Bab 3
Ternganga Noni pandang aku tak berkelip. Macam tak percaya dengan apa yang aku beritahunya.
“Maksud kau. Sedar-sedar aje kau dah hilang ingatan macam ni? Tak ada accident?”
“Tak… kau tengok aku elok aje kan? Cuma tulah, nampak tua je.” Aku cemik bibir. Aku rasa aku nampak tua dengan penampilan aku sekarang ni. Aku tunduk pandang pakaian aku. Dress warna plain separas betis dengan bahagian atasnya tertutup habis. Lengan baju pun panjang dan bercekak. Macam mak cik- mak cik ajar budak tadika. Berbeza betul dengan penampilan Noni yang nampak cantik.
Noni ketawa.
“Itulah, aku suruh kau bergaya sikit. Kau tak mahu. Tengok aku ni. Sentiasa up to date dan berjiwa remaja.”
Aku kecilkan mata pandang dia. Wah.. perempuan ni. Bangga diri pulak dia.
“Seriuslah. Aku tak sangka bergaya macam ni. Kau yang aku kenal. Dahla comot. Hitam pulak tu.”
Pap! Noni pukul aku perlahan dengan buku menu.
“Sah kau ni Lala. Mulut celupar kau tu sama macam dulu. Dah lama tau kau tak panggil aku tauge. Tapi kan.. Aku masih lagi tak percaya yang kau tak ingat apa-apa sepanjang 15 tahun ni. Niqris pun kau tak ingat?” Noni tanya lagi bersungguh.
Aku lepas keluhan kasar. Sebelum tangan naik menyentuh dahi.
“Tak.. aku tak ingat apa-apa..” Aku angkat muka memandang Noni semula. Bila Noni asyik menyebut nama Niqris ke apa ntah itu. Hati aku rasa tak sedap.
“Betul ni aku dah kahwin?”
Noni angguk sebelum tersenyum pada pelayan yang menghantar air minuman yang dipesan kami tadi. Noni bawa aku ke sebuah restoran yang cantik sangat dekorasinya. Aku pandang pula air yang dihias lawa dalam gelas berbentuk botol itu.
“Kau dah kahwin dengan Niqris lebih 10 tahun dah Najla. Kau kenal Niqris waktu korang sama-sama belajar di UiTM. Lepas tu, korang kahwin waktu belajar. Habis grad. Kau terus jadi surirumah.”
Ternganga luas mulut aku apabila Noni beritahu kisah aku dan mamat Niqris itu. Semudah itu aku bernikah?
“Mak Ngah aku tak marah aku kahwin awal?” Aku teringat ibu saudara aku itu. Lepas mama dan papa aku meninggal waktu aku tingkatan tiga. Dia yang jaga aku. Takkan dia tak marah? Dia selalu marah aku dulu bila aku buat perangai.
“Mak Ngah kau lagi suka adalah. Lepas kau bernikah. Mana dia ambil tahu hal kau lagi dah.” Terjuih bibir Noni. Dia memang meluat dengan Mak Ngah aku itu dari dulu. Tapi aku tak sangka Mak Ngah buang aku begitu saja. Lantak dialah. Bagus juga dia tak ambil tahu hal aku. Selama ini pun, asyik mengungkit saja jasa dia pada aku. Padahal bukan dia jaga aku sangat pun. Makan minum aku pun atas duit peninggalan arwah mama dan papa. Entah berapa banyak dia telan duit aku. Mana aku tahu. Sebab tu aku selalu memberontak.
Aku menumpu perhatian pada Noni semula.
“Niqris tu.. handsome ke?” Tanya aku dengan kening terangkat sebelah. Risau-risau jika aku terkahwin dengan lelaki rupa penyangak.
Noni ketawa.
“Kau ingat kalau tak handsome kau nak terima dia?” Noni soal aku semula. Fuh! Aku tarik nafas lega. Janji suami aku kacak!
Tapi tak! Aku geleng laju.
“Tak.. Toge. Aku tak leh kahwin. Aku ada cita-cita. Aku nak sambung belajar sampai PHD. Aku nak berjaya jadi pelukis terkenal. Kau tahu kan semua tu Noni? Kenapa kau biar aku kahwin?” Bersungguh aku mempersoalkan apa yang berlaku dalam hidup aku. Jadi suri rumah? Kau dah kenapa Najla?
