Bab 13

539 79 23
                                    

Bab 13

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bab 13

Tengahari, aku dapat pesanan ringkas dari Niqris. Dia ajak aku makan tengahari bersama.

Sungguhpun hati aku masih pedih dengan apa yang berlaku antara kami. Aku ikutkan juga permintaannya.

Sampai di restoran Sushi itu, dada aku berdegup kencang. Niqris sedang menanti aku bersama seorang wanita. Anggun dan menawan di sisi dia.

Aku gagahkan kaki melangkah mendapatkan mereka biarpun hati aku bagai dikelar tak berdarah.

"Najla.." Niqris senyum tawar saat menegur aku yang baru tiba. Nada dari dia seolah melindungi rasa bersalahnya. Apa sebenarnya yang cuba dia lakukan?

Nak beritahu yang dia punya wanita lain dalam hidup dia? Jadi, untuk apa dia layan aku malam tadi? Untuk apa dia minta maaf sebelum ni? Untuk apa Niqris? Aku rasa nak jerit depan dia tapi lidah aku kelu tak terkata. Aku cuma mampu tarik nafas dalam-dalam dan menarik senyum yang langsung tiada serinya.

"So, siapa ni?" Aku pura-pura tanya dia sambil pandang wanita di sebelahnya yang tersenyum manis.

Wanita itu bergerak sedikit kehadapan. Menghulur tangan pada aku.

"I'm Marisa. Rakan kongsi Niqris." Sejuk tangan aku menyambut huluran tangan itu. Bodohnya aku, sampai rakan kongsi dia pun aku tak kenal dan tak pernah tahu. Aku terlalu letakkan kepercayaan aku pada Niqris. Aku terlalu agungkan kami yang kononnya takkan goyah sampai bila-bila. Yes.. aku memang sebodoh itu.

"Have a sit." Ramah Marisa mempelawa aku.

Niqris hanya diam sambil curi-curi pandang aku. Dia duduk di sebelah Marisa. Sedang aku, duduk dihadapan mereka. Huh! Lucu. Macam aku pula watak ketiga.

Sushi yang masuk ke perut aku macam tak ada rasa. Tapi sebab tak mahu pandang wajah mereka. Aku tunduk saja menelan seketul demi seketul sushi yang Niqris ambil untuk aku. 12 tahun hidup bersama. Dia tahu apa yang aku suka, apa yang aku tak suka.

Selesai makan. Marisa tongkat tangan ke meja sambil memandang aku.

"Okay, let's discuss. I'm sure Niqris tak beritahu you apa-apa lagi kan?"

Aku pandang Niqris. Mata aku rasa berkaca. Hati aku sikit lagi mahu hancur berderai. Aku macam tahu apa yang bakal mereka sampaikan.

"Risa, I don't think it gonna work. Dia dah lama tak buat semua tu." Akhirnya aku dengar juga suara Niqris yang diam sejak tadi.

Tapi... macam lain pula dari sangkaan aku. Dahi aku mula berkerut kehairanan.

"Buat apa?" Aku pandang kedua mereka bersilih ganti.

"Okeylah. Macam ni Puan Najla. I dan Niqris dapat satu projek besar. Tapi projek tu perlu melibatkan you. I mean about your art work. But, Niqris kata you dah lama tak melukis. Masalahnya sekarang, our client cuma nak artwork you dalam projek kami. So, can you corporate with us? Please?" Marisa raih tangan aku. Terus aku jadi terpinga-pinga. Artwork aku?

Aku & Sweet 17 Lala ( HOLD)Where stories live. Discover now