke arah aku.
Gulp! Aku telan liur dan lekas menutup buku sketch aku. Terus aku pura-pura minum air.
Aku terus gelabah apabila lelaki itu mendekati aku.
"Awak? Awak kan yang saya tolong kat traffic light hari tu?" Dia tarik kerusi dan duduk depan aku.
Baru aku teringat. "Awak!"
"Ben." Dia hulurkan tangan tanda perkenalan.
"Lala." Aku sambut ceria.
"Lala? Siput Lala?" Dia ketawa kecil sengaja mengusik.
Aku jeling dia sebelum ikut ketawa.
"Kawan-kawan saya dulu selalu ejek macam tu. Tapi saya okey je." Alahai... Handsomenya dia ni bila di tenung-tenung.
"Ehem! Awak lukis apa tadi?" Ben berdehem. Sekaligus, menyentak aku apabila dia menarik buku sketch aku dengan selamba.
Cepat aku cuba tarik semula buku sketch aku itu. Malu kut kalau dia tahu aku lukis gambar dia.
Tapi Ben lebih dulu membuka buku itu. Keningnya terangkat tinggi.
"Wow! You are so talented." Dia memuji sambil membelek lukisan-lukisan aku.
Aku tertunduk malu. Jarang orang puji lukisan aku. Lagi-lagi Mak Ngah aku. Dia kata aku buang masa aje dengan melukis. Tapi aku begitu yakin yang satu hari nanti aku akan punya galeri sendiri. Ternyata kata-kata Mak Ngah aku menjadi kenyataan. Yang aku tak akan dapat capai cita-cita aku. Damn it! Ini sebab si Najla yang tiba-tiba jatuh cinta dan jadi surirumah pada lelaki kejung itu!
"Thank you."
"You know Lala, we should be friend. " Ben tersenyum manis pada aku.
"Sure."
"Hurmm... So, can I have your number?" Kali ini Ben minta nombor telefon aku.
Terawang-awangan aku jadinya. Tak sangka di usia Najla. Masih ada yang sudi berkawan dengan aku.
"Why not." Aku tersenyum kembali dan kami saling bertukar nombor telefon.
Kemudian, aku mendapat akal.
"Ben... Saya kan baru saja pindah sini. Awak tahu tak mana lagi tempat best yang boleh saya pergi?" Dengan muka tak malunya aku tanya Ben.
Kening Ben terangkat sebelum dia berpura-pura seperti berfikir.
"Jom! Saya bawa awak jalan-jalan." Ben bangkit berdiri.
Aku pun ikut berdiri. Teruja apabila Ben mahu bawa aku jalan-jalan.
Baru kami melangkah keluar dari restoran itu.
Tiba-tiba aku terasa beg sandang aku di sambar orang.
"Peragut!" Aku menjerit sambil mengejar si peragut bodoh itu.
Tapi Ben lebih laju dari aku.
Tahu-tahu dia sudah tumbangkan peragut itu. Aku apa lagi. Ikut sama dengan Ben belasah jantan peragut tak guna itu.
Prett! Bunyi wisel polis menghentikan kami.
Baru tersedar yang lembik sudah peragut itu kami kerjakan.
Ben beritahu pihak polis yang lelaki itu meragut beg aku sebelum dia mendekat pada aku.
"Kita kena ke balai polis dulu untuk buat laporan. Jangan risau. Saya temankan."
"Hah?" Aku terngadah.
YOU ARE READING
Aku & Sweet 17 Lala ( HOLD)
RomanceNajla, seorang isteri yang mendedikasikan hidupnya pada si suami. Hinggalah suatu hari, dia dapati dirinya kembali pada usianya yang berumur 17 tahun. Iaitu Lala. Bagaimana Najla menangani Lala yang sesekali muncul dalam hidupnya? Genre : Fantasi...