“Lagi satu, tadi awal kau kata aku pergi jumpa dia sebab kami ada masalah. Dia berubah? Apa maksud kau?” Aku sambung lagi menanya Noni. Nak tahu apa lagi yang terjadi dalam hidup aku.
Muka Noni berubah lain macam. Aku mula tak senang duduk. Kecil anak mata aku tenung muka Noni.
“Toge…. “ Desis aku mencerun tajam.
Noni lepas nafas keras.
“Fine! Aku beritahu kau.” Tahu pun yang aku tak mahu dia berahsia dengan aku. Noni memang sahabat sejati aku. Dia cukup faham tentang perangai aku.
“Menurut kau, Niqris dah berubah. Dah tak layan kau macam dulu. Dingin aje. Aku suruh kau bincang dengan dia. Sebab tu kau pergi jumpa dia hari ni. Tapi lain pulak jadinya.. Najla.. aku sebetulnya tak tahu apa sebenarnya masalah kau dengan Niqris. Itu je yang aku tahu.”
Noni sentuh tangan aku yang berada di atas meja. Aku tarik laju dan menyentuh dahi. Tiba-tiba kepala aku rasa sakit.
“Dia.. dia curang ke?” Tanya aku perlahan dengan kepala yang berat.
“Hish! Takkanlah kut. Niqris mungkin nampak diam. Tapi dia sayang kau. Apa yang kau nak semua dia bagi dan usahakan. Kau tahu tak laki kau tu kaya? Ada syarikat pengiklanan dia sendiri.” Noni sangkal telahan aku. Tapi hati aku tetap rasa sangsi. Kalau bukan sebab curang, sebab apa lagi? Lelaki dan curang kan berpisah tiada.
“Dah.. dah.. Jangan fikir pasal dia. Sekarang tentang diri kau ni. Kenapa kau boleh hilang ingatan tiba-tiba. Aku masih tak boleh hadam ni.” Noni gawang tangannya. Tak mahu aku terus berfikir tentang suami masa depan aku tu agaknya. Maksud aku, suami aku yang sekarang.
Ah! Lantaklah. Entah macam mana rupanya pun aku tak kenal. Betul cakap Noni. Aku patut fikir tentang diri aku yang sekarang. Kenapa ingatan aku terhenti ketika umur 17 tahun. Bukan saja ingatan. Aku rasa jiwa aku pun masih 17 tahun. Tak ada rasa pun yang umur aku dah 32 tahun melainkan penampilan aku yang nampak matang.
“Masalahnya aku pun tak tahu kenapa aku boleh berada dalam dunia 2020 ni!” aku rengus sedikit keras. Sakit kepala aku tahu tak! Jangankan Noni. Aku pun tak boleh hadam apa yang sedang aku lalui sekarang.
Noni garu dagunya sebelum memetik jari. Anak matanya bersinar memandang aku. Entah apa idea dia dapat agaknya tu.
“Makan dulu. Sekejap lagi kita cuba usahakan pulihkan ingatan kau.” gesa dia sambil tersengih-sengih.
Perut pun dah berkeroncong. Cepat aku menyambung makan semula.Keluar dari perut restoran. Aku dongak ke langit yang biru. Bingit dengan bunyi kenderaan yang lalu lalang. Padat ibu kota sekarang. Kuala Lumpur memang dah berkembang pesat. Cuma masih jauh dari jangkaan aku.
“So, kereta terbang masih tak ada di tahun 2020 ni.” Aku jeling Noni. Bukannya apa. Pernah kami berangan-angan tentang tahun yang menjadi laungan dan pemangkin semangat untuk anak-anak sekolah waktu kami masih sekolah rendah dulu. Wawasan 2020. Disogokkan dengan kemajuan yang berkembang pesat kononnya.
“Kereta terbang tu dah ada babe. Tapi bukan kat Malaysia. Dekat Belanda sana. Negara kita masih jauh ketinggalan kalau diikutkan. Geladangan masih bersepah. Golongan miskin bandar makin meningkat. Jurang antara golongan kaya dan miskin makin ketara. Entahlah.. Aku tak tahu nak bagitau macam mana.” Noni hela nafas berat. Serupa itu masalah negara tu tertumpuk di bahu dia pulak.
Aku cebik bibir.
