Bab 14
AKU tersenyum lebar apabila motor kuasa besar Ben muncul di depan mata. Tapi itulah, muka Ben macam tertelan asam jawa. Masam nak mampus. Marah akulah tu sebab blah macam tu je sebelum ni.
Tapi, marah-marah pun dia muncul juga bila aku panggil. So sweet!
"Pak Cik awak tak marah ke awak keluar dengan saya ni?" Buka saja topi keledar terus dia soal aku dengan dingin. Alolo.. comel betul marah-marah manja macam tu. Cemburu ke sayang?
Aku mendekat pada Ben.
Aku dongak bawah dagu dia. Maklumlah Ben ni kan tinggi orangnya. Nampak menawan rahang dia yang maskulin. Pak Cik Niqris tu pun menawan juga tapi Ben lebih handsome. Kalaulah Najla kahwin dengan mamat macam Ben ni, bahagia hidup aku.
"Awak marah saya ke?" Aku kedip-kedap mata aku pada dia. Sengaja buat muka comel supaya dia terpujuk dengan pujukan aku.
Ben pandang aku lama sebelum hela nafas keras.
"Kenapa awak tak beritahu awak ada pak cik kaki kontrol macam dia? Dahla. Awak nak ke mana hari ni?" Ben pakaikan aku topi keledar. Ini yang rasa nak peluk. Dia tak marah aku.
"Kemana saja awak nak bawa saya." Aku tayang senyum manja pada dia.
"Pergi Port Dickson nak? Kita pergi dengan geng saya."
"Nak! Nak! Saya tak pernah pergi PD." Rasa nak meloncat bila Ben beri usul begitu.
"Jom!" Ben senyum senget sambil cuit pipi aku. Terus aku naik tempat duduk belakang motosikal kuasa besarnya.
Tak lama kemudian muncul kawan-kawan Ben yang lain. Bersama dengan pasangan masing-masing.
Kami ramai-ramai berkonvoi menuju ke Port Dickson. Yeay! Akhirnya aku bebas!Sampai di pantai Port Dickson, aku tengok ada lebih sepuluh panggilan tidak berjawab dari Niqris. Nak apalah orang tua ni. Terus aku matikan telefon pintar aku. Lantak dia. Yang penting sekarang aku nak habiskan masa dengan Ben. Aku rasa aku dah jatuh cinta dengan Ben. Kalau boleh aku nak terus duduk di dunia Najla supaya aku punya banyak masa dengan Ben. Aku tak pernah rasa sayangkan lelaki sampai macam ni. Ben cinta pertama aku.
"Baby, buat apa kat sini. Jomlah join dorang." Ben peluk aku dari belakang.
Tengoklah, macam mana aku tak jatuh cinta? Dia romantis sangat. Bukan macam pak cik tu, ketat 24 jam muka dia. Eeii... Apa aku ni asyik fikir dia je!
Aku angguk. Sengaja nak alih fikiran aku dari ingatkan suami si Najla tu. Pandangan aku menghala pada kawan-kawan yang lain. Semuanya sudah bertukar pakaian. Sudah bersiap sedia nak mandi laut.
Ben tarik tangan aku menuju ke pinggiran pantai.
YOU ARE READING
Aku & Sweet 17 Lala ( HOLD)
RomanceNajla, seorang isteri yang mendedikasikan hidupnya pada si suami. Hinggalah suatu hari, dia dapati dirinya kembali pada usianya yang berumur 17 tahun. Iaitu Lala. Bagaimana Najla menangani Lala yang sesekali muncul dalam hidupnya? Genre : Fantasi...