“Aku tak hairan la wey. Kalau perangai rakyat Malaysia macam pak cik kurang ajar tadi. Lepas tu, kau tahu yang lain-lain tu. Dah apahal nak rakam aku? Sibuk sangat kenapa?” Fikiran aku menerewang kembali pada lelaki yang tak ada adab tadi. Marah aku macam orang tak ada pedoman. Tebal jugak muka aku ni jadi bahan tontonan. Tak sangka pulak aku rakyat Malaysia boleh tahan penyibuknya. Walaupun aku yakin tak semua bersikap begitu. Buktinya, ada saja yang baik hati macam pemuda yang menolong aku tadi.
Sebut pasal pemuda itu, tiba-tiba hati rasa berbunga. Tak sempat aku tanya nama dia bila Noni terus tarik aku masuk kereta. Ucap terima kasih pun aku tak sempat. Geram pulak aku dengan minah ni. Dia pun serupa macam pak cik tadi tu. Tak ada adab! Janganlah lelaki kacak tu fikir aku yang bukan-bukan.
“Kau pun satu. Tak payahlah layan orang baran macam tu. Dah la sekarang ni zaman viral. Sikit-sikit orang viral serata alam. “ Noni bergerak menuju ke keretanya. Aku hanya menurut langkahnya. Entah kemana Noni nak bawa aku.
“Viral? Apa benda tu? Virus ke? “ Pelik aku dengar perkataan yang disebut Noni itu. Aku tak pernah dengar pun perkataan tu.
Noni berhenti depan pintu keretanya. Berpaling pada aku.
“Viral tu tular.. Macam mana aku nak cakap eh? Kau ingat filem Mami Jarum? Yang kita curi-curi tengok wayang dulu tu.” Noni usap dagunya. Membangkit hal kenangan kami dulu. Kenanganlah bagi dia. Bagi aku perkara tu baru berlaku beberapa tahun lepas. Balik dari menonton wayang itulah aku dapat berita mama dan papa kemalangan. Menyesal tak sudah aku sebab tak dengar nasihat mama dan papa. Patutnya aku ikut mereka pergi ke majlis keramaian sahabat mereka. Tapi aku tipu, aku kata aku ada study group dengan Noni. Padahal kami pergi tengok wayang dan melepak di bandar.
Aku angguk tanda ingat semua itu.
“Viral tu lebih kurang apa yang berlaku dalam filem tu. Siapa tu.. Mami dengan Rita. Kan dia orang suka sibuk hal orang sampai tak nampak buruk sendiri. Orang sekarang pun banyak macam tu. Cuma orang sekarang panggil mak cik dan pak cik bawang.” bersungguh Noni menerangkan pada aku.
“Mak cik dan pak cik bawang?” Berkerut dahi aku. Apa kena mengena bawang pulak?
Noni gelak sambil jungkit bahu.
“Entah. Aku pun tak pasti kenapa orang gelar manusia penyibuk ni mak cik dan pak cik bawang.” Jawab Noni sebelum buka pintu dan masuk ke dalam perut kereta. Aku pun berlalu ke arah pintu penumpang dan ikut melolos masuk ke dalam.
Menghenyak duduk kerusi, aku jeling Noni yang sedang menghidupkan enjin kereta. Tak sangka Noni akan bawa kereta mewah macam ni. Betul kata Noni, lima belas tahun memang banyak yang berubah. Tengok saja kereta mewah Noni. Butang-butang yang di dashboard itu canggih sangat. Tak macam kereta Waja papa.
“Okey.. balik pada pak cik dan mak cik bawang tadi. Kalau dalam filem Mami Jarum tu dorang call aje menyampai berita kan?” Noni jeling aku sebelum meneruskan pemanduan.
Aku angguk. Masih menanti penerangan Noni.
“Orang sekarang pulak membawang. Ops! Maksud aku menyampai berita tu dengan.. ermm.. internet.”
“Internet?” Makin berlapis dahi aku.
“Noni angguk. Ya. Internet. Yang kita belajar dulu tu. Yang kita sibuk pergi main kat Cyber Cafe tu. Internet sekarang tak macam dulu babe. Internet sekarang menjangkaui batas. Semua di hujung jari. Nah, kau tengok ni.” Nani hulur telefon bimbit dia pada aku. Wow! Canggih siot!
YOU ARE READING
Aku & Sweet 17 Lala ( HOLD)
RomanceNajla, seorang isteri yang mendedikasikan hidupnya pada si suami. Hinggalah suatu hari, dia dapati dirinya kembali pada usianya yang berumur 17 tahun. Iaitu Lala. Bagaimana Najla menangani Lala yang sesekali muncul dalam hidupnya? Genre : Fantasi...